29 October 2013

Al Fatihah Untuk Mak



30 Okt - tarikh yang pasti di ingati sehingga ke hujung hayat – tarikh dimana mak meninggalkan aku untuk selama lamanya

jelas di minda ini – 9 tahun dahulu - mak menghembus nafas terakhir di pangkuan aku

kini genap 9 tahun aku tidak mendengar suara yang sentiasa memanggil nama aku “bang long” – juga genap 9 tahun aku tidak melihat susuk tubuh yang sentiasa menemani aku dikala suka dan duka

dari usia 1 tahun sehinggalah berganjak ke 33 tahun – mak sentiasa bersama aku – walaupun telah berumahtangga – aku tetap tinggal serumah dengan mak – tidak pernah lekang pandangan aku terhadap mak

Dikala aku dihimpit masalah – inilah orangnya yang aku rujuk

Dikala aku dalam kegembiraan – inilah orangnya yang aku raikan bersama

Mak sempurna dimata aku – tutur kata – perlakuan – menyedapkan hati

kini hanyalah kenangan terindah bersama mak yang mampu aku imbau – terkadang gambar menjadi santapan mata – melayang fikiran  - mengenang detik lampau

Tiada lagi air tangan mak – tiada lagi kopi o mak menemani aku sewaktu bersenang senang dirumah

Terpakat kukuh di minda ini pesanan mak “jaga anak hang elok elok”

Terima kasih mak kerana membesarkan aku dan mendidik menjadi insan


Hanya doa yang aku mampu aku iringi untuk mak – semoga ditempatkan dikalangan orang orang beriman -  AAmiinn

No comments:

Post a Comment