26 May 2014

well done @ Tanjung Malim


Syukur…Alhamdullilah…selesai sudah membentangkan kertas kajian di Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2014 di UPSI….

Banyak kertas kajian yang dibentangkan berkisar tentang pendidikan…walau begitu aku teruja kerana dapat mengikuti kajian daripada bidang yang berbeza…terbuka minda tentang kajian kuantitatif dan kualitatif…tidak ramai yang membentangkan kajian daripada bidang engineering

Pembentangan aku pada jam 1245…memberi peluang untuk aku mengikuti pembentangan daripada penyelidik lain...pelbagai reaksi pembentang...ada juga membentang seperti membaca slide...satu persatu...sepatutnya mereka membentang dengan mengupas apa yang di pointkan di dalam slide...bukannya membaca!!!


Ini kali pertama aku mengunjungi UPSI…melihat kampusnya terdiri dari gabungan bangunan lama dan baru…memberi  satu keunikan...aku sempat singgah sebenar di hadapan rumah Pendita Zaaba...







Di dalam ramai pembentang....aku bertemu dengan seorang sahabat lama...Dzul Musa...kami pernah sama sama mengajar di Politeknik Seberang Perai pada tahun 1999...beliau kini menunggu masa untuk viva PhD nya...semoga berjaya...Dzul Musa


No comments:

Post a Comment