21 July 2013

Pukulan KO


(+) hang buat research apa?
(*) materials engineering
(+) tentang apa?
(*) hasilkan materials untuk high quality piston
(+) benda yang orang lain belum pernah buat?
(*) dah ada orang buat – nampak macam sama tapi tidak serupa
(+) kalau macam itu – ini bukan benda baru!!
AKU DIBERI TITIK NOKTAH – PUKULAN KO

persoalan
perlukan kita meneroka perkara baru yang tidak pernah si buat oleh orang lain – hanya untuk menunjukkan research kita amat hebat?
jika research kita hebat – kemanakah ia selepas itu?



untuk itu
aku ingin berkongsi kata azimat dari Dr Roslan Baki
kata beliau – untuk research – kita tidak perlu buat bom atom – memadailah dengan membuat bom ikan – tetapi bom ikan ini mampu untuk memilih ikan
sesuatu yang biasa orang lakukan – tetapi sukar untuk dilaksanakan
kita mampu untuk hasilkan bom ikan – tetapi - mana mungkin kita hasilkan bom ikan yang mampu untuk memilih spesis ikan untuk dimatikan
itu yang membezakan antara bom ikan kita dengan bom ikan yang sedia ada

begitu juga dengan research

mengapa kita bersusah payah menghasilkan sesuatu yang baru – memadailah dengan upgrade research yang sedia ada serta membuat penambahan yang mampu menjadikan research kita tampak hebat dari terdahulu

inilah yang aku jumpa di dalam banyak research berkaitan materials

ramai yang telah hasilkan research untuk aluminum matrix composites (AMCs) – telah ramai yang hasilkan research dalam bidang powder metallurgy (P/M) – ramai yang telah mengkaji tentang aluminum silicon (Al-Si) dan ramai juga yang mengkaji tentang Mg2Si

bagi aku – ianya sama tapi tidak serupa

research aku sebenarnya berkisar tentang AMCs - P/M – method yang telah lama dikaji orang – cuma gap aku dengan researcher lain adalah - Mg2Si – untuk itu aku mengubah dan mempelbagaikan saiz Mg2Si – begitu juga dengan suhu – mempelbagaikan suhu – mencari point yang benar benar boleh menghasilkan material bagi high quality piston - melakukan analisis terkini - serta - bersesuaian dengan piston

dan yang paling penting – mendapatkan pilot paper - hasil dari research terdahulu

dengan ini boleh dibuat perbandingan di sepanjang research

faktor yang paling penting adalah hala tuju selepas ini – penghasilan high quality piston

sebelum ini - ramai yang menghasilkan materials dari method AMCs via P/M – tetapi tidak untuk piston – ini juga satu gap

cabaran utama adalah

kena pastikan

dalam jangkamasa 5 tahun terkebelakang – belum ada researcher yang menggunakan material  dan suhu seperti research aku

dengan maksud itu carian papaer di dalam journal amat penting
inilah yang melambat proses pembelajaran sebenarnya

proses menarik paper – tidak dinafikan banyak paper yang boleh di rujuk – tetapi belum tentu ada yang sesuai

selepas menarik paper – proses membaca juga penting – proses inilah yang paling malas untuk di lakukan

kurang membaca – bermakna tidak menguasai ilmu
tidak menguasai ilmu – bermakna menempah kegagalan

buat research ikut suka suka hati – bahaya menanti

No comments:

Post a Comment