tak
tau pasai apa…nak lelap mata…dah tak mau pulak…dah dekat pukul 3 pagi...petang tadi bukannya tidur pun…tapi
pasai apa tak mau lelap mata pun tak tau….
nak
buat kerja belajaq…cuti berbaki sehari lagi…cuti yang aku tetapkan sendiri…sebab
tu ada kawan dalam fb kata…buat apa minta cuti sebab dah memang dalam cuti…memang
betoi…aku dalam cuti panjang…tapi cuti ni aku mohon sendiri dari diri aku…sepanjang
bulan posa lepaih…aku tak berhenti buat kerja belajar…lagi 2 hari nak raya pun
masih tetap dengan laptop…tapi bila wife kata..patutnya dah tak buat kerja
belajaq…patutnya dah tolong kemaih rumah…jadi untuk menghormati hidup
berkeluarga maka aku mohon cuti dari diri sendiri…minta 1 minggu…tolong apa
yang patut…sebenarnya aku seronok buat kerja belajar dalam bulan posa…sambil belajar…sambil
dok dengar lagu raya… ada feel untuk sambut raya!!!
raya
tahun ni aku tak pi mana sangat…semuanya rutin macam selalu…beraya dirumah
sendiri macam biasa…lepaih sembahyang…pi melawat kubur mak dan pak…lepaih tu pi
rumah abah…lepaih rumah abah pi rumah mertua…petang aku balik rumah sendiri
sorang sorang….wife dengan anak anak di kampong…raya ke 2 baru aku pi ambik
depa…bawa jalan jalan rumah mak saudara…raya ketiga macam biasa…turun penang…pi
rumah bapa saudara (ini rutin tiap taun)…selepas tu duduk dirumah saja dengan
anak anak…layan TV…anak anak macam biasa…dah berkali kali dok kira duit raya…macam
macam depa planning nak perabih duit raya…ada yang minta nak beli robot…nak
beli hset pun ada
dah
tak boleh tidoq ni aku buka fb…tengok gambar kawan kawan post waktu gathering 2
hari lepas…aku tak dapat join…last minit ada masalah…ramai juga yang hadir…ramai
yang dah berubah bentuk dan rupa…sesekali tengok aku dah tak ingat nama…kalau
aku pi malam tu pasti aku boleh ingat balik nama depa…nak buat macam mana…dah
ketentuan tak boleh join
dah
tak tau nak buat apa…aku lompat dari satu blog ke blog…saja type raya di
perantauan…macam macam pengalaman orang yang beraya di perantauan terutama di luar
Negara…pengalaman aku Cuma beraya di dalam Negara saja
setakat
ni saja laporan yang tak seberapa...sambil menikmati kopi O kosong dan rokok balut...
No comments:
Post a Comment