lari
dari menulis tentang studi
dalam
suasana cuti begini –memikirkan perkara selain dari studi –itu yang terbaik
buat - seketika
melompat
dari blog ke blog akhirnya terjumpa posting seorang blogger – posting beliau banyak
mengulas serta memetik kata kata dari Prof Dr Muhaya
dan ini memberi suntikan inspirasi untuk menulis – menulis berkaitan hati
dan ini memberi suntikan inspirasi untuk menulis – menulis berkaitan hati
dalam
bulan ramadhan lalu – kita menjaga dan mengawal hati sebaik mungkin - tetapi
setelah berlalu ramadhan – berkemungkinankah - hati kembali menjadi kronik seperti bulan
bulan sebelumnya – jika itu berlaku – seolah olah tiada peningkatan dalam
kehidupan
namum
– jika di bulan ramadhan lalu – hati tetap kronik – maka tidak hairanlah – hati
tetap akan kronik sepanjang tahun
hati
tempat mengawal segala perasaan – marah – suka – sayang – benci – rindu
hari
ini hati sayang
esok
hati menjadi benci
hari
ini hati menjadi suka
kemungkinan
esok hati menjadi duka
kerana
hati – perhubungan boleh terjalin
kerana
hati – perhubungan boleh terlerai
kerana
hati – seribu kebaikan – dikenang
kerana
hati – sejuta kebaikan – dipandang serong
kerana
hati - mulut menjadi manis
kerana
hati – mulut menjadi busuk
hati
mudah terasa – terkadang - untuk memuaskan hati – kita menguris hati orang lain
– kita katakan bahawa kita betul – kita tidak membuat refleksi tentang hasil
tindakan kita – akhirnya – ada hati yang terasa – ini kerana - hati mengawal perasaan kita menjadi keras –
sukar untuk di bentuk – dan menerima nasihat – semuanya betul di hati kita –
kita membuang seluruh kebaikan yang pernah dihulurkan – hanya kerana – untuk
memuaskan hati kita sahaja
mendengar
nasihat dari rakan taulan – sahabat handai – boleh membersih hati
mendengar
motivasi - juga boleh membentuk hati
cuma
- hati – perlu memilih jalan sendiri
kerasnya
hati – apa sahaja yang indah – menjadi buruk
lembutnya
hati – terasa dunia ini terlalu indah
jika
keras
rawatlah
hati – rawatlah hati dengan zikirrullah - rawatlah hati dengan istifar
hati
tempat bersarangnya nafsu – nafsu makan – nafsu kebendaan – nafsu amarah
#pesanan
jangan
mementingkan hati kita sahaja – fikirkan juga hati dan perasaan orang lain –
kerana orang lain juga punya hati – punya perasaan
ingat
– orang lain juga makan nasi seperti kita
jika
tidak pandai menjaga hati – larilah jauh jauh dari kehidupan yang maha indah
ini
berfikir
dengan mata hati – baru terlihat – apa yang tersirat di sebalik yang tersurat
ikut
nafsu – jadi lesu
ikut
hati – mati
No comments:
Post a Comment