29 April 2013

Travelog PhD : Penamat Bermula Dengan Langkah Awal


29/4/2013 - permulaan penulisan

masa aku kini agak longgar. di tempat kerja dah banyak perkara telah diambil alih oleh rakan. telah beberapa hari aku fokus kepada pengisian borang untuk urusan ke bahagian biasiswa. banyak benar yang hendak di uruskan sebelum julai ini. pelbagai borang. ada yang mudah diuruskan dan ada yang sukar.

hampir sebulan lebih aku tidak mengajar. dah kurang ajar. istilah pensyarah yang kurang mengajar adalah kurang ajar. bermula dari aku berkursus sehinggalah ke tarikh ini. aku tiada kelas mengajar. walau begitu, ada juga pelajar yang datang bertemu. minta penjelasan atau pertolongan di dalam pembelajaran. aku tolong pelajar aku mana yang terdaya. mereka pelajar aku. dari hari pertama mereka melapor diri, aku adalah ketua program.  sepastinya mereka tahu siapa aku. begitu akrabnya aku dengan pelajar. kini ada pelajar aku yang telah berada di tahap SMK 2 ( sijil modular kebangsaan) hingga ke SMK ke 5. dan tidak lama lagi SMK 5 akan tamat. mudah mudahan mereka mendapat pekerjaan yang terbaik. itu doa aku.

begitu juga dengan pengurusan. aku bukan lagi ketua program. pengarah melantik pegawai lain memegang jawatan ketua program. en zaisham shahbhari. juga rakan baik aku dan boleh dikatakan seperti saudara. itu pun atas permintaan aku kepada pengarah pada awal tahun 2013, "biar mudah ketua baru merancang perjalanan unit". itu alasan aku bila pengarah tanya mengapa perlu awal menyerah tugas. nasib aku baik kerana pengarah faham.

walau begitu, aku bukan hanya sekadar datang kerja tanpa melakukan apa apa. apa sahaja yang diminta oleh pengurusan aku laksanakan. lebih lebih lagi jika ketua jabatan a.k.a KJKK ( Tn Hj Khairul Anuar Aziz) yang minta tolong. yang terdaya aku tolong, aku tolong. jika yang tidak termampu, aku menolak dengan baik. aku bukannya mahir dalam pengurusan. itu fakta.

bila terluang begini. aku rasa alangkah baiknya jika aku menulis. tuan FAKIRFIKIR dalam perjumpaan dengan aku pada April lepas juga mencadangkan aku menulis sesuatu yang boleh dijadikan ingatan. dengan ilham yang diberikan oleh Allah. aku rasakan yang aku berminat menulis tentang perjalanan PhD aku. dari mula hingga aku tamat dengan jayanya kelak. in shaa allah.

ilham travelog ini. aku dapat dari pembacaan. buku yang aku  baca di perpustakaan kksp pada tahun 2010. travelog haji. itu judulnya. dengan itu aku draf beberapa sisipan untuk aku tulis kelak.  

Travelog PhD 1 - Langkah Awal - Ilham Tercipta
Travelog PhD 2 - Persiapan
Travelog PhD 3 - Australia Aku Datang
Travelog PhD 4 - Belajar
Travelog PhD 5 - Bersama Family
Travelog PhD 6 - Masa Tenat
Travelog PhD 7 - Kepulangan

samada aku mampu atau tidak. itu bukan soalnya. kerana penamat mesti bermula dengan langkah awal. dan posting ini adalah langkah awalan aku. cuma. yang menjadi masalah nanti adalah bahasa. aku orang teknikal. bahasa berbunga bukan kemahiran aku. bahasa yang mudah difahami bersama fakta itu keperluan dalam kejuruteraan. namun jika aku tidak memcuba. mana mungkin travelog ini akan menemui noktahnya kelak. tidak mungkin aku tidak pandai berbahasa. masakan keputusan spm bahasa malaysia aku tahun 1988 A+. bukan membangga kerana itu fakta kehidupan aku. 

mesti boleh dan tetap boleh. semoga penulisan ini dapat aku jayakan.

19 April 2013

Janji Itu Pasti

Rabu - 17/4/2013
Pagi 
SMS dari Ust Tarmizi




Rabu - 17/4/2013
Malam 11.30
Call dari Khairul
+ "fizam....ust koma....jatuh di rumah"
* "sebab apa"
+ "tak tau...la ni ada di hospital baling....nak pi dak"
* "esok pagi kot...aku tak sihat lagi"
+ "okay"



Malam 11.50
Call dari Khairul
"fizam....ust dah tak ada"
* "hang jangan main main"
+"betul.....kawan dia baru call aku"
* "tolong ambik aku"


aku terkedu.....benarkan apa yang aku dengar....atau ianya satu gurauan dari khairul....tangan aku mengeletar....percaya atau tidak.....yang pasti aku bukan bermimpi

ust tarmizi.....sahabat baik aku dan khairul.....kami rakan sekerja....seperti adik beradik lakunya

mungkin jarak umur yang hampir di antara kami.....menyebabkan kami rapat serapatnya.....ust tua 2 tahun dari aku dan khairul muda dari aku 1 tahun.....boleh dikatakan di tempat kerja.....kami agak senior dari segi umur berbanding dengan rakan yang lain.....dimana ada aku.....mesti ada khairul dan ust.....begitu juga dimana ada khairul.....mesti ada aku dan ust


rakan sekerja sememangnya tahu tentang kami bertiga.....kami adalah abang long, abang ngah dan pak jang.....mereka mengelarkan aku - abang long.....khairul - abang ngah.....dan ust - pak jang


setiap masa kami bersama.....sarapan pagi.....makan tengahari.....atau minum minum di cafe.....sepanjang masa.....kami mesti bertiga.....banyak perkara yang kami lakukan bersama.....jika seorang tak ada rasanya seperti kekurangan temam berbicara

kami boleh berbicara tentang apa saja....dari soal kerja hingga kepada peribadi.....kami kongsi belaka.....kami kawan sehati sejiwa

begitulah akrabnya kami bertiga.....seandainya seorang mengambil cuti.....maka 2 lagi akan mengambil cuti pada hari yang sama.....alasannya.....nanti.....tak cukup korum bersembang


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

semasa dalam perjalanan ke hospital baling.....aku mengirim sms kepada rakan lain.....maklumkan bahawa ust dah tiada

ariff, reezlin, shahar, zaisham, rusdi dan cikgu zul menalifon aku untuk pengesahan.....mereka juga seperti aku.....sukar mempercayainya

sebenarnya ust meninggalkan kami dengan mengejut.....beliau tidak terlantar sakit.....17/4/2013.....beliau masih lagi bekerja dan pulang seperti biasa.....dan waktu malamnya beliau tiada

aku dah 3 minggu tidak berjumpa dengan ust..... bermula 24/3/2013 sehingga di hari terakhirnya.....sebenarnya aku berkursus di EDC UUM (klik sini).....dan sehingga keakhirnya aku tidak bertemu dengannya.....sesuatu yang aku rasa amat sedih

pada 8/4/2013 semasa aku di UUM.....aku ada menalifon ust.....saja bertanya khabar.....tiada sebarang perubahan atau petanda dalam perbualan darinya
9/4/2013 aku mengirim SMS.....ucap tahniah kerana beliau menerima APC (anugerah perkhidmatan cemerlang)....dan hanya balasan pendek dari beliau.....TERIMA KASIH
14/4/2013.....aku mengirim sms kepada ust bertanya khabar.....kerana khairul maklumkan ust sakit mata


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

12.40 pagi - aku.....khairul dan beberapa teman sekampung ust berada di hospital baling.....hanya mampu melihat sekujur jasad teman baik berada di atas katil.....bacaan ayat suci serta doa yang mampu aku lakukan

jam 1.50 pagi.....kami mengiringi jenazah sehingga tiba di rumah.....di kg lanai, parit panjang, baling.....sepanjang malam.....alunan bacaan Yaasin dari anak anak ust yang kedengaran....bertuah ust kerana dikurniakan dengan anak anak yang solehah

jam 10.30 pagi.....urusan memandikan jenazah.....
sejujurnya....airmata ini berguguran takkala aku turut sama memandikan jenazah ust.....walau aku ditenangkan oleh azrul.....air mata ini tetap mengalir.....laju
dan alhamdullilah.....rakan sekerja yang hadir turut sama membantu menyempurnakan jenazah


jam 11.50 pagi.....urusan pengembumian selesai

aku bersyukur kepada Allah kerana memberi aku kekuatan dan kesempatan untuk berbakti kepada Arwahyarham di hari terakhirnya di atas muka bumi ini....semoga ucapan selamat dari SMS di pagi sebelum kematiannya adalah doa terakhirnya untuk aku.....dan pastinya aku akan merinduinya


Al Fatihah buat AlFadil Ustaz Mohd Tarmizi bin Mahamud
Ust Tarmizi - dua dari kiri - aku, khairul dan razale di cameron highland










11 April 2013

Hanya Paper

Alhamdullilah....dalam kekalutan mengikuti kursus selama sebulan...akhirnya siap juga paper penulisan...bila dah siap terfikir dimana nak di publish...atau dihantar ke mana mana conference atau kolokium...nak cuba hantar ke journal terbitan ISI....rasanya belum layak kot....mungkin boleh dicuba pada conference anjuran politeknik syed sirajuddin....walau apa pun....siap juga penulisan untuk tahun ini

Abang Bujang: From Taiping With Love



petang tadi aku tertidur
dalam tidur aku bermimpi
dalam mimpi aku lihat taiping

taiping pasti dah berubah dari 22 tahun dahulu
tahun 1991...aku berkelana ke taiping.....mencari rezeki.....hidup sebagai orang bujang

bagi aku taiping bandar orang pencen....tiada kesesakan .....hidup dengan tenang

taiping bandar yang indah.....makanannya murah.....waktu itu kuihnya masih boleh dibeli dengan nilai 10 sen...di sungai petani waktu itu dah tak wujud kuih 10 sen


memasuki bandar taiping kita disambut dengan deretan pohon pohon tua.....kelihatan seperti gergasi.....yang berusia puluhan atau mungkin juga ratusan tahun









menyewa rumah di taiping tiada masalah.....sewaktu mula menetap di taiping aku menyewa di kampung pinang, kamunting..... perkampungan orang melayu.....rumahnya dibina mengikut cita rasa sendiri di atas tanah lot.....tapi aku tak lama di kampung pinang.....rumah yang aku sewa berhantu.....ini realiti.....bukan dongengan aku.....aku alami sendiri.....kemudian aku berpindah ke taman desa jana.....juga di kamunting.....kawasan perumahan berhampiran dengan bukit jana.....suasananya nyaman.....berhampiran bukit yang dikelilingi dengan dusun.....pastinya sejuk....terdapat aliran sungai dari atas bukit

abah dan mama kerap ke taping.....menaiki motosikal dari pendang....jika ke rumah aku pasti abah dan mama ke bukit jana untuk berkelah....kawasannya tertutup...jadi tak ramai pengunjung.....mak...pak dan adik adik pernah juga berkunjung ke rumah aku di taiping


taiping kerap hujan.....dalam geografi juga diajar....tapi disini aku alami sendiri.....hujan kerap di sebelah petang.....jika baju di ampaian.....sebelum pukul dua dah kena angkat....jika tidak anak anak jiran sebelah menyebelah akan menjerit..."abang bujang angkat baju...abang bujang angkat baju".....itulah gelaran yang diberi oleh anak anak jiran kepada aku dan wazir (rakan serumah)....pastinya anak anak itu telah dewasa....dah 22 tahun berlalu!!.....teringat kata kakak kakak di kejiranan aku....."dah tak hujan 2 -3 hari ni...nak kemarau gamaknya..."...bagi aku taiping tak pernah kemarau....paling lewat tak hujan pun hanyalah 2 - 3 hari



menetap di taiping tidak membosankan.....jika ada kelapangan waktu petang aku ke taman tasik taiping....pohon menghijau dan rendang.....mendamaikan mata yang memandang






apatah lagi di kelilingi tasik.....pasti tak puas bertandang.....acapkali aku meronda dengan motor suzuki best....sesekali melepak seorang diri sambil memerhati gelagat manusia




taiping ada zoo....walaupun berada di taiping selama tiga tahun...sekali pun aku tidak pernah melangkah masuk.....aku hanya masuk ke zoo setelah aku mempunyai dua orang anak!!!







taiping juga ada muzium.....anak sulung aku suka jika kesini



taiping ramai dengan orang tiong hua....sewaktu tahun baru cina.....kelihatan taiping seperti kowloong



banyak kem tentera disini...jika tidak silap perhitungan aku .....ada 3 buah semuanya.....mess pegawai atasan....seperti rumah mat saleh lagaknya...

tidak sukar mencari makanan di taiping....pilihan aku kuey teow Doli....terletak di bazar melayu.....tapi kini telah berpindah ke jalan pokok asam.....jika ke taiping aku pasti mencari kuey teow Doli.....anak anak aku dah lali dengan pilihan aku.....wife aku juga dah mula tertarik dengan kuey teow Doli

dahulu jika malam aku ke belakang balai bomba.....ada banyak deretan kedai makan.....yang paling popular nasi goreng ayam dan yong tau fu taiping

boleh dikatakan setahun sekali aku ke taiping.....mengamit memori abang bujang.....anak anak aku dah tak mahu mendengar kisah abang bujang.....dah kerap sangat aku bercerita


teringat satu kartun di dalam majalah gila gila
FROM TAIPING WITH LOVE




09 April 2013

Aras 42






syukur kepada Allah kerana meminjamkan usia aku sehingga ke angka 42


di sepanjang meniti usia sehingga ke 42 aku dilimpahkan dengan rahmat, kejayaan, kemewahan, kegembiraan, kesihatan dan kebaikan dari kurniaan Mu Ya Allah...syukur



di usia ini aku dikelilingi oleh keluarga tersayang : isteri dan anak anak serta  ibubapa juga adik adik.....disaat aku hampir jatuh tersungkur...tangan-tangan inilah yang menarik aku kembali berdiri gagah...syukur



menyambut usia ini aku berada jauh diutara...berbekalkan tiupan semangat...sokongan...dan dorongan dari keluarga dan ibubapa...aku mengutip ilmu untuk berjaya





tepat jam 12...aku dihubungi oleh anak sulung...mengucap selamat kepada aku...alhamdullilah...Allah telah memberikan aku dengan anak anak yang penyayang...mudah mudahan mereka menjadi insan soleh dan solehah

mudah mudahan di usia ini aku menjadi insan yang berjuang di jalan Allah...menjadi anak yang selalu mendoakan kesejahteraan kepada kedua orang tuaku...menjadi suami yang penyayang kepada isteriku...menjadi bapa yang terbaik kepada anak anakku...membimbing mereka ke arah kebaikan dunia dan akhirat...menjadi abang yang sentiasa bersama adik adikku...berkongsi suka dan duka







06 April 2013

Penyakit Orang PhD

kita boleh lihat ada orang yang mengaji PhD mukanya ada yang lain macam. Ada yang berjalan seperti tidak melihat pohon. Bercakap, tetapi fikirannya mungkin berada pada tempat yang lain. Ada yang tidak bercampur dengan manusia. Ada yang pergi pagi pulang malam. Ada yang malam ke pagi tak balik ke rumah lagi

baca selanjutnya di [SINI]

05 April 2013

Aku Kidal


aku kidal…..ini fakta.....bukan auta

mengapa aku kidal.....aku pun tak tahu!!!.....sedar sedar saja.....aku dah pegang pencil sebelah kiri.....mengapa dan bagaimana.....menjadi satu persoalan

jika dilihat salahsilah famili.....tak ada yang kidal.....aku anak sulung....empat orang adik adik aku semuanya tangan kanan....hanya aku sahaja kidal

abah.....mama....mak.....pak....tok.....tokwan.....semuanya kanan....hanya aku sahaja kidal

namun aku tak pasti.....jika.....tujuh keturunan sebelumnya ada yang kidal

anak anak aku seramai 5 orang.....semuanya kanan....hanya aku sahaja kidal



tetapi.....tak bermakna aku makan nasi dengan tangan kiri.....aku masih lagi waras....namun jika menggunakan sudu....menyuap makanan dengan tangan kiri.....lebih kepuasan

seingat aku.....sewaktu di tadika.....1978....cikgu zainab (cikgu pertama dalam hidup aku)....tak pernah memaksa aku menukar tangan semasa menulis.....mungkin kerana itulah.....aku selesa dengan tangan kiri.....walaupun begitu....aku mampu menulis dengan tangan kanan.....walaupun tidak cantik....tetapi mampu dibaca

pengalaman rakan rakan....guru mereka merotan apabila menggunakan tangan kiri.....apalah dosa menggunakan tangan kiri untuk menulis....cuma kedudukan buku perlu disengetkan untuk keselesaan....jika menulis jawi....ini satu kelebihan.....dan juga semasa peperiksaan.....kertas jawapan perlu disengetkan dan ini memberi kelebihan untuk rakan sebelah kiri meniru!!!.....dan juga.....bilamana orang kidal terpaksa menghadap badan ke kanan dan orang tangan kanan terpaksa menghadap badan ke kiri....ini memberi ruang dan peluang untuk berkomunikasi semasa peperiksaan!!!

apa sahaja aktiviti.....aku kidal.....cuma semasa menggunakan gunting....aku bermasalah......gunting sememangnya direkacipta untuk orang tangan kanan.....mahu tidak mahu aku guna tangan kanan semasa mengunting....namun.....ini satu kelebihan.....kerana aku dapat menggunakan kedua dua belah tangan aku.....begitu juga semasa memegang reket.... aku boleh menukar tangan semasa bermain badminton atau ping pong....tetapi....pukulan tidak sekuat seperti tangan kiri.....cuma hoki sahaja yang aku tidak mampu.....sebab stick direka untuk orang tangan kanan

yang paling utama dan terutama.....pastinya kedua dua tangan aku berfungsi dengan baik.....begitu juga dengan otak aku.....otak kiri dan otak kanan berfungsi <<<search dalam internet tentang penggunaan tangan kiri dan kanan>>>

orang kidal lebih bersih semasa mengupas buah.....kerana.....tangan kanan à buah dan tangan kiri à pisau....itu kelebihan yang tidak dapat disangkal.....ini fakta.....bukan auta

orang kidal lebih bijak dan berjaya?....bab ini yang aku paling suka.....benar atau tidak.....terpulanglah....boleh search sendiri dalam internet.....dalam FACEBOOK dah ada group orang kidal.....dan aku salah seorang yang join group ini

aku paling teruja bila bertemu dengan orang kidal seperti aku semasa berurusan....yang pastinya aku tidak keseorangan dalam dunia ini