dalam hidup ini – ramai yang menjadi
pelupa – adakah faktor umur atau keterbatasan masa yang membuatkan kita jadi
pelupa – ENTAHLAH – dan aku – salah seorang yang menjadi pelupa – aku terlupa tentang janji aku
janji tentang cerita belajar
rupa rupanya dalam blog ini – aku pernah
menulis tentang Cerita
Belajar (posting 28/3/2012) – aku pernah berjanji untuk menyambung Cerita
Belajar – tapi aku terlupa dengan janji itu – aku tahu - tiada sesiapa pun yang
kisah jika janji itu tidak ditepati – namun bagi aku – aku perlu untuk
melaksanakannya - kerana – aku berharap blog ini akan menjadi tatapan bagi kerabat
generasi aku di masa depan – apatah lagi jika aku dah tiada di dunia ini –
sekurang kurangnya mereka dapat menilai bagaimana aku mengharungi kehidupan
sebagai seorang pelajar yang bermula dari bawah – sehingga mencapai apa yang di
hajati di dalam hidup aku – mereka pasti tahu - jerih perit meneroka dunia
belajar – dengan hasrat itu – di kesempatan kelapangan yang aku ada ini - aku ingin sekali menulis kesinambungan
Cerita Belajar aku
tahun 1986 – aku di tingkatan 3 – tahun
bagi peperiksaan SRP – tahun peperiksaan terpenting di Sek Men Ibrahim (SMI)
aku beruntung kerana berada di dalam kelas
3T1 – kelas yang dipenuhi dengan pelajar bijak lagi matang – rakan rakan di
dalam kelas ini sentiasa belajar – apabila guru tiada – mereka belajar dengan
sendiri – tiada istilah buang masa – mahu tidak mahu – aku yang turut berada di
dalam kelas ini juga terkena tempiasnya – hasilnya – aku dapat menguasai
beberapa subjek penting – contohnya maths dan sains
rakan rakan yang kepala agak gila gila pun
turut belajar – alin – zul – shahar – mat zaini - anuar dan beberapa nama lagi
– semuanya belajar
kemuncaknya – aku berjaya dengan cemerlang
di dalam SRP – dan inilah saat yang benar benar mengembirakan aku – aku
memperolehi keputusan yang aku anggap terbaik dalam hidup aku – ianya di luar jangkaan
–aku perolehi A2 bagi sains dan C3 untuk maths - melayak kan aku untuk mohon ke
sekolah yang lebih baik
sebenarnya aku tidak mempunyai perancangan
untuk mohon ke sekolah lain – bagi aku – berada di SMI pun dah cukup baik - tetapi
selepas menerima keputusan SRP – aku mengikut rakan rakan ke Sek Men Che Tom –
ambil borang permohonan ke Sek Men
Teknik
pada waktu itu – kami berpakat untuk mohon
ke Sek Men Teknik Pulau Pinang – jurusan – pilih sendiri – aku pada masa itu agak
jahil dengan bidang kejuruteraan – apa itu kejuruteraan mekanikal – hatta - kejuruteraan
awam – yang aku tahu – untuk menjadi seorang jurutera – mesti mempelajari
bidang kejuruteraan – sememangnya – aku – mempunyai sedikit cita cita untuk
menjadi seorang jurutera
dengan itu - aku memilih kejuruteraan awam
– sebab apa aku pilih awam berbanding mekanikal – aku pun kurang ingat sebabnya
– cuma – pada pandangan aku – bidang awam adalah bidang yang berkaitan dengan
binaan bangunan – mungkin sesuatu yang menarik untuk di pelajari
tahun 1987 – aku di tingkatan 4 – di SMI –
berada di dalam kelas aliran sains – mula mempelajari fizik – kimia dan biologi
– tetapi aku tidak lama di SMI – dalam bulan Feb aku di tawarkan ke Sek Men
Teknik Tunku Abdul Rahman Putra Pulau Pinang (singkatan TI Penang) – jurusan kejuruteraan
awam
ramai rakan rakan aku yang berjaya ke TI
Penang – zul – anuar – shahar – mat zaini – helmi dan beberapa nama lagi yang
aku agak terlupa – yang tidak bersama kami cuma – alin sahaja – dia ditawarkan
ke TI Alor Setar
aku sebenarnya dalam dilemma untuk
menerima tawaran ke TI Penang – jika aku menerima tawaran ini bermakna aku akan
berjauhan dengan pak dan mak untuk kali yang pertama – sebelum sebelum ini aku
tidak pernah berjauhan dengan mereka – sedari berusia setahun hinggalah ke usia
15 – dan rupa rupanya inilah detik permulaan yang aku akan berjauhan dengan
mereka sehingga aku berganjak ke usia 25 tahun – bermakna 10 tahun aku menghabiskan usia aku di perantauan – menuntut ilmu dan mencari rezeki
tahun 1987 – bulan Feb – sah aku menjadi
pelajar di TI Penang – sekolah yang mengajar aku menjadi manusia yang berdikari
AKAN
BERSAMBUNG
posting terdahulu
No comments:
Post a Comment