Edel mula bertanya
abah tak pasang pelita syawal tahun nie?
pelita syawal? - adakah pelita syawal - macam macam budak sorang nie
kini dah masuk penghujung ramadhan – pastinya
– umat islam akan melangkah bakal meninggalkan bulan yang penuh keberkatan –
bulan ramadhan
tidak berapa hari lagi – anak anak bakal
melompat kegembiraan – menyambut kedatangan syawal
alhamdullilah – sehingga ke saat ini –
perintah ramadhan – berjaya di laksanakan
alhamdullilah juga – anak anak aku –
berjaya melaksanakan ibadah puasa
yang tidak dijangka Edel – 6 tahun –
gigih berpuasa – cuma meninggalkan puasa sehari sahaja – itu pun di awal
permulaan puasa yang lalu - makan pun di tadika – bila ditanya – mengapa makan
– katanya teacher yang beri nasi lemak – tetapi selepas itu – Edel berpuasa – aku
dan wife tidak menjangka kemampuan Edel – jika dilihat kepada perwatakan – kami tidak
yakin Edel mampu berpuasa – maklumlah – Edel agak manja dengan wife aku – cuma -
yang paling teruk sewaktu Edel berpuasa adalah pada hari pertama – kak ngah
kena follow Edel jika dia ke bilik air atau dapur – takut takut curi minum atau
makan – tetapi itu cuma untuk hari pertama sahaja – kini Edel dah stabil –
tetapi sekali sekala ada juga merungut –
menu Edel berbuka – mesti kena ada air soya dan juga ais krim – ini dah kira menu
wajib – waktu bersahur hanya minta makan maggi sahaja – Edel tak pernah miss
bersahur – katanya jika tidak bersahur tak boleh berpuasa
achik – 8 tahun - memang juara
berpuasa – achik dah mula berpuasa sedari usia 5 tahun – memang gigih – badan
pun dah banyak menyusut – achik dalam bab makan agak memilih – jadi hari hari aku
kena bertanya nak berbuka dengan apa – tetapi kesukaannya – asam pedas atas
sayur keladi – kalau ada menu ini banyak kali achik tambah nasi
kak ngah – tak banyak masalah – apa
apa pun kak ngah makan – dan – persiapan waktu berbuka banyak diuruskan oleh
kak ngah – dah boleh di harapkan membantu wife aku di dapur – tetapi di bulan
puasa nie kak ngah jadi agak pemarah – mungkin letih dengan aktiviti sekolah –
dan – bila balik kena membantu di dapur – terkadang aku dan wife biarkan sahaja
kak ngah dengan kemarahannya
along – disebabkan tinggal di hostel –
hanya beberapa kali dapat kami berbuka bersama – tetapi kadang kadang along ada
juga menalifon – minta belikan kuih atau lauk kesukaannya – dan - selepas waktu
bekerja aku akan hantar dekat hostel – tak lah jauh sangat – dalam 15 km dari
rumah - alhamdullilah – dalam bulan ramadhan ini – along beberapa kali menjadi
bilal untuk solat tarawih
makanan yang paling aku rindu – nasi ulam
dan sayur keladi mak – dah 9 tahun aku tidak merasa – dan – 9 tahun jugalah mak
telah pergi meninggalkan aku – mak meninggal tanggal 16 ramadhan
persiapan raya buat kami sekeluarga –
macam selalu – bersederhana sahaja – aku dah beli baju melayu dan baju kurung
untuk anak anak seorang sepasang –
sebenarnya - persiapan baju ini dah
dibuat awal – jika tak silap dalam bulan mei lepas – itu pun kerana aku menjangkakan
akan menyambut syawal di aussie – jadi pilihan baju melayu dan baju kurung dah
memadai – namun setelah aku mengambil keputusan untuk tidak ke aussie – maka –
aku buat beberapa persiapan pakaian lagi untuk anak anak
begitu juga dengan baju bagi orang tua
– aku dan wife dah sediakan awal awal lagi – jadi di penghujung ramadhan nie
tak berapa sibuk dengan persiapan sangat
wife aku dah mula buat beberapa jenis
kuih untuk hari raya – itu pun atas permintaan kak ngah – dia yang beria ia
untuk buat kuih – sejak wife aku berhenti kerja – kuih dan biskut hari raya
dibuat sendiri – agak menjimatkan – sebenarnya - anak anak aku kuat makan
biskut raya – kalau beli tak sempat pun untuk hari raya – hari hari diorang angkut
– bila buat sendiri – banyak juga kami berjimat
ingatkan tahun ini aku dan famili akan
beraya di perantauan – tetapi tidak menjadi rupanya – namun – aku bersyukur – banyak
hikmah yang aku dapat bila tak jadi berangkat ke aussie – jika tidak – bermakna
– aku dan famili tidak dapat beraya bersama along dan kedua orang tua aku
di kesempatan ini juga – aku - memohon kemaafan kepada seluruh keluarga – sahabat handai dan rakan taulan – jika terdapat sebarang kesalahan – mudah mudahan syawal yang bakal menjelang menceriakan seluruh kehidupan
dan - yang paling aku tertunggu tunggu adalah lagu raya kesukaan aku
SEPASANG KURUNG BIRU
Terbaik bos..karya yg sedikit tersentuh..nak blk kg.waaaawa.
ReplyDelete