Bagai di hentam dengan ketukan loceng gergasi…tersedar dari mimpi
rintihan…ini bukannya masa mencari shoulder to cry…ini masanya untuk terus
bergerak pantas
Setelah berusaha 6 bulan nan lalu…mencari…mengumpul…merekabentuk…dan menulis…mengedit…dan menulis lagi….kini
semuanya perlu dijelmakan untuk dinilai di dalam proposal defense…selayaknya
seperti pre viva
Maka…dua…tiga hari yang lepas… bermulalah proses menyusun dan mengedit…apa yang
telah dikumpulkan di dalam writing draf sebelum ini mesti dijelmakan hanya di dalam
10 pages sahaja…ini satu cabaran rupanya…sebolehnya aku mahu masukkan semua yang dianggap penting berkaitan
dengan kajian…tapi apa boleh buat…rule is rule…menilai yang penting dan mencedok yang penting sahaja untuk di
masukkan ke dalam proposal
Alhamdulilah…selesai dengan tugas penyediaan proposal…telah diserahkan
kepada SV untuk proofread…dan 19 May nanti perlu diserahkan kepada postgraduate affair chairman untuk proposal defense
Diwaktu ini…aku teruskan dengan penyediaan slide presentation…”KALUT LAGI”
Sebertulnya bulan May…bulan yang memberi sedikit tekanan…kerana pada 24 May
nanti…perlu berada di UPSI untuk Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2014…ini juga
perlu persediaan yang rapi….mudah mudahan semua urusan aku dipermudahkan…AAMIIIN
No comments:
Post a Comment