07 July 2013

ini yang terbaik




sepatutnya di dalam bulan julai ini aku bercuti panjang – bercuti sehingga aku fly ke aussie – jangkaan fly pada 22 julai – register di UOW pada 29 julai kelak

tapi itu perancangan pada januari lalu – kini tidak lagi

aku dah ambil keputusan – KEPUTUSAN MUKTAMAT

aku tidak meneruskan pengajian phd aku di aussie

sebaliknya – akan diteruskan di malaysia sahaja – kembali ke UniMAP – kembali kepada SV lama

punca???

terlalu sukar untuk aku nyatakan – lebih tepat lagi aku tidak tahu bagaimana untuk menyatakannya – semuanya memerlukan penjelasan yang mendalam

adakah aku tidak bersedia untuk belajar??
jawapannya - AKU TERLALU BERSEDIA UNTUK BELAJAR

jika aku tidak sedia – mengapa perlu aku mencari universiti di aussie bermula dari nov 2012 lagi – banyak universiti yang aku apply – dan akhirnya dapat juga universiti  – bukan satu tetapi 3 – sukar pula membuat pilihan selepas itu – akhirnya aku memilih University of Wollongong (UOW) di bawah selian Prof Andrej Calka

sebenarnya - banyak perkara yang aku dah selesaikan untuk tujuan ke aussie

exam = settle

tapisan keselamatan = settle (aku dah buat sebelum april lagi)

deposit rumah = settle (aku dah bayar secara online – cuma tunggu sampai ke wollongong - bayar sewaan selama 3 bulan sekaligus – AUS 300/ week – tinggi juga tu)

president persatuan pelajar malaysia di wollongong juga aku dah hubungi – Norzizi Zulkifli Zain (anak Normala Omar) – minta nasihat apa yang perlu aku sediakan sebelum dan semasa aku sampai ke wollongong kelak

passport = settle (dah sediakan pada mei lepas – 7 orang – untuk 5 tahun – banyak juga belanja untuk passport)

beg pakaian = belum settle (kalau ikutkan - dah lama aku beli- tapi wife aku kata tunggu sehingga hampir julai baru beli – tapi aku beli juga satu semasa ke langkawi)

financial affidavit = settle (dah dapat dari bahagian biasiswa - forward ke UOW  –  untuk persediaan visa)

 apa halangan aku??

aku tak dapat nak jelaskan secara terperinci

mungkin faktor anak
#(anak sulung tidak dibawa bersama kerana akan terlepas peluang untuk ambil SPM 2 tahun lagi) – anak yang ke 2 – tidak mendapat elaun dan juga health coverage kerana melepasi usia 13 tahun

ibubapa

rumah

kemungkinan kemungkinan ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada keputusan aku

teman rapat aku kata – aku tidak prepare minda untuk kesana – mungkin betul – mungkin tidak

dari segi material memang aku prepare – dari segi minda – entahlah

aku dah penat menjawap persoalan dari rakan sekerja – sanak saudara – dan - kenalan >>> mengapa aku tarik diri dari study di luar negara – ada yang kata aku menolak TUAH – sebab biasiswa dah dapat – hanya tunggu untuk berangkat sahaja

jawapan aku mudah sahaja  >>> terkadang nasi yang masuk ke dalam mulut pun boleh terkeluar semula

ada sanak saudara kata – kami dah planning - melancong ke aussie - sebab ada tempat untuk berteduh – maaflah kerana impian sanak saudara tak kesampaian – impian nak melancong tu baik diteruskan – hotel budget kan banyak!!

dan - yang paling UTAMA keputusan yang aku buat ini adalah hasil dari ISTIKARAH  – hanya aku sahaja yang FAHAM

jika aku tidak ke sana – pasti suatu masa nanti anak anak aku – salah seorang atau lebih dari seorang menjejak kaki belajar disana – ini DOA aku – In Shaa Allah – kabulkan lah Yaa Allah

AKU TAK SALAHKAN SESIAPA – AKU TIDAK JADIKAN SESIAPA SEBAGAI SEBAB MUSABAB AKU TIDAK KE AUSSIE

INI DARI HATI AKU dan KEHENDAK AKU SENDIRI

WALAU APA PUN – AKU TETAP MENERUSKAN PERJUANGAN PhD AKU DI BUMI MALAYSIA



























2 comments:

  1. Aku salute keputusan hang..bukan meyokong atau tidak..kalau kita tidak bersedia dari segi mental dan fizikal..tak perlu diteruskan...sebab menuntut ilmu ke luar Negara bukan jalan untuk melancong tetapi betul2 menuntut ilmu..ilmu di dalam Negara dan luar Negara berbeza..konten nya mungkin sama..tetapi pengalaman mengharunginya amat berbeza...kalau Berjaya Alhamdulillah..tetapi kalau tidak Berjaya..hang akan dihantui rasa sangat bersalah..kesal dsbnya kerana telah menggunakan wang rakyat yang banyak (approx. 500k or more)..tetapi hajat tidak kesampaian..analoginya tampak mudah..dimata org lain..tetapi hakikatnya kita yang menanggungnya..pedulikan cakap2 org..belajar di dalam Negara pun hebat...yang penting niat...kalau ada rezeki dapt juga ke luar Negara melalui pembentangan paper dsbnya..good luck bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pandangan...walau apa pun perjuangan tetap diteruskan...In Shaa Allah..mohon dipermudahkan dan berjaya

      Delete