07 May 2013
Travelog PhD 1 - Langkah Awal - Ilham Tercipta
2011 September
hari yang paling bermakna. hari konvokesyen unimap. aku salah seorang yang berada di dalam majlis itu. dengan berjubah biru. aku menerima pengiktirafan master dari Raja Muda Perlis.
diwaktu itu - selama 2 tahun
kepenatan,
bersengkang mata,
berulang alik dari sungai petani ke perlis,
kurang bersosial,
tidur tidak nyenyak,
emosi turun naik,
kurang ketawa,
semuanya terasa hilang - semuanya berbalas - hanya dengan sekeping kertas pengiktirafan dalam dunia pendidikan - itulah master - yang menuntut dan meruntun 2 tahun perjalanan hidup aku
seusai majlis
air mata - mama, abah dan isteri - berguguran - aku kira itu adalah air mata kegembiraan keluarga -
segar di ingatan - betapa aku menerima pelukan erat dari abah - dan pastinya abah berbangga dengan aku
ucap selamat dari adik adik aku terima - begitu juga dari rakan - dan juga dari supervisor - dr khairel rafezi ahmad, en ruhiyuddin dan en ruslizam
hadiah dari abah, mama, isteri dan anak anak membuat aku terkesima - sehingga kini bunga konvo pemberian mereka aku simpan - walau telah kering - tetapi tetap memberi makna yang besar kepada aku
kembali berada di rumah
isteri aku berkata - majlis konvo tadi sangat menyeronokan - berulang kali dia bersuara - dan katanya hendak alami sekali lagi - permintaannya - abang belajar lagi - belajar untuk PhD
itulah ilhan pertama yang menerjah minda aku - belajar untuk PhD - boleh dan termampukah aku untuk terus belajar
kata isteri ku lagi - wang dapat dicari - jangan tunggu biasiswa - jika tidak dapat - hasrat tidak tercapai
abah dan mama - orang pertama aku sampaikan berita untuk belajar - dan pastinya tiada halangan dari mereka - aku mendapat restu dari ibubapa - satu masalah dah selesai
berbincang dengan rakan - hasrat menuju PhD - kata mereka - teruskan kerana momentum masih ada - sokongan dan dorongan aku capai
kewangan - dimana harus aku dapatkan kewangan - kerana biasiswa belum tentu aku akan perolehi kerana umur telah melepasi sempadan peraturan biasiswa
ini cabaran pertama aku - sekadar mempunyai semangat tanpa kewangan - hasrat tidak mungkin terlaksana
sambung di Travelog PhD 1 - Langkah Awal - Ilham Tercipta: Kewangan
1. http://mulutmanishatibaik.blogspot.com/2013/04/travelog-phd-penamat-bermula-dengan.html
2. http://mulutmanishatibaik.blogspot.com/2013/05/travelog-phd-1-langkah-awal-ilham.html
Labels:
Travelog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaikkk...good luck boss...dimana ada kemahuan,disitu ada kejayaan..
ReplyDelete