24 July 2016

Bacalah #1: Rezeki Milik Allah


saya tertarik dengan satu artikel daripada Dr Maza berkaitan rezeki


apatah lagi saya kini diuji dengan nik'mat kesihatan yang turun naik


tak kurang juga disempitkan sedikit dengan masalah kewangan - menyebabkan saya terpaksa menarik diri dari menyertai beberapa conference - walaupun artikel saya telah diterima untuk penyertaan

disamping itu terpaksa menangguhkan dahulu beberapa experiment - saya terpaksa menentukan priority kewangan saya digunakan kepada yang teramat perlu sahaja

saya akui - kadang kala hati saya merasa sedih dengan dugaan Allah ini

tetapi saya cepat cepat meletakan bahawa perasaan ini adalah mainan syaitan untuk menganggu gugat keimanan saya

selepas membaca artikel ini - saya rasakan bahawa rezeki saya bukan hanya terletak kepada kewangan dan kesihatan sahaja

anak anak juga satu rezeki dari Allah

Alhamdullilah - anak anak saya berjaya di dalam pelajaran - itu juga rezeki buat saya

anak anak  tidak memberi beban kepada saya dan isteri - malahan mereka tidak pernah menimbulkan perasaan kegusaran di hati saya dengan segala macam tekanan di dalam kehidupan

ada beberapa perkara lagi yang saya lihat bahawa Allah telah memberi rezeki yang tidak terhingga buat saya dan keluarga


saya berkongsi jika ada yang belum membaca artikel penuh di [SINI]






No comments:

Post a Comment