25 March 2013

Menyemai Minat


ini sambungan dalam [posting yang lalu]

di penghujung dalam posting lalu...aku nyatakan untuk bercerita tentang minat yang boleh disemai (dipupuk)...tetapi sebelum itu izinkan aku bertanya...benarkah minat boleh disemai?...YA  ATAU TIDAK...mungkin  aku akan bertemu dengan dua jawapan yang nyata...YA...dan...TIDAK

ada sebilangan orang...apabila diminta untuk melakukan sesuatu...maka...jawapannya...TIDAK MINAT...maka...adakah minat perlu datang sendiri?...atau minat dapat disemai?

walau apa pun...jawapannya...bergantung kepada individu

bagi aku...minat dapat disemai...masakan tidak boleh...jika tidak boleh...mana datangnya perumpamaan...TIDAK KENAL MAKA TIDAK CINTA...dari perkenalan...maka lahirlah cinta...jika hari hari berpandangan...maka rasa cinta pasti datang...

aku ingin berkongsi tentang minat yang aku semai...dan akhirnya memberi kejayaan dalam kehidupan aku...

semasa aku di tahun pertama pengajian first degree...mempelajari Material Science adalah satu bebanan...puncanya... Material Science ...kurang calculation...(aku minat dengan subject yang ada calculation)...walaubagaimanapun aku terpaksa juga belajar...aku terpaksa membaca...menghafal (ini kelemahan aku)...hanya untuk memahami subjek ini...apatah lagi Pensyarah terlalu rigid...dan...pembelajaran di dalam bahasa inggeris..kekadang faham...dan banyak tidak faham dari faham!!...namun...hasil dari bertungkus lumus mentelaah bersama room mate aku...maka lulus juga dengan baik...walau tidak cemerlang...

di tahun kedua...aku bertemu lagi dengan subjek ini...aduh!...tapi kali ini lecturer orang putih (A/Prof Dr Edward L Widener)...beliau dari US...aku hampir hampir nak menolak subjek ini...tetapi tidak boleh...kerana ianya core subject bidang aku...mahu tidak mahu...terpaksalah belajar...dan di sinilah berlaku turning point dalam minat aku...benar... jika hari hari berpandangan...maka rasa cinta pasti datang

aku mula jatuh hati dengan Material Science...attraction mula berlaku...penyampaian...penerangan...dan tunjuk ajar...semuanya melengkapkan pemahaman aku...apatah lagi...semasa pelajar U lain bercuti semester selama 3 bulan...aku dan rakan rakan berkampung selama 2 ½ bulan bersama beliau...puncanya U mengadakan value added skill untuk kami...experimental yang dilakukan cukup menarik...apa sahaja yang dipelajari akan ada experiment...dan yang paling menarik...semasa beliau menerangkan tentang microstructure aluminum...

katanya... aluminum is soft and light...but after done the heat treatment...it properties, microstructure and hardness changes...who’s change it...you can’t change the microstructure...can you make the grain size rounded?...can you make the boundaries became smaller?...you can’t...but God can...God give you brain to think...maybe Him need you to do research..research and research...and develope a new thing from aluminum...

aduh!!...beliau kaitkan perubahan hardness...microstructure dengan kebesaran tuhan...mungkin selama ini aku tidak nampak semua itu...tidak pernah terlintas difikiran aku pada masa itu kekuasaan dan kebesaran Allah dalam subjek yang aku pelajari...aku malu...kerana beliau bukannya muslim...tetapi mempercayai kekuasaan tuhan dalam pembelajaran...

dan kerana itulah minat aku dalam bidang Material Science menjadi bertambah...terutama dalam bidang Metallurgy...dimana aku melihat kebesaran Allah dalam setiap microstructure yang aku selidiki...dan kerana itu juga aku menjadi pelajar research beliau semasa di tahun akhir...aku memilih aluminum sebagai thesis projek tahun akhir...dalam bidang metallurgy...

ironiknya...semasa pengajian di peringkat master...aku melakukan research dalam bidang metallurgy dan turut melibatkan aluminum

dan di peringkat PhD ini pun...aku masih memilih aluminum sebagai material research aku...dan terkenang kembali kata kata beliau... maybe Him need you to do research..research and research...and develope a new thing from aluminum...maka aku akan hasilkan aluminum composite piston melalui kaedah powder metallurgy...doakan semoga aku berjaya dengan cemerlang...In Sha Allah...

berbalik kepada minat yang boleh disemai...aku kira dalam hal ini...aku dah buktikan bahawa minat sebetulnya dapat disemai...ianya datang perlahan lahan...dan...seterusnya...menarik hati kita untuk terus bersama...

kemungkinan kita dapat menasihati anak anak kita supaya mempelajari sesuatu yang baru...walaupun pada peringkat awal...minat tidak ada...tetapi jika betul dengan cara bimbingan...In Sha Allah kejayaan pasti ada...


semailah minat untuk mempelajari yang baru kepada anak anak anda....selamat mencuba

**hasil carian: A/Prof Edward L. Widener telah meninggal pada tahun 2005



No comments:

Post a Comment