16 September 2016

Bacalah #3: belajar dan kerja belajar



belajar dan kerja belajar – perkara yang berbeza sama sekali

belajar – sama seperti perkara yang dilakukan oleh anak kita

bangun pagi – pergi ke sekolah – kemudian balik – selesaikan homework – ada masa terluang lakukan ulangkaji – jika tidak – mengadap tv - atau boleh bersantai sepanjang hari

kerja belajar – sama seperti pergi kerja – ada SOP - semuanya ada dateline - wajib memenuhi keperluan KPI



bagi kerja belajar – semua harus dilaksanakan - walaupun mood kurang baik – melainkan sakit

jika mood berada pada paras terbaik – jangan menangguh kerja - mesti produktif - semuanya mesti dihadam sehingga lumat

jika malas – buatlah apa sahaja yang difikirkan sesuai – andai duduk diam berminggu minggu - tidak akan menyelesaikan masalah - dan - mana mungkin akan berjaya

andai masih berkesempatan untuk melayan gajet - bermakna kerja belajar mesti 2 kali ganda wajib di layan 



09 September 2016

3 plus 1




Padan muka – cukup cukup padan muka

Kenapa ya !!! – semuanya kerana 3 plus 1

3 plus 1 – inilah yang saya simpan di dalam fikiran dari awal memulakan pengajian

3 plus 1 cukup sinomin bukan sahaja kepada saya - tetapi kepada rakan rakan yang lain

Jika ada kesempatan bertemu diruang maya – selain bertanya khabar – topik bila dapat diselesaikan pengajian juga dibualkan – dan – apa yang keluar pastinya ayat talian hayat ini

Usah risau – kita umur dah meningkat – mana mungkin dapat selesaikan pengajian seperti anak muda di usia 20 an
Usah risau – kita ada plus 1

Plus 1 – bermakna ada lagi 1 tahun cuti bergaji yang diberikan oleh pihak penaja untuk meneruskan pengajian

Tapi itu semua tinggal igauan

Bermula Jan 2016 – tiada lagi plus 1 - atau - tambahan 6 bulan untuk saya dan rakan seangkatan

Itu telah ditetapkan oleh pihak penaja

Berjaya atau tidak pengajian – semuanya kena kembali bekerja

Maka

Terkial kiallah saya dan pastinya rakan rakan yang lain juga menyudahkan penulisan di dalam chapter 4

Bagi saya – plus 1 telah saya masuk kan kedalam minda sebagai menyudahkan untuk chapter 4

Bilamana masuk bekerja – pastilah konsentrasi untuk kerja kerja belajar terganggu sedikit sebanyak

Dalam minda sebelum ini - plus 1 adalah penyelamat saya untuk terus bersantai santai

Tapi kini – betul betul padan muka

Padan muka sendiri - Oh ya - saya akan mula bekerja pada 21 Okt 2016 nanti

08 August 2016

Bacalah #2: cukuplah Dia bagiku






“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

Qs. At-Taubah : 129

24 July 2016

Bacalah #1: Rezeki Milik Allah


saya tertarik dengan satu artikel daripada Dr Maza berkaitan rezeki


apatah lagi saya kini diuji dengan nik'mat kesihatan yang turun naik


tak kurang juga disempitkan sedikit dengan masalah kewangan - menyebabkan saya terpaksa menarik diri dari menyertai beberapa conference - walaupun artikel saya telah diterima untuk penyertaan

disamping itu terpaksa menangguhkan dahulu beberapa experiment - saya terpaksa menentukan priority kewangan saya digunakan kepada yang teramat perlu sahaja

saya akui - kadang kala hati saya merasa sedih dengan dugaan Allah ini

tetapi saya cepat cepat meletakan bahawa perasaan ini adalah mainan syaitan untuk menganggu gugat keimanan saya

selepas membaca artikel ini - saya rasakan bahawa rezeki saya bukan hanya terletak kepada kewangan dan kesihatan sahaja

anak anak juga satu rezeki dari Allah

Alhamdullilah - anak anak saya berjaya di dalam pelajaran - itu juga rezeki buat saya

anak anak  tidak memberi beban kepada saya dan isteri - malahan mereka tidak pernah menimbulkan perasaan kegusaran di hati saya dengan segala macam tekanan di dalam kehidupan

ada beberapa perkara lagi yang saya lihat bahawa Allah telah memberi rezeki yang tidak terhingga buat saya dan keluarga


saya berkongsi jika ada yang belum membaca artikel penuh di [SINI]






13 July 2016

hanya Dia yang tahu



pada Sept 2014 saya menulis tentang ini


untuk bacaan penuh - klik

siapa sangka - selepas 2 tahun

sedang bergelut dengan writing dan experiment di tahap maksima - tiba tiba terkena minor stroke

keseluruhan pengajian menjadi perlahan - amat amat perlahan

dan rasanya seperti tidak bergerak 

####################################################

walau apa pun dugaan dan rintangan - Allah maha mengetahui

tidak sesekali Dia jadikan sesuatu tanpa ada kebaikan

saya redha dengan ketentuanNya

kini saya sedang menyusun kembali strategi

apa apa yang ketinggalan kembali di landasan 


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


acapkali selepas solat 

doa dipohon agar semua urusan pengajian di permudahkan dan beroleh kejayaan

dan

mohon kepada yang membaca coretan ini - berdoa untuk saya agar kejayaan dapat di capai akhirnya

25 June 2016

(AMR) - Korea beb - 안녕하세요 한국


Alhamdulllilah

penantian 6 bulan - finally bawa berita gembira - rezeki bulan puasa

manuscript diterima - dengan minor revision - very2 minor - 2 jam punya kerja dah settle!!!


asalnya manuscript ini untuk Latin American Journal of Solids and Structures, ABCM Journal tetapi telah di reject kerana tidak ada keperluan untuk di publish di dalam journal mereka - konon kononnya lah

disebabkan dah keluar duit untuk proofread - adalah ratus juga - so - decided appoint journal lain

jumpalah journal nie

Advance in Materials Research: An International Journal (AMR) 

Korea beb - 안녕하세요 한국





kalau tengok pada status manuscript nie - banyak kali juga kena review - dari Jan sampai Jun



hebat sungguh kerja depa nie!!!

tengok dalam comment reviewer  - yang nak kena ubah sikit sangat

suruh tambah pada Fig dan Table saja

adding As Cast data - yang lain lain tak payah dok buat apa apa



2 jam punya kerja - dah selesai 

sambil sambil tunggu nak bersahur - ubah sana - ubah sini - SIAP

Alhamdullilah






mintak maaflah - terpaksa sensor - coz dunia tanpa sempadan nie - macam macam boleh jadi


22 May 2016

Update Program #givehope


Alhamdullilah semua pakaian telah berjaya diserahkan kepada golongan sasaran seperti yang dirancang melalui: (1) En Zaisham Shabahri (S/U Persatuan Penduduk Kpg Kandis/ Meribut Kodiang); (2) PakCik Man (wakil Kpg Rendang - Pdg Temusu - SP); (3) En Monier (wakil NGO Wargakilang)

Ada sebahagian daripada pakaian yang disumbangkan diambil terus dari rumah (station).

Tahniah kepada Team #givehope diatas usaha semua.

Jika ada peluang dan ruang  - boleh diteruskan pada masa hadapan.







30 April 2016

Program #givehope


Along dan rakan rakannya exstudent SMS Kepala Batas memulakan projek kemasyarakatan  - mereka - dinamakan #givehope

satu usaha murni - jika dilihat pada usia muda mereka

program pertama #givehope- mengumpul pakaian terpakai - tujuan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan di kawasan pendalaman Kedah - date line pengumpulan sehingga 30 Mei 2016

percaya atau tidak - masih ada golongan yang mengharapkan bantuan pakaian terpakai - jika tidak percaya boleh lihat disini >>https://www.facebook.com/mohd.monier/posts/10205558477781475<<

bangga dengan mereka - mereka menggunakan twitter dan whatsapp untuk memudahkan interaksi

setiap orang memainkan peranan tersendiri - ada jadi collector - jadi transpoter - jadi notifier

mereka hebat - tidak berkira walau kena keluar duit minyak sendiri  - collect pakaian terpakai dari rumah ke rumah - ada collect dari rakan2 - collect dari saudara mara dan jiran

selepas collect - rumah saya jadi station hentian

di station - baju2 ini akan di screen dan sort

tujuan screen - hanya pakaian yang masih elok dan sesuai yang akan dihantar - dan sort - untuk memudahkan seperti pakaian kanak2 - baju kurung - seluar lelaki dll- tugas ini dilakukan oleh wife saya dan angah

selepas screening dan sorting - dimasukkan kedalam kotak - dan akan di hantar ke NGO Wargakilang - satu NGO yang aktif membantu golongan asnaf dan miskin - paling aktif di kawasan utara

selain itu turut bercadang untuk di hantar ke >>https://www.facebook.com/abdghani1202/<< individu yang banyak membantu masyarakat setempat - menjadikan halaman hadapan rumah beliau sebagai tempat masyarakat setempat mengambil baju

saya juga mengalu alukan - jika ada yang berminat untuk mengagihkan pakaian ini - boleh dapatkan dari saya

hanya gambar dari collection pertama yang disertakan - setakat ini dah menerima collection kali ketiga - dah meninggi kotak selepas sorting

mohon doakan semoga usaha murni mereka ini di berkati Allah dan istiqomah dalam membantu golongan yang kurang berada

diharapkan #givehope akan meluaskan program mereka selain dari pengumpulan pakaian terpakai




proses screening








proses sorting







29 February 2016

keliru



serius....saya benar benar confius.... betulkah apa yang saya tulis

selama 3 minggu saya menulis tentang binary-tertiary-quaternary phase diagram

3 minggu....tanpa melihat kerja lain....tetapi semakin banyak yang ditulis....dan.....dirujuk.....makin bertambah kekeliruan saya

sepatutnya saya tidak perlu lagi menulis untuk chapter 2.....tetapi apabila hendak di masukkan result di dalam chapter 4....tiba tiba kena pula mengedit untuk chapter 2

makin mengedit....makin bertambah persoalan....makin bertambah keliru



bukan saya tidak faham....tetapi terlalu banyak phase diagram muncul lepas rujuk kepada journal

lepas satu....satu....semuanya dirasakan bertepatan dengan kajian

ini....menjadikan saya keliru....tidak tahu yang mana satu sepatutnya perlu dimasukkan

yang mana satu perlu menjadi priority untuk rujukan di dalam chapter 4

saya benar benar perlukan satu phase diagram yang menepati kehendak saya untuk dimasukkan di dalam chapter 2....malangnya tiada

ini semua terjadi kerana alloy yang saya gunakan mempunyai lebih daripada 5 element

lihat tulisan saya berkenaan alloy yang digunakan

"The AA332 (AlSi12CuFe) alloy are usually have some coexisting elements, such as Mn, Mg, Ni, Zn, Ti, Pb and Sn. These elements partly dissolve into solid solution in the matrix and forming intermetallic compound during solidification (Hurtalova, Tillova, & Chalupova, 2012). As known, the presence of additional elements in the AA332 alloys allows many complex intermetallic phases to form, such as binary, ternary and quaternary phases. Therefore, the evaluation of a complex system is very difficult, as all constituent elements can form different phases whose selection depends on the ratio between alloying elements."

"Moreover (Belov, Eskin, & Avxentieva, 2005) noted that the quaternary systems constitute of the Al–Cu–Fe–Mg–Ni–Si system as follow: (i) Al–Cu–Fe–Si; (ii) Al–Cu–Mg–Si; (iii) Al–Cu–Ni–Si; (iv) Al–Fe–Mg–Si; (v) Al–Fe–Ni–Si; and (vi) Al–Mg–Ni–Si."

ini bermakna saya perlu merujuk banyak phase diagram sebelum boleh menyatakan apa yang terbentuk selepas proses selanjutnya

ini antara phase diagram yang telah saya tulis di dalam chapter 2

tetapi ada banyak lagi yang berkaitan.....persoalannya yang mana satu!!!

saya bingung






semoga Allah memberi petunjuk kepada saya

10 February 2016

masih ada yang peduli


ini cerita tentang anak sulung saya - Muhammad Aliff Naif

seluruh keluarga memanggilnya Along – baik sebelah keluarga saya mahupun di sebelah keluarga isteri saya

Along bekas penuntut Sek Men Sains Kepala Batas - berusia 18 tahun pada tahun ini – sedang menunggu keputusan SPM – keputusan trialnya adalah 8A

selesai SPM – dia cuma makan tidur 1 minggu sahaja – kemudian dia mengambil keputusan untuk bekerja sementara – alasannya bosan duduk sahaja

hampir 2 bulan Along bekerja sementara di stesen minyak berdekatan rumah – sepanjang dia bekerja – dia selalu juga bercerita tentang pelanggan yang ditemuinya

ada yang peramah – ada yang suka mengarah dan bermacam bentuk lagi perangai manusia
saya kira Along telah melalui satu proses mengenali insan dunia luar – tidak seperti dahulu – hanya dikelilingi oleh rakan rakan se asrama sahaja

dia selalu bercerita tentang pelanggan - ada pelanggan yang bermurah hati memberi sedikit imbuhan apabila dia menolong mengisi minyak – ada juga pelanggan yang marah marah apabila dia tidak tahu untuk membuka penutup tempat isian minyak - tidak kurang juga ada yang bertanya mengapa dia bekerja – sedangkan umur masih muda – ada juga yang menasihatinya tentang pentingnya pelajaran

saya kira ini adalah insan insan yang masih mahu mengambil peduli tentang anak bangsa
mereka tidak mahu melihat anak bangsa membuang umur muda begitu sahaja

terima kasih kerana mahu mengambil tahu dan memberi nasihat kepada anak saya


pastinya ini adalah satu pengalaman yang cukup bermakna dalam hidupnya…….

03 February 2016

doakan untuk saya


“ya Tuhan ku….sesungguhnya aku ditimpa penyakit…..maka Engkaulah Ya Allah yang maha mengasihaniku….dan merahmati ku”

ini adalah potongan ayat dari doa Nabi Ayub kepada Allah – mohon di sembuhkan penyakit

dan saya kini juga di timpa penyakit

saya di serang minor stroke – sebelah kiri

hampir satu minggu – pergerakan saya agak terbatas

hampir satu minggu juga saya tidak dapat meneruskan kerja belajar saya seperti biasa

saya tidak minta sebegini – tapi Allah yang maha mengetahui – pasti ada kebaikan disebaliknya – kerana Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa kebaikan – pastinya dosa dosa saya sedang diampuni Allah dengan musibah ini - InShaaAllah

tika pergerakan saya terbatas - saya sentiasa membaca doa ini – semoga saya beristiqomah

saya juga sedang berusaha berubat


mudah mudahan Allah memberi penyembuhan kepada saya untuk saya meneruskan kerjabelajar saya yang tinggal beberapa peratus sahaja untuk di selesaikan

mohon doakan untuk saya

18 January 2016

Muhammad Afif Nabihan


siapa sangka anak kecil saya yang berusia 3 tahun 3 bulan berjaya melangkah kaki ke kelas tadika

sebetulnya saya mempunyai perasaan was was untuk melepaskan dia untuk masuk ke kelas tadika pada usia yang awal - agak risau dengan keselamatannya - sebab dia kecil dan kementot

tetapi ianya terjadi begitu sahaja

seingat saya - saya dan isteri pernah berbincang untuk tidak memasukkan si kecil kami Muhammad Afif Nabihan ke tadika pada tahun 2016

ini kerana faktor usia serta kewangan yang tidak memungkinkan dia untuk berada di dalam kelas lebih awal - biarlah masuk ke tadika pada usia 5 tahun

tetapi itu hanyalah perancangan kami - Allah yang telah menentukan segalanya - Subhanallah

2 hari sebelum sesi persekolahan dibuka pada Ahad 3 Jan - tiba tiba - isteri saya bersuara - nak hantar Afif ke tadika - sebabnya - dia bijak

dia lebih cepat mencapai tahap kepintaran berbanding abang abang dan kakak kakaknya semasa mereka seusianya

dia dah boleh mengira - jika ditunjukkan gambar atau objek dia akan beritahu bilangan yang ada

dia juga mengenali nombor 1, 6, dan 7

sehinggakan dia boleh menulis no 7 dengan baik

itulah sebabnya isteri saya bercadang untuk menghantar Afif ke tadika - dan - saya hanya mengikut saya

selepas dicongak bayaran bulanan tadika yang agak tinggi juga - saya bersetuju untuk memasukkan dia ke tadika

InShaaAllah - tentang kewangan - ada habuannya nanti


dan kini ...  telah 2 minggu ... Muhammad Afif Nabihan menjadi pelajar....

SEMOGA MENJADI ANAK YANG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT