19 October 2013

Warkah Untuk Rakan...Sahabat....Saudara KKSP


Rakan Rakan KKSP
Syukur – Alhamdullilah - saya akan memulakan cuti belajar selama 3 tahun mulai 21 Okt 2013 - saya merasa amat bersyukur kerana saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berada bersama dengan rakan rakan di KKSP dari 2006 sehingga kini




bermula pada tahun 2006 -  saya memulakan perkhidmatan di KKSP - setelah bertukar dari politeknik - tidak sampai 2 tahun bersama - saya meninggalkan KKSP untuk kali yang pertama bagi menyambung pengajian selama 2 tahun pada Mei 2008

dan Allah maha kaya dan permurah - tetap memberi rezeki kepada saya untuk bersama lagi pada tahun 2010 setelah tamat pengajian

kini pusingan itu kembali lagi – saya akan meninggalkan rakan rakan bagi kali yang kedua – dan penempatan saya kelak tidak pasti dimana lagi selepas ini - jika diberi kesempatan ingin sekali saya mahu berada di kksp selepas ini

rakan sekelian 
sepanjang berada di KKSP – seperkara yang menarik pemerhatian saya adalah ikatan ukhwah yang terjalin – KKSP hebat – hebat kerana ikatan kekeluargaan – tiada jurang antara staf akademik dan admin – kita bergerak seiring - sehati  & sejiwa – kerana kita tidak pernah untuk membina jurang permisah antara kita

kita boleh duduk semeja – menikmati sarapan pagi – minum petang - mampu berbicara apa sahaja – walaupun kita berlainan ideologi politik – walaupun kita memiliki pendidikan yang berbeza – kita boleh tegur menegur antara satu sama lain – kita saling bantu membantu  – ini kerana kita adalah satu keluarga - keluarga KKSP

anda rakan – anda sahabat – dan – anda adalah saudara saya

rakan yang dikasihi
untuk saya menyenaraikan nama orang perseorangan yang banyak membantu saya sepanjang di KKSP – mungkin boleh lakukan – tetapi memadaikan jika saya nyatakan bahawa staf pengurusan tertinggi - admin – auto - op – ku – spa - psh – multimedia dan sumber - pengambilan – exam – latihan industri – latihan staf - ANDA ADALAH YANG TERBAIK – YANG PERNAH SAYA KENALI DI SEPANJANG PERHIDMATAN SAYA SELAMA INI

bagi unit auto – yang pernah saya bimbingi – mohon kemaafan seandainya perkhidmatan saya pada ketika itu tidak mencapai maksud dan hasrat rakan rakan – ini kerana saya bukan seorang pemimpin yang baik – saya hanyalah seorang pelaksana – dan – saya ucapkan terima kasih kepada rakan rakan auto kerana memberi sepenuh sokongan ketika itu – tanpa anda – tidak mungkin saya dapat belajar menjadi pemimpin

dan bagi unit multimedia – team work anda adalah YANG TERBAIK sepanjang saya berkhidmat dengan team multimedia yang lain bermula dari 1998 lagi – disinilah saya diangkat menjadi abang long – team yang paling meninggalkan memori terindah dalam hidup saya

rakan rakan
sebelum saya mengundurkan bicara ini – saya mohon kemaafan yang tidak terhingga – seandainya sepanjang kita bersama – saya melukai hati sebahagian dari rakan rakan – dan sejujurnya saya memaafkan rakan rakan serta menghalalkan segala galanya – serta saya mengharapkan rakan rakan juga begitu

benar kata orang “bulat air kerana pembentung – bulat manusia kerana muafakat”

jangan dipecahkan tradisi ini – kerana inilah kekuatan KKSP yang tidak ada pada yang lain

              yang benar
              abang long







No comments:

Post a Comment