29 April 2013

Travelog PhD : Penamat Bermula Dengan Langkah Awal


29/4/2013 - permulaan penulisan

masa aku kini agak longgar. di tempat kerja dah banyak perkara telah diambil alih oleh rakan. telah beberapa hari aku fokus kepada pengisian borang untuk urusan ke bahagian biasiswa. banyak benar yang hendak di uruskan sebelum julai ini. pelbagai borang. ada yang mudah diuruskan dan ada yang sukar.

hampir sebulan lebih aku tidak mengajar. dah kurang ajar. istilah pensyarah yang kurang mengajar adalah kurang ajar. bermula dari aku berkursus sehinggalah ke tarikh ini. aku tiada kelas mengajar. walau begitu, ada juga pelajar yang datang bertemu. minta penjelasan atau pertolongan di dalam pembelajaran. aku tolong pelajar aku mana yang terdaya. mereka pelajar aku. dari hari pertama mereka melapor diri, aku adalah ketua program.  sepastinya mereka tahu siapa aku. begitu akrabnya aku dengan pelajar. kini ada pelajar aku yang telah berada di tahap SMK 2 ( sijil modular kebangsaan) hingga ke SMK ke 5. dan tidak lama lagi SMK 5 akan tamat. mudah mudahan mereka mendapat pekerjaan yang terbaik. itu doa aku.

begitu juga dengan pengurusan. aku bukan lagi ketua program. pengarah melantik pegawai lain memegang jawatan ketua program. en zaisham shahbhari. juga rakan baik aku dan boleh dikatakan seperti saudara. itu pun atas permintaan aku kepada pengarah pada awal tahun 2013, "biar mudah ketua baru merancang perjalanan unit". itu alasan aku bila pengarah tanya mengapa perlu awal menyerah tugas. nasib aku baik kerana pengarah faham.

walau begitu, aku bukan hanya sekadar datang kerja tanpa melakukan apa apa. apa sahaja yang diminta oleh pengurusan aku laksanakan. lebih lebih lagi jika ketua jabatan a.k.a KJKK ( Tn Hj Khairul Anuar Aziz) yang minta tolong. yang terdaya aku tolong, aku tolong. jika yang tidak termampu, aku menolak dengan baik. aku bukannya mahir dalam pengurusan. itu fakta.

bila terluang begini. aku rasa alangkah baiknya jika aku menulis. tuan FAKIRFIKIR dalam perjumpaan dengan aku pada April lepas juga mencadangkan aku menulis sesuatu yang boleh dijadikan ingatan. dengan ilham yang diberikan oleh Allah. aku rasakan yang aku berminat menulis tentang perjalanan PhD aku. dari mula hingga aku tamat dengan jayanya kelak. in shaa allah.

ilham travelog ini. aku dapat dari pembacaan. buku yang aku  baca di perpustakaan kksp pada tahun 2010. travelog haji. itu judulnya. dengan itu aku draf beberapa sisipan untuk aku tulis kelak.  

Travelog PhD 1 - Langkah Awal - Ilham Tercipta
Travelog PhD 2 - Persiapan
Travelog PhD 3 - Australia Aku Datang
Travelog PhD 4 - Belajar
Travelog PhD 5 - Bersama Family
Travelog PhD 6 - Masa Tenat
Travelog PhD 7 - Kepulangan

samada aku mampu atau tidak. itu bukan soalnya. kerana penamat mesti bermula dengan langkah awal. dan posting ini adalah langkah awalan aku. cuma. yang menjadi masalah nanti adalah bahasa. aku orang teknikal. bahasa berbunga bukan kemahiran aku. bahasa yang mudah difahami bersama fakta itu keperluan dalam kejuruteraan. namun jika aku tidak memcuba. mana mungkin travelog ini akan menemui noktahnya kelak. tidak mungkin aku tidak pandai berbahasa. masakan keputusan spm bahasa malaysia aku tahun 1988 A+. bukan membangga kerana itu fakta kehidupan aku. 

mesti boleh dan tetap boleh. semoga penulisan ini dapat aku jayakan.

No comments:

Post a Comment