14 March 2013

Merancang Untuk Gagal


semasa mengajar di politeknik dahulu---aku di datangi oleh seorang pelajar---lelaki---minta nasihat---katanya---dia tidak minat bidang kejuruteraan---dan kerana itulah keputusan peperiksaannya tidak berapa baik---dia masuk ke politeknik dan belajar kejuruteraan atas desakan ibubapa---minatnya bukan pada kejuruteraan---minatnya pada perniagaan

setelah disoal secara berhemah---maka dia nyatakan bahawa dia sengaja mengagalkan beberapa subjek kerana ingin menarik pemerhatian keluarga untuk memilih bidang perniagaan (pelajar ini pernah memasuki institut pengajian sebelum ini---tetapi gagal di tahun ke 2 pengajian---sebabnya adalah sama---mengagalkan diri)

persoalan aku---sebagai ibubapa---haruskan kita menentukan hala tuju anak kita?---wajarkah kita yang menentukan cita cita mereka?---wajarkah kita menentukan pilihan masa depan mereka?

rasanya---kita hanya berupaya mencetuskan minat mereka untuk meneruskan pelajaran dan sama sekali kita tidak wajar menentukan minat dan kecenderungan mereka dalam mengejar cita cita mereka---mana mungkin kita mendesak mereka menjadi doktor---jika acapkali mereka gagal dalam sains---mana mungkin kita mengharapkan mereka menjadi jurutera---jika fizik mereka hanya cukup makan saja lulusnya---

jadi pilihan anak anak juga bergantung kepada penguasaan mereka semasa bersekolah

yang paling utama peranan ibubapa adalah memandu mereka supaya minat untuk belajar di dalam bidang yang di minati dan seterusnya mencapai cita cita---ibubapa sepatutnya memberi galakan dan nasihat sekiranya mereka menyatakan bahawa pilihan mereka dalam bidang tertentu---jika mereka tersasar---disinilah peranan kita---membawa mereka kembali ke landasan yang betul

aku tahu---ibubapa mana yang tidak risau jika anak mereka memilih bidang yang bukan menjadi pilihan ibubapa---mungkin kita risau---anak kita tidak mendapat pekerjaan kelak---tetapi ingat---yang belajar adalah anak---bukannya ibubapa---bagi aku---jika minat mereka dalam satu satu bidang---maka mereka akan berusaha untuk berjaya---bayangkan jika kita mendesak mereka untuk belajar di bidang yang mereka tidak minat---pastinya mereka tidak akan menguasai bidang tersebut---maka---jadikan seperti pelajar aku tadi---merancang untuk gagal

selain itu---sebagai ibubapa kita boleh mencadangkan bidang yang sepatutnya untuk mereka belajar---mungkin kita boleh menerangkan rasionalnya bidang ini untuk masa depan mereka---mudah mudahan mereka faham---dan--setuju---bagi aku---minat boleh dipupuk---ianya bukan sesuatu yang rigid---TETAPI---bukannya mendesak untuk memilih---kerana mereka akan memprotes dalam senyap---maka jadilah seperti pelajar aku---mengagalkan beberapa subjek supaya nampak seperti tidak menguasai

berbalik kepada pelajar tadi---aku tahu dia telah melakukan kesilapan---yang paling utama---iaitu---tidak menerangkan bidang yang dia minat kepada ibubapanya---sebagai bapa---aku turut menasihatinya untuk merasa kasihan di atas pengorbanan ibubapa---mungkin telah banyak wang telah dihabiskan untuk dia---dan dia pulak tidak habis habis belajar---jika dia teruskan juga untuk berada di politeknik---ini bermakna dia akan membuang sebahagian umurnya untuk tidak berjaya

konklusi
1. keputusan yang kita tentukan sekarang akan memberi kesan mungkin 20 tahun yang akan datang
2. minat bukan sesuatu yang boleh dipaksa---minat datang bersama jiwa---namun minat boleh dipupuk (tak percaya---nanti aku ceritakan tentang minat yanh boleh dipupuk---kisah aku sendiri)


No comments:

Post a Comment