09 August 2014

no pain - no gain



malam ini tak ada apa sangat yang hendak dibuat – bukannya tak ada kerja belajar yang perlu dibereskan – bila rujuk kepada planner – masih ada beberapa kerja yang perlu di settle - tetapi mood keletihan seharian berada di lab masih terasa – so biarkan badan berehat seketika

mana tak letih – dari seawal 8.30 pagi dah berada di lab – memandu ke lab pun ambik masa 1 jam setengah dari Sungai Petani– sampai sahaja terus buat kerja – non stop sehingga ke jam 4.30 petang – itu pun berehat seketika untuk solat zohor – dan terus bersambung – juadah tengahari - hanyalah roti yang dibeli dengan niat untuk bersarapan atas kereta – tapi boleh terus digunakan sehingga ke tengahari – cicah dengan kopi O kosong yang dibekal oleh wife – malas nak mencari nasi – apatah lagi kedai makan agak jauh – nak kena drive lagi- lab dekat kubang gajah nie mana ada kedai makan yang dekat - nak pesan pada student lain pun - tak ada sesiapa dekat lab – atau tak ada yang nak datang ke lab kubang gajah nie – mungkin dalam mood hari raya lagi kot!! – jika aku keluar membeli pun mungkin membazirkan masa yang amat berharga – so makan roti lah


mengapa perlu rushing sangat – itu juga yang ditanya oleh lab assistance – sebenarnya – aku tidak mahu berhari hari melakukan kerja permotongan ini – banyak masa yang terbuang – dulu sebelum Ramadhan dah pun buat kerja yang sama - seandainya machine yang sepatutnya beroperasi untuk proses ricik kepada cebisan yang lebih kecil boleh digunakan – kerja ini pasti lebih mudah – tapi machine nie dah rosak seminggu sebelum Ramadhan lagi – sehingga kini masih belum di baiki – jangan hairan – kerana – machine ini hanya satu satu nya terdapat di U – student dari school lain pun menumpang guna machine ini – tapi aku tengok - sebelum nie tak adalah pulak student lain guna – rasanya aku sorang saja kot yang guna untuk kerja merincik – mungkin diorang guna particle material untuk casting – aku pulak guna ingot – nasiblah!!!

dari ingot kepada blok seterusnya kepada plate


disebabkan machine kecil rosak - terpaksa modified machine besar untuk kerja merincik – modified sana sini supaya boleh guna – guna kepakaran dan pengalaman semasa di industry dulu – so bolehlah guna tapi banyak masa terbuang hanya untuk setting supaya ingot boleh dipotong – kalau tak setting betul betul – mau terbang cebisan ingot hinggap atas kepala – safety first!!




mungkin inilah dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu – sentiasa diasak kiri – kanan – atas dan bawah – benarlah kata Dr Roslan Baki dahulu – jika tak diuji dengan kesukaran mana nak merasa kejayaan – no pain, no gain!!


walaupun berjaya merincik kepada saiz yang kecil – cebisan ingot ini perlu sekali lagi di rincik kepada saiz yang lebih lebih kecil – baru boleh masuk dalam crucible - baru boleh digunakan untuk casting - so minggu hadapan sekali lagi kena buat proses yang sama – merincik – merincik – merincik  - dan - keletihan pasti lebih terasa kerana bilangan yang perlu dirincik makin bertambah

no pain, no gain - no pain, no gain – hingga bawa ke lena…zzzZZZZZ


No comments:

Post a Comment