20 October 2014

ilmu manipulasi



apa yang anda faham tentang manipulasi?

kamus dewan DBP edisi ke 4 menyatakan
“manipulasi adalah segala tindakan dan selok-belok untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan atau pendirian orang lain tanpa disedari orang itu”

manakala pendapat dari http://iqqqtbashir.blogspot.com/2012/11/manipulasi.html merumuskan bahawa
"manipulasi membawa maksud mengubah sesuatu benda, mengubah ayat asal jadi tak asal, mengubah ayat benar jadi salah, mengubah ayat salah jadi benar, ubah ubah dan terus berubah"

pemain manipulasi mampu mengubah dari keadaan bersalah kepada tidak bersalah

yang bersalah adalah orang yang dijadikan sebagai mangsa

sedangkan dalam keadaan asal – mangsa tidak bersalah walau secalit sekalipun

dan ada pemain manipulasi mampu menarik orang di sekelilingnya untuk bersama

dengan kata mudah – pemain manipulasi memainkan satu peranan dengan niat jahat untuk menjatuhkan seseorang tanpa disedari

mulut dan perbuatan boleh menjadi alat manipulasi

rakan taulan – jiran tetangga – saudara – hatta sesiapa sekalipun mampu memainkan peranan dalam mewujudkan manipulasi

manipulasi ini lahir dari hati dan akal yang kotor

demi mencapai maksud dan tujuan

demi mencapai kepuasan hati

bila agaknya pemain manipulasi mampu disedarkan

adalah sehingga nyawa berada di hujung halkum

mungkin mereka terlupa

DOA dari insan teraniaya pasti dikalbukan Allah 

jangan menuntut ilmu manipulasi

ianya mencerminkan hati yang kotor lagi jijik


No comments:

Post a Comment