16 May 2013

Pilih Satu Sahaja

hari ini aku dihubungi menerusi email oleh seorang lecturer A/PROF Dr Ma Qian <klik> - lecturer dari University of Queensland

beliau aku kenali semasa Januari lalu - sewaktu aku tercari cari lecturer yang bersesuaian untuk dijadikan supervisor - di waktu itu aku belum mendapat tawaran dari University of Wollongong <UOW> - dan - aku juga belum mengambil exam IELTS untuk kali ke 2 setelah tidak mencapai tahap 6.5


setelah berbalas beberapa email - beliau minta mohon contact number - kami berbual panjang - beliau maklumkan bahawa akan berpindah ke Royal Melbourne Institute of Technology <RMIT>  sebelum Julai 2013 - dan di lantik ke jawatan Prof 

tujuan aku dihubungi - adalah untuk bertanya samada aku berminat menjalankan research dalam bidang 3D printing for light metals -  bidang yang aku tidak pernah dengar sebelum ini - jika Aluminum Matrix Composite (AMCs) boleh juga difahami - kerana itu - aku menerima tawaran dari Wollongong - hanya kerana: AMCs

beliau juga ada bertanya samada aku berminat untuk belajar di Melbourne - ini cabaran baru!! 


sejujurnya - bidang ini tidak pernah aku kenali - begitu juga untuk belajar di Melbourne


Melbourne tidak termasuk dalam senarai pemilihan tempat untuk aku belajar - puncanya kerana cost of living di Melbourne tinggi - itu kata beberapa orang rakan aku yang menuntut di sana - sejauh mana kebenaranya aku tidak pasti - namun
A/PROF Dr Ma Qian - berkata - Melbourne juga seperti lain lain tempat di Aussie

kini aku dilemma - memilih 3D printing for light metals atau AMCs - begitu juga dengan RMIT atau Wollongong

untuk sedikit pencerahan tentang 3D printing for light metals - aku meng google - dan hasilnya


untuk mendapat maklumat yang lebih -  aku post ke FB - di tujukan kepada lecturer universiti di sini - mungkin mereka dapat membantu


rupanya - ini bidang baru di Malaysia - hendak menyahut cabaran rasanya ilmu tidak ada - hendak ditolak terasa rugi - kemungkinan ini peluang dan ruang untuk aku meneroka alam baru dan memperkenalkan di Malaysia - jika begitu

aku - dilemma - dilemma - dilemma

aku mula berfikir - menyahut cabaran baru - atau - meneruskan pengajian di UOW - atau meneruskan pengajian di Malaysia sahaja

aku tidak pasti - mengapa secara tiba tiba - sejak kembali dari berkursus - aku terasa agak berat untuk meneruskan pengajian di luar negara - berbagai perkara aku fikirkan 

aku benar benar dilemma

mungkin penyelesaiannya adalah -  ISTIKHARAH - itu adalah sebaik baiknya - kata hati

persoalan mengapa aku terfikir untuk belajar di Malaysia sahaja - akan aku ceritakan sebabnya nanti - walaupun aku - memperolehi biasiswa ke luar negara dan mempunyai 2 tempat untuk belajar - namun - jika di halusi - belajar di dalam Malaysia juga tidak kurang  menariknya

sambungan cerita ini pasti ada - itupun jika dilemma aku berakhir - dan - kata putus telah dicapai

No comments:

Post a Comment