03 October 2014

mengesan plagiat


secara tidak sengaja…semasa giat mengumpulkan maklumat untuk chapter literature review…terjumpa dengan dua thesis ini…author berbeza…tahun berbeza…tapi datang dari satu Uni yang sama… kedua duanya memiliki nama agak kemelayuan

Author - A(2008)

(click pic untuk pembesaran)

Author - B(2010)


terang lagi bersuluh…ini yang dikatakan plagiat…jelas tidak ada unsur suntingan dan citation di dalam thesis B (2010)...hasil dari bacaan...thesis B(2010) telah mengambil keseluruhan penulisan dari thesis A(2008)...dengan kata mudah…thesis B(2010) telah memplagiat thesis A(2008)…tapi bagaimana pula dengan A(2008)…adakah ini hasil sebenar beliau…entahlah

dunia akademik tidak dapat lari dari isu plagiat rupanya…bukan sahaja berlaku di tempat sendiri…di luar Negara juga sama sahaja… kesannya amat memalukan jika dapat dibuktikan begini

mungkin pada masa itu belum ada lagi plagiarism software seperti turnitin atau iThenticate atau sebagainya maka ianya tidak dapat dikesan awal oleh pihak Uni…kerana itu…kini pihak Uni mengambil langkah membasmi plagiat dengan mensyaratkan semua thesis melalui proses menyemak plagiat…kebanyakan Uni menggunakan turnitin

hakikatnya untuk membasmi plagiat adalah datang dari kejujuran pelajar sendiri…sesukar mana sekalipun dalam menyiapkan thesis…elaklah dari memplagiat hasil orang…pastinya thesis yang disiapkan akan memberi kepuasan apabila sampai ke penghujung pengajian…dan ianya secara tidak langsung dapat menaikan taraf kajian

teringat satu kisah yang berlaku semasa penulis masih berada di sekolah menengah---sekitar pertengahan tahun 80’an---seorang pensyarah U ditarik balik PhDnya kerana memplagiat hasil kajian pelajar masternya---bagaimana kesudahan nasib pensyarah itu---wallahualam bissawab


No comments:

Post a Comment