02 August 2014

Laporan



tak tau pasai apa…nak lelap mata…dah tak mau pulak…dah dekat pukul 3 pagi...petang tadi bukannya tidur pun…tapi pasai apa tak mau lelap mata pun tak tau….

nak buat kerja belajaq…cuti berbaki sehari lagi…cuti yang aku tetapkan sendiri…sebab tu ada kawan dalam fb kata…buat apa minta cuti sebab dah memang dalam cuti…memang betoi…aku dalam cuti panjang…tapi cuti ni aku mohon sendiri dari diri aku…sepanjang bulan posa lepaih…aku tak berhenti buat kerja belajar…lagi 2 hari nak raya pun masih tetap dengan laptop…tapi bila wife kata..patutnya dah tak buat kerja belajaq…patutnya dah tolong kemaih rumah…jadi untuk menghormati hidup berkeluarga maka aku mohon cuti dari diri sendiri…minta 1 minggu…tolong apa yang patut…sebenarnya aku seronok buat kerja belajar dalam bulan posa…sambil belajar…sambil dok dengar lagu raya… ada feel untuk sambut raya!!!

raya tahun ni aku tak pi mana sangat…semuanya rutin macam selalu…beraya dirumah sendiri macam biasa…lepaih sembahyang…pi melawat kubur mak dan pak…lepaih tu pi rumah abah…lepaih rumah abah pi rumah mertua…petang aku balik rumah sendiri sorang sorang….wife dengan anak anak di kampong…raya ke 2 baru aku pi ambik depa…bawa jalan jalan rumah mak saudara…raya ketiga macam biasa…turun penang…pi rumah bapa saudara (ini rutin tiap taun)…selepas tu duduk dirumah saja dengan anak anak…layan TV…anak anak macam biasa…dah berkali kali dok kira duit raya…macam macam depa planning nak perabih duit raya…ada yang minta nak beli robot…nak beli hset pun ada

dah tak boleh tidoq ni aku buka fb…tengok gambar kawan kawan post waktu gathering 2 hari lepas…aku tak dapat join…last minit ada masalah…ramai juga yang hadir…ramai yang dah berubah bentuk dan rupa…sesekali tengok aku dah tak ingat nama…kalau aku pi malam tu pasti aku boleh ingat balik nama depa…nak buat macam mana…dah ketentuan tak boleh join

dah tak tau nak buat apa…aku lompat dari satu blog ke blog…saja type raya di perantauan…macam macam pengalaman orang yang beraya di perantauan terutama di luar Negara…pengalaman aku Cuma beraya di dalam Negara saja


setakat ni saja laporan yang tak seberapa...sambil menikmati kopi O kosong dan rokok balut...

22 July 2014

Dah setahun rupanya!!


previous posting: http://mulutmanishatibaik.blogspot.com/2013/07/ini-yang-terbaik.html



22/7/2014 - genap setahun aku tidak jadi fly ke Aussie - dan - sepanjang tempoh itu - banyak perkara yang terjadi tidak jadi ke Aussie - satu rahmat kepada aku - aku masih dikelilingi oleh sanak saudara dan sahabat handai - susah senang di tempat sendiri


tidak jadi ke Aussie - meletakkan aku kembali ke Uni lama - UniMAP - dikelilingi lecturer yang pernah aku kenali - dan - memudahkan kerja belajar


tidak jadi ke Aussie - tetap menyebabkan aku sibuk dengan kerja belajar - yang paling penting - research yang dirancang untuk pengajian di Aussie tetap diteruskan di Malaysia


paling - paling - paling - penting - tidak jadi ke Aussie - pengajian anak anak terancang dengan jayanya


Along - berjaya dengan cemerlang di dalam PMR 2013

Angah - menunjuk peningkatan drastik dalam peperiksaan Ting 2 berbanding Ting 1

Achik - berjaya memperolehi tempat PERTAMA bagi keseluruhan pelajar Tahun 3 sekolahnya - Al Quran pun dah hampir nak tamat

Edel - pengajiannya semakin cemerlang - walau tidak memperolehi tempat pertama (just top 5)- tetapi keputusan peperiksaan Tahun 1 - mengejutkan kami sekeluarga - kerana Edel bukannya kaki study - banyak main

Afif - kecil lagi - baru nak masuk 2 tahun 

Aku - dah present dua working paper - proposal defense pun dah lepas - materials pun dah ada - In Shaa Allah - lepas raya nanti akan bermula dengan samples fabrication dan pilot test

Wife - makin bertambah lemak!!


tidak jadi ke Aussie - bukan penamat untuk aku mengejar kejayaan

20 June 2014

perihal duit biasiswa~cerita duit 3 kupang


hari ini duit biasiswa masuk---ramai rakan dok berkongsi kegembiraan di FB---aku dengan penuh yakin---check akuan---terkejut---sebab dalam akaun aku tadak duit biasiswa---dalam akuan ada banyak kosong---kosong---kosong---muka terus jadi kelat kelat masam---aku call seorang rakan untuk confirm---mana tau rakan rakan hanya bergurau di FB---betoiii!!!---duit biasiswa dah masuk beb---dah masuk semalam lagi---tapi dimana duit aku?

hubungi bahagian biasiswa kpt---adoiii---rupanya aku tergolong dalam senarai penerima yang tercicir---maknanya lambat lagilah nak merasa duit biasiswa---yang memedihkan hati---ini bukan kali pertama nama tercicir---tapi dah 3 kali---kali pertama dan kedua---mungkin boleh terima alasan silap key in atau sebagainya---tapi ni dah masuk tiga kali siot!!--- silap sapa pulak kali ini---takan silap aku pulak kot!!---Dulu masa master----tak dak pulak jadi macam ni---cukup masa masuk---tak pernah call diorang pun---tapi kali ni---lain plak jadiknya

nak menyedapkan hati yang bara bara bere bere nii---berkatalah pada diri sendiri---mungkin bukan rezeki nak dapat duit awai kot---lambat dapat lambat abis---itulah kata pemutus

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

pasai duit biasiswa lambat masuk ni dah jadi tabu untuk aku---teringat masa buat first degree dulu---tunggu duit biasiswa dari sehari---jadik seminggu---seminggu jadi sebulan---akhirnya masuk 3 bulan tak dapat dapat duit biasiswa---duit simpanan masa kerja kilang dah kering---duit biasiswa tak masuk masuk juga---hari hari jimat---mudah mudahn cukup sampai duit biasiswa masuk---tapi tak mau masuk masuk juga!!!

Aku cukup ingat---bangun pagi---check poket---hanya ada 3 kupang!!!---3 kupang mana lepaih nak makan nasi---jadi beli roti---cicah dengan air sejuk---sarapan pagi memerangkap tengahari sekaligus---nak minta pinjam---orang lain pun sama saja---lebih teruk dari aku pun ada!!!

Tapi Allah maha kaya---waktu petang duduk di balkoni hostel dengan 2-3 orang kawan---tiba tiba nampak kak Hasni (pustakawan)---berlengang balik ke kuaters---kebetulan dia dan husband orang kedah---jadi selalu juga aku bersembang dengan depa---saja aku tegur dia---tiba tiba dia kata---mai ambik bihun ni--- kak bawa balik dari library---depa buat jamuan---apa lagi---petang tu dapatlah aku dan 2-3 orang kawan yang senasib merasa bihun free---kenyang juga perut---Dan petang tu juga---riuh di hostel---duit biasiswa dah masuk--- duit biasiswa dah masuk---malam tu merasa lah nasi ayam---sempena meraikan poket yang kering kembali kembong

Itu cerita lama---cerita duit 3 kupang---bukan setakat tu saja---kalau nak ingat pasai jimat duit biasiswa---macam macam cerita dok ada---mungkin adik adik aku tak sempat kot nak merasa makan roti ganti nasi---sebab zaman dah berubah

TU CERITA DULU DULU---KALI NI TAK TAU BILA LAA NAK MASUK---KALAU MASUK AWAI PUN BAGUIH JUGA---tak semua yang dapat duit biasiswa nii kaya raya


p.s Cik Mira Edora---tolong lah proses cepat cepat---KERJA BELAJAQ NI BANYAK PAKAI DUIT chek ooii

10 June 2014

buah tangan tanjung malim



Mendapat sedikit pengiktirafan---terasa apa yang dilakukan berbaloi--- bersengkang mata sehingga ke dinihari saban hari---bukannya sesuatu yang sia sia---pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat ---bagi menghasilkan tugasan yang seterusnya

Kertas Kerja Terbaik SPK2014

Tidak pernah tertanam diminda ini untuk memburu  sebagai pembentang terbaik atau kertas kerja terbaik---melakukan kerja kerja penulisan dan kajian hanya sebagai memuaskan kehendak hati---tetapi jika ini yang diperolehi---ianya adalah satu bonus---syukur kepada Allah


Dengan bantuan SV---yang sentiasa memberi tunjuk ajar---menjadi penilai pertama manuscript---menjadi komentar---serta membetulkan kesalahan---semuanya digarap dengan penuh kesempurnaan---hasilnya adalah BuahTangan Tanjung Malim


Setelah berehat seketika---kini kerja belajar akan diteruskan semula---mudah mudah akan dipermudahkan oleh Nya


kind regards

26 May 2014

well done @ Tanjung Malim


Syukur…Alhamdullilah…selesai sudah membentangkan kertas kajian di Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2014 di UPSI….

Banyak kertas kajian yang dibentangkan berkisar tentang pendidikan…walau begitu aku teruja kerana dapat mengikuti kajian daripada bidang yang berbeza…terbuka minda tentang kajian kuantitatif dan kualitatif…tidak ramai yang membentangkan kajian daripada bidang engineering

Pembentangan aku pada jam 1245…memberi peluang untuk aku mengikuti pembentangan daripada penyelidik lain...pelbagai reaksi pembentang...ada juga membentang seperti membaca slide...satu persatu...sepatutnya mereka membentang dengan mengupas apa yang di pointkan di dalam slide...bukannya membaca!!!


Ini kali pertama aku mengunjungi UPSI…melihat kampusnya terdiri dari gabungan bangunan lama dan baru…memberi  satu keunikan...aku sempat singgah sebenar di hadapan rumah Pendita Zaaba...







Di dalam ramai pembentang....aku bertemu dengan seorang sahabat lama...Dzul Musa...kami pernah sama sama mengajar di Politeknik Seberang Perai pada tahun 1999...beliau kini menunggu masa untuk viva PhD nya...semoga berjaya...Dzul Musa


14 May 2014

#prayforproposaldefense@28May2014


Bagai di hentam dengan ketukan loceng gergasi…tersedar dari mimpi rintihan…ini bukannya masa mencari shoulder to cry…ini masanya untuk terus bergerak pantas

Setelah berusaha  6 bulan nan lalu…mencari…mengumpul…merekabentuk…dan menulis…mengedit…dan menulis lagi….kini semuanya perlu dijelmakan untuk dinilai di dalam proposal defense…selayaknya seperti pre viva

Maka…dua…tiga hari yang lepas… bermulalah proses menyusun dan mengedit…apa yang telah dikumpulkan di dalam writing draf sebelum ini mesti dijelmakan hanya di dalam 10 pages sahaja…ini satu cabaran rupanya…sebolehnya aku  mahu masukkan semua yang dianggap penting berkaitan dengan kajian…tapi apa boleh buat…rule is rule…menilai yang penting  dan mencedok yang penting sahaja untuk di masukkan ke dalam proposal



Alhamdulilah…selesai dengan tugas penyediaan proposal…telah diserahkan kepada SV untuk proofread…dan 19 May nanti perlu diserahkan kepada  postgraduate affair chairman untuk  proposal defense
Diwaktu ini…aku teruskan dengan penyediaan slide presentation…”KALUT LAGI”

Sebertulnya bulan May…bulan yang memberi sedikit tekanan…kerana pada 24 May nanti…perlu berada di UPSI untuk Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2014…ini juga perlu persediaan yang rapi….mudah mudahan semua urusan aku dipermudahkan…AAMIIIN

06 May 2014

a shoulder to cry


dah 6 bulan bercuti…pelbagai situasi telah dilalui…terkadang prestasi berada di kemuncak….semangat berkobar-kobar…membaca bagai meratah ayam goreng berempah…walaupun pedas…masih tetap mengunyah hingga ke tulang….tidak kurang juga bila menulis…bagai menari jejari diatas keyboard….semuanya disatukan demi kerja belajar

namun…tidak semua hari yang dilalui ceria…tidak kurang juga kadang kala bagai nak tersungkur…lemah dan layu…hendak membaca dan menulis…terasa bagai memikul batu seberat pyramid di giza….

sebetulnya di kala itu I need a shoulder to cry….berbual untuk meringankan bebanan…berkongsi kesukaran...tetapi tiada tempat untuk dituju…belum lagi di kira dengan faktor kesihatan yang kadang kala menumpang untuk dibelai

kata wife…lupakanlah sebentar kerja belajar….keluarlah bertemu rakan sekerja…keluarlah sebentar dari dunia suram….berceritalah….ketawalah seperti dahulu….mudah mudahan bebanan akan lenyap

mungkin….mungkin ianya lenyap buat seketika…tapi pastinya ianya akan datang kembali

setelah difikir….inilah nia’mat kerja belajar….ianya asam garam…rempah ratus…jika digarap dengan ramuan yang sesuai akan memberi kelazatan di dalam masakan


dan untuk mendapatkan kelazatan…perlu di bayar dengan harga yang mahal….dan harganya sekarang adalah keseronokan….sebetulnya kini aku memerlukan shoulder to cry….