09 April 2018

47





Terima kasih Allah kerana meminjamkan usia sehingga menjejak ke 47....
Terima kasih Mama dan Abah kerana menzahirkan diri ini melihat dunia...

Sepanjang perjalanan ini.... tidak semuanya manis dan tidak terkurang jua pahit
Alhamdullilah dengan akal fikiran... serta kesabaran... dugaan dan panca roba kehidupan sehingga kini masih dapat diatasi...
InShaAllah ... dengan baki usia ini ... dapat dipergunakan untuk kebaikan di jalan agama dan masyrakat...










30 April 2017

01 January 2017

Cukuplah 2016

Lama menyepi... Seiring dengan tercampaknya tubuh ini di bumi suram...
 Dibumi suram... Membantut semua aktiviti... Lebih parah aktiviti menulis... Tiada lagi sesi membuka journal... Tiada lagi sesi menatap draft... Tiada lagi kerja mengedit...

2016...membawa kesulitan dan kesempitan hingga ke penghujungnya... Aku yang tidak bijak menghadapi dan menyelesaikannya...

Ya Rabb teguhkanlah hati ini menghadapi tahun mendatang... Semoga sinar kegembiraan menjenguk kembali...

16 September 2016

Bacalah #3: belajar dan kerja belajar



belajar dan kerja belajar – perkara yang berbeza sama sekali

belajar – sama seperti perkara yang dilakukan oleh anak kita

bangun pagi – pergi ke sekolah – kemudian balik – selesaikan homework – ada masa terluang lakukan ulangkaji – jika tidak – mengadap tv - atau boleh bersantai sepanjang hari

kerja belajar – sama seperti pergi kerja – ada SOP - semuanya ada dateline - wajib memenuhi keperluan KPI



bagi kerja belajar – semua harus dilaksanakan - walaupun mood kurang baik – melainkan sakit

jika mood berada pada paras terbaik – jangan menangguh kerja - mesti produktif - semuanya mesti dihadam sehingga lumat

jika malas – buatlah apa sahaja yang difikirkan sesuai – andai duduk diam berminggu minggu - tidak akan menyelesaikan masalah - dan - mana mungkin akan berjaya

andai masih berkesempatan untuk melayan gajet - bermakna kerja belajar mesti 2 kali ganda wajib di layan 



09 September 2016

3 plus 1




Padan muka – cukup cukup padan muka

Kenapa ya !!! – semuanya kerana 3 plus 1

3 plus 1 – inilah yang saya simpan di dalam fikiran dari awal memulakan pengajian

3 plus 1 cukup sinomin bukan sahaja kepada saya - tetapi kepada rakan rakan yang lain

Jika ada kesempatan bertemu diruang maya – selain bertanya khabar – topik bila dapat diselesaikan pengajian juga dibualkan – dan – apa yang keluar pastinya ayat talian hayat ini

Usah risau – kita umur dah meningkat – mana mungkin dapat selesaikan pengajian seperti anak muda di usia 20 an
Usah risau – kita ada plus 1

Plus 1 – bermakna ada lagi 1 tahun cuti bergaji yang diberikan oleh pihak penaja untuk meneruskan pengajian

Tapi itu semua tinggal igauan

Bermula Jan 2016 – tiada lagi plus 1 - atau - tambahan 6 bulan untuk saya dan rakan seangkatan

Itu telah ditetapkan oleh pihak penaja

Berjaya atau tidak pengajian – semuanya kena kembali bekerja

Maka

Terkial kiallah saya dan pastinya rakan rakan yang lain juga menyudahkan penulisan di dalam chapter 4

Bagi saya – plus 1 telah saya masuk kan kedalam minda sebagai menyudahkan untuk chapter 4

Bilamana masuk bekerja – pastilah konsentrasi untuk kerja kerja belajar terganggu sedikit sebanyak

Dalam minda sebelum ini - plus 1 adalah penyelamat saya untuk terus bersantai santai

Tapi kini – betul betul padan muka

Padan muka sendiri - Oh ya - saya akan mula bekerja pada 21 Okt 2016 nanti

08 August 2016

Bacalah #2: cukuplah Dia bagiku






“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

Qs. At-Taubah : 129