20 June 2014

perihal duit biasiswa~cerita duit 3 kupang


hari ini duit biasiswa masuk---ramai rakan dok berkongsi kegembiraan di FB---aku dengan penuh yakin---check akuan---terkejut---sebab dalam akaun aku tadak duit biasiswa---dalam akuan ada banyak kosong---kosong---kosong---muka terus jadi kelat kelat masam---aku call seorang rakan untuk confirm---mana tau rakan rakan hanya bergurau di FB---betoiii!!!---duit biasiswa dah masuk beb---dah masuk semalam lagi---tapi dimana duit aku?

hubungi bahagian biasiswa kpt---adoiii---rupanya aku tergolong dalam senarai penerima yang tercicir---maknanya lambat lagilah nak merasa duit biasiswa---yang memedihkan hati---ini bukan kali pertama nama tercicir---tapi dah 3 kali---kali pertama dan kedua---mungkin boleh terima alasan silap key in atau sebagainya---tapi ni dah masuk tiga kali siot!!--- silap sapa pulak kali ini---takan silap aku pulak kot!!---Dulu masa master----tak dak pulak jadi macam ni---cukup masa masuk---tak pernah call diorang pun---tapi kali ni---lain plak jadiknya

nak menyedapkan hati yang bara bara bere bere nii---berkatalah pada diri sendiri---mungkin bukan rezeki nak dapat duit awai kot---lambat dapat lambat abis---itulah kata pemutus

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

pasai duit biasiswa lambat masuk ni dah jadi tabu untuk aku---teringat masa buat first degree dulu---tunggu duit biasiswa dari sehari---jadik seminggu---seminggu jadi sebulan---akhirnya masuk 3 bulan tak dapat dapat duit biasiswa---duit simpanan masa kerja kilang dah kering---duit biasiswa tak masuk masuk juga---hari hari jimat---mudah mudahn cukup sampai duit biasiswa masuk---tapi tak mau masuk masuk juga!!!

Aku cukup ingat---bangun pagi---check poket---hanya ada 3 kupang!!!---3 kupang mana lepaih nak makan nasi---jadi beli roti---cicah dengan air sejuk---sarapan pagi memerangkap tengahari sekaligus---nak minta pinjam---orang lain pun sama saja---lebih teruk dari aku pun ada!!!

Tapi Allah maha kaya---waktu petang duduk di balkoni hostel dengan 2-3 orang kawan---tiba tiba nampak kak Hasni (pustakawan)---berlengang balik ke kuaters---kebetulan dia dan husband orang kedah---jadi selalu juga aku bersembang dengan depa---saja aku tegur dia---tiba tiba dia kata---mai ambik bihun ni--- kak bawa balik dari library---depa buat jamuan---apa lagi---petang tu dapatlah aku dan 2-3 orang kawan yang senasib merasa bihun free---kenyang juga perut---Dan petang tu juga---riuh di hostel---duit biasiswa dah masuk--- duit biasiswa dah masuk---malam tu merasa lah nasi ayam---sempena meraikan poket yang kering kembali kembong

Itu cerita lama---cerita duit 3 kupang---bukan setakat tu saja---kalau nak ingat pasai jimat duit biasiswa---macam macam cerita dok ada---mungkin adik adik aku tak sempat kot nak merasa makan roti ganti nasi---sebab zaman dah berubah

TU CERITA DULU DULU---KALI NI TAK TAU BILA LAA NAK MASUK---KALAU MASUK AWAI PUN BAGUIH JUGA---tak semua yang dapat duit biasiswa nii kaya raya


p.s Cik Mira Edora---tolong lah proses cepat cepat---KERJA BELAJAQ NI BANYAK PAKAI DUIT chek ooii

No comments:

Post a Comment