bermula 17 Mac sehingga 13 April...aku berkampung di EDC UUM...berkursus analisis kuantitatif...
ini persediaan awal untuk pengajian aku...walaupun di dalam bidang penyelidikan aku nanti...aku tidak memerlukan kuantitatif...tetapi sedikit sebanyak aku memperolehi ilmu...apatah lagi ianya disampaikan oleh orang tersohor dan mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri...
yang menarik...penyampaian dari Dr Roselan Baki...pensyarah kanan UPM...orang baik...ramah...berbahasa indah...penuh dengan humor...menariknya...nasihat beliau...di sertakan dengan motivasi ...lagaknya seperti seorang ayah memberi nasihat kepada anak anak....penyampaian beliau bersahaja...disulami dengan jenaka...dan pengisahan pengalaman hidup lampau...menjadikan peserta kursus terpaku dengan penuh khusyuk...terkadang tidak sedar...dah 3 jam duduk terpaku di kerusi....itulah kehebatan orang lama dalam bidang akademik...In Syaa Allah...mudah mudahan satu masa nanti aku pasti bertemu kembali dengan beliau...
kanan - Dr Roselan Baki |
rakan aku juga Dr Choong Chee Guan turut menjadi ahli panel...beliau dahulu jiran sebelah bilik aku....sama sama menuntut semasa degree....kini bergelar Dr...beliau berkongsi pengalaman sewaktu belajar PhD di luar negara
peserta kursus...ada yang muda...ada yang seangkatan dengan aku @ 4 series...ada yang telah lama dikenali...dan tidak kurang yang baru disapa...lelaki dan perempuan...semuanya baik baik belaka...ramah dan tamah...juga ada yang kaki bersembang...walaupun begitu...terdapat juga peserta yang agak kurang berbual...tetapi...rata ratanya baik baik belaka... yang seangkatan dengan aku...semuanya boleh belaka...tidak kurang ada yang kuat merokok...ini yang menjadikan persahabatan mudah terbina...
ironiknya...aku disapa oleh seseorang...katanya dia adalah bekas pelajar Poli dimana aku berada di situ semasa dia menjadi pelajar...pelajar batch pertama PSP...tahun 1999....aduhh....rupanya bekas pelajar aku juga telah berada setara dengan aku...hebat pelajar ini...
berada disini...menjadikan aku seorang yang tidak mempunyai masa terluang...kelas yang penuh hingga ke 10.30 malam...letih...dan terkadang layu...
teman sebilik...staf UiTM Shah Alam...orangnya baik...ramah...dan suka berbincang...walaupun agak muda dari aku...tetapi matang...sebagai menghormati beliau...aku tidak merokok di dalam bilik...jika tidak...pasti dah penuh berasap satu bilik...apatah lagi habit aku merokok di dalam tandas...mencari ilham...
berada di sini...bukanlah sesuatu yang membahagiakan aku... yang sering berada di dalam fikiran aku adalah keluarga dan ibubapa...bagaimana afif, edel, achik dan angah di rumah...dan along di hostel...bertanya khabar hanya melalui talifon....itulah yang paling---paling---paling--- aku terkenang setiap saat....
No comments:
Post a Comment