berbual bual tentang elaun yang termaktub di dalam biasiswa - apa yang dapat - apa yang tidak - dan salah satunya berkaitan dengan elaun bantuan keluarga dan elaun bantuan sewa rumah
untuk pengetahuan - jika pegawai memilih untuk menerima imbuhan tetap perumahan (seperti yang dapat setiap bulan semasa bekerja) - maka kedua dua elaun seperti yang dinyatakan tidak akan dapat - begitu juga sebaliknya
soalan dari rakan aku - mana yang lebih memberi untung? dan yang satu pilihan aku semasa menerima biasiswa master dahulu
jawapan aku
jika imbuhan tetap perumahan bagi pegawai DH 44 jumlahnya setiap bulan adalah RM400.00
manakala elaun bantuan keluarga dan elaun bantuan sewa rumah di dalam negara bagi pegawai dan pasangan serta anak lebih dari 2 orang adalah RM 360.00 + RM 200.00 = RM 560.00
jika dilihat dari perbezaannya maka memilih elaun bantuan keluarga dan elaun bantuan sewa rumah lebih menguntungkan - tetapi dengan syarat pegawai berpindah rumah serta mempunyai dokumen berkaitan dengan perpindahan persekolahan anak
tetapi ramai juga pemegang biasiswa yang tidak berpindah tetapi memilih kedua dua elaun tersebut - dengan memberi alamat tempat tinggal yang baru serta menyatakan bahawa anak anak bersama adalah anak anak yang belum memasuki persekolahan - dengan kata mudah - MENIPU untuk mendapat wang lebih
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
mengapa aku memilih untuk menerima imbuhan tetap perumahan?
jawapannya kerana aku tidak mahu menerima wang yang bukan menjadi hak aku - puncanya kerana - aku tidak berpindah - aku hanya berulang alik setiap minggu dari sungai petani ke perlis - terkadang 3 hari berturut turut dalam satu minggu
bagi aku - jika aku menerima sesuatu yang bukan menjadi hak aku - maka satu masa nanti Allah akan menarik balik apa yang bukan menjadi hak aku - mungkin aku akan merasa senang dahulu - akhirnya susah di kemudian hari
pada waktu itu - aku berfikir - aku sedang belajar - mencari dan mengali ilmu - jika aku lakukan sesuatu yang salah disisi agama - maka - aku tidak akan menerima keberkatan di dalam belajar
sia sia sahaja aku belajar - akhirnya tidak berkat - dan lebih malang lagi - kemungkinan laluan aku untuk berjaya mungkin terlalu sukar
bukan untuk dibanggakan - hakikatnya - aku berjaya siapkan master hanya dalam masa 1 tahun 4 bulan sahaja - begitulah Allah memudahkan semua urusan pembelajaran aku
bertemu dengan supervisor yang tidak lokek membantu - experiment yang tidak perlu di buat berulang kali - juruteknik yang sedia menghulurkan bantuan - pensyarah pensyarah yang berkongsi ilmu - penulisan yang lancar dan tidak perlu mengambil masa yang panjang - sehinggalah kepada viva - langsung tiada halangan besar - itulah yang aku lalui semasa menyiapkan research master dahulu
semuanya mudah - tersusun dan teratur
seperkara lagi - seandainya kita menggunakan wang yang bukan menjadi hak kita - dan - kita membelanjakan untuk makan minum keluarga - menjadi darah daging - fikirkan kesannya
bagi aku - seandainya nawaitu kita berada di landasan yang betul - maka kita akan selamat - selamat didunia dan akhirat
dan - jika seandainya kita menghadapi kesukaran - semak kembali di mana silap kita - betulkan niat - in shaa allah - Allah akan sentiasa bersama kita
No comments:
Post a Comment