13 March 2013

Talian Hayat Kedua


hari ini aku didatangi oleh rakan lama....rakan yang  bersekolah rendah hingga ke sekolah menengah bersama.... cuma apabila di dalam tingkatan 4 masing masing membawa haluan .... aku ke Pulau Pinang manakala rakan aku ke Alor Setar....

 rakan aku kini seorang kontraktor yang berjaya....bermacam jenis bisnes yang di jalankan dan semuanya membuahkan hasil yang mengalakkan....semoga rezekinya sentiasa bertambah.....

perbualan kami berlegar tentang alam persekolahan dahulu ---- satu statement yang amat menarik untuk aku tulis
katanyadahulu kita ada 2 kumpulan pelajar – satu kumpulan yang betul betul belajar – dan 1 kumpulan lagi kaki hisap rokok dan merapu....tetapi dahulu kalau hisap rokok – merapu – tetap belajar - tak macam pelajar sekarangkalau hisap rokok – merapu – mesti tidak belajar

aku amat bersetuju dengan kata kata ini.....benar sekali....jika kita lihat kepada senario...ini yang di hadapi oleh pelajar kini....MERAPU DAN TIDAK BELAJAR....TETAPI NAK HIDUP MEWAH....

sebagai pensyarah...aku lihat kebanyakan pelajar aku tidak insaf dengan apa yang telah mereka lalui semasa di sekolah menengah....kecundang dalam pelajaran.....tercicir dari rahmat guru...hanya kerana mereka  berpaksikan kepada keseronokan yang bersifat sementara....

belajar di  tempat kerja aku sebenarnya adalah talian hayat kedua untuk mereka menjadi INSAN....di sini pelajar  yang tidak berjaya semasa SPM  diberi latihan vokasional supaya mampu untuk merubah hidup masa hadapan....

tetapi sebahagian dari pelajar masih dengan perangai yang sama...kehadiran ke kuliah untuk belajar langsung tidak ambil peduli....ada juga yang belajar separuh jalan.....akhirnya kecundang untuk kali yang kedua....

sebagai pensyarah...aku ingin jadikan pelajar aku seorang  INSAN – BUKANNYA  MANUSIA(insan adalah orang yang berjaya di dalam hidup ---- manakala manusia adalah kanivor)

TETAPI.....mereka ini sebenarnya menolak tuah...kejayaan yang ingin kita semai --- kegagalan yang mereka buru.....

pandangan aku...faktor ini berkemungkinan kerana  generasi kini hidup di dalam serba kemewahan ---- semuanya tersedia dan terhidang di depan mata...tak belajar pun tidak mengapa...tak berjaya dalam hidup pun tidak mengapa...kerana ibubapa telah menyediakan semuanya --- (mana mungkin salahkan ibubapa kerana pelajar ini yang bermasalah --- betul!!)

bayangkan generasi yang akan datang LAHIR NYA dari generasi ini.....goyang dan goyah bangsa dan negara --- SETUJU?

KONKLUSI ---- kami dahulu TIDAK MEROKOK --- MERAPU ---- DAN TETAP BELAJAR ... kerana itulah aku dan rakan berada di landasan yang betul





No comments:

Post a Comment