06 May 2014

a shoulder to cry


dah 6 bulan bercuti…pelbagai situasi telah dilalui…terkadang prestasi berada di kemuncak….semangat berkobar-kobar…membaca bagai meratah ayam goreng berempah…walaupun pedas…masih tetap mengunyah hingga ke tulang….tidak kurang juga bila menulis…bagai menari jejari diatas keyboard….semuanya disatukan demi kerja belajar

namun…tidak semua hari yang dilalui ceria…tidak kurang juga kadang kala bagai nak tersungkur…lemah dan layu…hendak membaca dan menulis…terasa bagai memikul batu seberat pyramid di giza….

sebetulnya di kala itu I need a shoulder to cry….berbual untuk meringankan bebanan…berkongsi kesukaran...tetapi tiada tempat untuk dituju…belum lagi di kira dengan faktor kesihatan yang kadang kala menumpang untuk dibelai

kata wife…lupakanlah sebentar kerja belajar….keluarlah bertemu rakan sekerja…keluarlah sebentar dari dunia suram….berceritalah….ketawalah seperti dahulu….mudah mudahan bebanan akan lenyap

mungkin….mungkin ianya lenyap buat seketika…tapi pastinya ianya akan datang kembali

setelah difikir….inilah nia’mat kerja belajar….ianya asam garam…rempah ratus…jika digarap dengan ramuan yang sesuai akan memberi kelazatan di dalam masakan


dan untuk mendapatkan kelazatan…perlu di bayar dengan harga yang mahal….dan harganya sekarang adalah keseronokan….sebetulnya kini aku memerlukan shoulder to cry….



3 comments:

  1. byk sedeh la en fizam... kuatkan semangat mu...

    ReplyDelete
  2. Hehe..kerja belajar bro..no need shoulder to cry la..you r man what..enjoy first..study second la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sometimes we need a shoulder to cry ... even if we persevere ... the burden must be discharged ....ayat mantiq bro...
      lama tak dengar cerita..okay ke sekrg

      Delete