20 December 2013

Tahniah Puteraku


"abah - along dapat 8A"

Syukur Alhamdullilah - hanya itu yang mampu aku gambarkan perasaan - dikala - along - keluar dari dewan - menyampaikan berita

pelukan dan deraian airmata - mengiringi - kegembiraan dikala itu

sesungguhnya Ya Allah - aku bersyukur - kerana Engkau telah memberi apa yang aku ingini

harapan - hajat - serta doa - telah Engkau kabulkan

terima kasih kepada sanak saudara - rakan rakan - serta - guru guru - yang telah banyak memberi dorongan - nasihat - serta tunjuk ajar - sehingga - along berjaya - mencapai impian

sesungguhnya anak ku - perjalanan masih lagi jauh - ini adalah episod permulaan dalam ribuan langkah - menuju puncak kejayaan

berusahalah untuk berjaya di dunia dan akhirat - dan - menjadi anak yang soleh








ini posting 100 hari sebelum peperiksaan
http://mulutmanishatibaik.blogspot.com/2013/06/pesanan-buat-puteraku.html




09 December 2013

Doa dan Ilham



aku dalam kebuntuan – buntu untuk memulakan penulisan - aluminum silicon bermain difikiran – aku mahu menulis secara kritis – seperti saranan DrOT – semuanya tersusun sempurna – kalau aku sendiri tidak faham – bagaimana pula dengan orang yang akan membacanya kelak


dalam kebuntuan ini – bangun – duduk – berulang kali – memerah otak untuk memulakan bicara aluminum silicon – tapi masih belum ketemu ayat terbaik

mencari cari di dalam internet – gaya penulisan seperti kemahuan dan kehendak hati  – tapi satu pun tidak berkenan

lalu aku mencapai naskah first draf thesis semasa master dahulu – membelek belek table of content – ahhh - mengapa pula ada cerita aluminum silicon – casting sedangkan aku melakukan research berkaitan heat treatment

bila agaknya aku menulis tentang ini

aku membelek tiap lembaran – yaaa – ini lah yang aku cari – inilah yang sesuai untuk memulakan bicara aluminum silicon

tapi mengapa aku keluarkan dari first draf dahulu – aku buat perbandingan dengan thesis yang telah dihantar – memang benar ianya tidak dimasukkan – kemungkinan – apa yang aku tulis pada ketika itu tidak sesuai untuk di sertakan di dalam final thesis –
membaca tiap ayat yang aku tulis – sememangnya inilah yang aku cari – semuanya tersusun seperti yang aku kehendaki

walaupun tahun cite – kemungkinan tidak lagi sesuai – sekurang kurangnya aku ada guideline untuk penulisan kali ini

mungkin - ini tidak di sebut sebagai plagiat - kerana ianya tidak di publish dimana mana 

sesungguhnya Ya Allah – Engkau telah memberi ilham kepada hambamu ini di kala kebuntuan melanda – Syukur

naskah ini – tidak pernah aku sentuh setelah menghantar final thesis – dan – aku pun telah lupa apa yang ada di dalamnya

tetapi keheningan malam ini – aku memperolehi ilham – dan ilham pastinya dari Mu Ya Allah


inilah yang dinamakan kekuasaan DOA


05 December 2013

Kumpul dan Baca



dua – tiga minggu ini agak sibuk – sibuk dengan kerja belajar – membaca dan design framework

dec ini dah masuk sebulan aku mula bercuti panjang – ada baki lagi 35 bulan untuk diselesaikan

kerja belajar giat di jalankan – mengumpul journal paper terbaru – membaca satu persatu research paper – terkadang macam nak muak membaca – makin dibaca – makin banyak persoalan – makin kurang difahami – makin banyak membaca – makin banyak aku rasa perlu masukkan dalam writing draf – jika boleh semua nak dimasukkan – terkadang yang mana sepatutnya dimasukkan dan digugurkan pun dah jadi terkeliru

kerja membaca aku buat waktu malam – kurang gangguan –walaupun wife aku dah siapkan bilik khas untuk aku belajar (aku namakan war room)– aku tidak boleh mendengar suara anak kecil aku memanggil – terasa kesian pula – ya lah – aku berada di rumah – dia mana tahu yang aku belajar atau tidak – mungkin bagi dia – aku seperti dahulu – berada di rumah bermakna bercuti – bila bercuti – mesti nak bermanja

so membacalah di waktu malam - dan kembalilah aku menjadi warga penunggu malam – siang tidur – malam berjaga – itu pun jika aku tidak ke U pada siang hari

dalam pertemuan lalu dengan SV – aku perlu merombak dan membina research design terbaru –yang terdahulu terpaksa gugurkan - jadi nak dapat input – kena membaca lagi – nak design – kena membaca lagi – membaca dan membaca

membaca satu cabaran – dalam umur dan masuk 4 series ni – nak cepat tidur membacalah – maka terpaksalah bersengkang mata – bertemankan kopi O kaw kaw

aku cuba mempraktitkan ilmu dari DrOT – 1 file 1 thesis – membaca sambil cite – document map – mendeley – dan semua ini memang membantu – walaupun writing tidak tersusun – sekurang kurangnya ada isi – bila free boleh edit kembali


dalam keheningan malam – selain ditemani dengan kopi O – aku juga ada peneman setia – aku dah ada kucing terbaru – selepas BeyRo pergi [klik]  – kini aku ada Copper – cukup setia menemani – sekurang kurangnya aku taklah sunyi sangat

08 November 2013

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 16: Isteriku


8 Nov 1997

16 tahun dahulu pada tarikh itu – aku sah bergelar suami

bertapa gugupnya aku di hadapan kadi – berjabat salam – melafaz – akad dan nikah

dari berdua – kemudian bertiga – dan kini bilangan keluarga bertambah menjadi tujuh semuanya

terima kasih – kerana melahirkan anak anak – yang pintar – dan membahagiakan hati – dan mudahan menjadi anak soleh dan solehah

sepanjang 16 tahun – suka duka – riang gembira – masam manis – menjadi rencah berumahtangga

aku masih berpegang pada akurjanji yang dimeterai 16 tahun dahulu – dan mudahan tersimpul kemas

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 16 Buat Isteriku

terima kasih kerana memilih untuk hidup bersama aku

dan - terima kasih kerana menjadi pembancuh kopi O yang setia

Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta

Tak pernah ku merasa
Bahagia begini
Di sisimu

Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu

Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu

Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu

Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan



29 October 2013

Al Fatihah Untuk Mak



30 Okt - tarikh yang pasti di ingati sehingga ke hujung hayat – tarikh dimana mak meninggalkan aku untuk selama lamanya

jelas di minda ini – 9 tahun dahulu - mak menghembus nafas terakhir di pangkuan aku

kini genap 9 tahun aku tidak mendengar suara yang sentiasa memanggil nama aku “bang long” – juga genap 9 tahun aku tidak melihat susuk tubuh yang sentiasa menemani aku dikala suka dan duka

dari usia 1 tahun sehinggalah berganjak ke 33 tahun – mak sentiasa bersama aku – walaupun telah berumahtangga – aku tetap tinggal serumah dengan mak – tidak pernah lekang pandangan aku terhadap mak

Dikala aku dihimpit masalah – inilah orangnya yang aku rujuk

Dikala aku dalam kegembiraan – inilah orangnya yang aku raikan bersama

Mak sempurna dimata aku – tutur kata – perlakuan – menyedapkan hati

kini hanyalah kenangan terindah bersama mak yang mampu aku imbau – terkadang gambar menjadi santapan mata – melayang fikiran  - mengenang detik lampau

Tiada lagi air tangan mak – tiada lagi kopi o mak menemani aku sewaktu bersenang senang dirumah

Terpakat kukuh di minda ini pesanan mak “jaga anak hang elok elok”

Terima kasih mak kerana membesarkan aku dan mendidik menjadi insan


Hanya doa yang aku mampu aku iringi untuk mak – semoga ditempatkan dikalangan orang orang beriman -  AAmiinn

27 October 2013

TOC Alert - pemudah cara menambah ilmu


membaca posting di dalam Doctorate Support Group – tertarik dengan posting ini


rakan ini ingin mengetahui – bagaimana dapat mengakses journal terbaru dan bagaimana untuk update new research in our relevant field

di dalam bebanyak suggestion yang di beri – ini menarik minat aku 




TOC Alert ??? lantas aku mengoogle TOC Alert - hasilnya




TOC Alert adalah Table of Content berkaitan dengan keluaran journal terbaru dari publisher journal dan jika ada journal terbaru berkaitan dengan research field kita - maka kita akan dimaklumkan menerusi email – dengan itu - kita akan sentiasa di update

banyak TOC Alert dari pembekal journal ternama seperti Springer, IEEE Xplore, Oxford Journals, Wiley Online Library dll

contoh dari Springer 



Springer menawarkan 2200 journal untuk di follow - dan kita boleh memilih journal yang bersesuaian untuk di update

nasihat aku - pilih TOC Alert yang bersesuaian - dan register


cubalah – kemungkinan ini akan menambah kelancaran perjalanan sebagai pelajar pascasiswazah - tidak salah untuk mencuba ilmu baru






19 October 2013

Warkah Untuk Rakan...Sahabat....Saudara KKSP


Rakan Rakan KKSP
Syukur – Alhamdullilah - saya akan memulakan cuti belajar selama 3 tahun mulai 21 Okt 2013 - saya merasa amat bersyukur kerana saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berada bersama dengan rakan rakan di KKSP dari 2006 sehingga kini




bermula pada tahun 2006 -  saya memulakan perkhidmatan di KKSP - setelah bertukar dari politeknik - tidak sampai 2 tahun bersama - saya meninggalkan KKSP untuk kali yang pertama bagi menyambung pengajian selama 2 tahun pada Mei 2008

dan Allah maha kaya dan permurah - tetap memberi rezeki kepada saya untuk bersama lagi pada tahun 2010 setelah tamat pengajian

kini pusingan itu kembali lagi – saya akan meninggalkan rakan rakan bagi kali yang kedua – dan penempatan saya kelak tidak pasti dimana lagi selepas ini - jika diberi kesempatan ingin sekali saya mahu berada di kksp selepas ini

rakan sekelian 
sepanjang berada di KKSP – seperkara yang menarik pemerhatian saya adalah ikatan ukhwah yang terjalin – KKSP hebat – hebat kerana ikatan kekeluargaan – tiada jurang antara staf akademik dan admin – kita bergerak seiring - sehati  & sejiwa – kerana kita tidak pernah untuk membina jurang permisah antara kita

kita boleh duduk semeja – menikmati sarapan pagi – minum petang - mampu berbicara apa sahaja – walaupun kita berlainan ideologi politik – walaupun kita memiliki pendidikan yang berbeza – kita boleh tegur menegur antara satu sama lain – kita saling bantu membantu  – ini kerana kita adalah satu keluarga - keluarga KKSP

anda rakan – anda sahabat – dan – anda adalah saudara saya

rakan yang dikasihi
untuk saya menyenaraikan nama orang perseorangan yang banyak membantu saya sepanjang di KKSP – mungkin boleh lakukan – tetapi memadaikan jika saya nyatakan bahawa staf pengurusan tertinggi - admin – auto - op – ku – spa - psh – multimedia dan sumber - pengambilan – exam – latihan industri – latihan staf - ANDA ADALAH YANG TERBAIK – YANG PERNAH SAYA KENALI DI SEPANJANG PERHIDMATAN SAYA SELAMA INI

bagi unit auto – yang pernah saya bimbingi – mohon kemaafan seandainya perkhidmatan saya pada ketika itu tidak mencapai maksud dan hasrat rakan rakan – ini kerana saya bukan seorang pemimpin yang baik – saya hanyalah seorang pelaksana – dan – saya ucapkan terima kasih kepada rakan rakan auto kerana memberi sepenuh sokongan ketika itu – tanpa anda – tidak mungkin saya dapat belajar menjadi pemimpin

dan bagi unit multimedia – team work anda adalah YANG TERBAIK sepanjang saya berkhidmat dengan team multimedia yang lain bermula dari 1998 lagi – disinilah saya diangkat menjadi abang long – team yang paling meninggalkan memori terindah dalam hidup saya

rakan rakan
sebelum saya mengundurkan bicara ini – saya mohon kemaafan yang tidak terhingga – seandainya sepanjang kita bersama – saya melukai hati sebahagian dari rakan rakan – dan sejujurnya saya memaafkan rakan rakan serta menghalalkan segala galanya – serta saya mengharapkan rakan rakan juga begitu

benar kata orang “bulat air kerana pembentung – bulat manusia kerana muafakat”

jangan dipecahkan tradisi ini – kerana inilah kekuatan KKSP yang tidak ada pada yang lain

              yang benar
              abang long