13 August 2014

Wahai Sahabat - mari tadahkan tangan bersama


ini kisah benar

apa yang aku hendak tulis ini bukan bermaksud untuk mencampuri urusan orang – tetapi ianya terbit dari rasa simpati yang teramat sangat – berulang kali aku terfikir – samada patutkah aku berkongsi atau lebih baik diamkan diri – namun setelah difikirkan – aku patut berkongsi cerita ini dengan sesiapa yang sudi untuk membacanya.

baru baru ini terdapat kematian di kawasan kejiranan aku – jiran yang cukup aku kenali – dan aku namakan sebagai pakcik - pakcik meninggal di usia menghampiri 90 tahun

pakcik mempunyai seorang isteri (aku namakan makcik) yang dikahwininya lebih kurang 25 tahun lalu setelah isteri pertama pakcik meninggal hampir 5 – 6 tahun – sewaktu berkhawin dengan makcik – semua anak anak pakcik telah berumahtangga dan tinggal berjauhan – mungkin kerana itulah – pakcik berkahwin – supaya ada orang yang menjaga makan minum - pakcik adalah seorang pesara kerajaan – telah bersara sebelum isteri pertamanya meninggal

dengan makcik – mereka tidak dikurniakan anak - tetapi – makcik mempunyai seorang anak hasil perkhawinannya yang terdahulu

di dalam pemerhatian aku – makcik seorang isteri yang baik – tidak pernah dia mengabaikan pakcik dimasa pakcik sihat mahupun sakit - hari raya setiap tahun – anak anak pakcik akan pulang kerumah pakcik –ini menunjukkan bahawa makcik adalah seorang ibu yang baik kerana boleh menerima kehadiran anak anak tiri suaminya – pastinya makcik melayan mereka seperti anak sendiri

tetapi takdir telah menentukan segalanya – pakcik telah dijemput Ilahi

kisah sedih ini bermula sehari selepas pakcik dikebumikan – salah seorang anak pakcik telah memberi kata putus kepada makcik untuk keluar dari rumah pakcik – anak anak yang lain membantah tetapi disebabkan yang memberi kata putus adalah abang yang lebih tua – mereka tidak terdaya untuk menghalang – mungkin mereka malas untuk bertekak dengan abang ini - tempoh yang diberi untuk keluar dari rumah adalah 3 hari!!! – bayangkanlah kezaliman insan ini (tak tahulah samada boleh lagi digelar insan kepada orang seperti ini)

semua dokumen pakcik dipegang oleh anak ini – termasuklah kad pesara - pada fikiran aku – makcik adalah insan yang layak untuk mendapat pencen kerana beliau adalah isteri dan semua anak anak pakcik telah melepasi usia 21 tahun

dapat aku rasakan bahawa makcik adalah insan yang dizalimi – walaupun beliau bukan ibu kandung – banyak jasanya kepada keluarga pakcik

anak apakah orang seperti ini!!! – tidakkah dia ketahui bahawa secara hukum, kedudukan ibu tiri adalah sama dengan kedudukan ibu kandung dan mempunyai hak yang sama dengan ibu kandung yang harus dihormati – terang terangan orang ini telah menderhaka kepada seorang ibu!!! - apalah sangat makcik menumpang teduh dirumah pusaka pakcik – jika difaraid sekali pun makcik tetap mempunyai bahagiannya

kepada anak ini
tidakkah dia tahu bahawa doa orang yang dizalimi – akan terus diperkenankan oleh Allah – apatah lagi doa seorang ibu

Rasulullah Saw bersabda: “Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang tua, tidak menyayangi yang lebih muda” (HR Ahmad).

ingin sekali aku mahu melihat kesudahannya – namun – aku tidak sezalim itu untuk mendoakan perkara yang tidak baik kepada orang ini – bagi aku – Allah Maha Agung – kita hidup di dalam gengamannya – jika kita berbuat baik – pasti Allah akan membalasnya dengan kebaikan – dan – jika kita menzalimi orang pasti akan mendapat balasan yang setimpal – ingat – janji Allah itu pasti – balasan kepada orang yang dizalimi akan diperlihatkan diatas bumi!!

aku mohon kepada sesiapa yang membaca coretan ini – tadahlah tangan – mohon kepada Allah supaya makcik diberi kekuatan untuk menempuh baki usia kehidupannya – ditambahkan rezeki untuknya – dan berbahagia makcik di dunia dan akhirat – mungkin ini adalah dugaan Allah kepadanya

aku dikhabarkan bahawa makcik akan berpindah keluar bersama anaknya – berpindah ke kawasan kejiranan lain – dan pastinya – kami di kawasan kejiranan ini akan kehilangan seorang jiran yang TERLALU BAIK dan MESRA- itu pasti


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah!” – Jangan pula engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku! Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku semenjak kecil.” (QS. 17:23-24).

No comments:

Post a Comment