18 January 2016
Muhammad Afif Nabihan
siapa sangka anak kecil saya yang berusia 3 tahun 3 bulan berjaya melangkah kaki ke kelas tadika
sebetulnya saya mempunyai perasaan was was untuk melepaskan dia untuk masuk ke kelas tadika pada usia yang awal - agak risau dengan keselamatannya - sebab dia kecil dan kementot
tetapi ianya terjadi begitu sahaja
seingat saya - saya dan isteri pernah berbincang untuk tidak memasukkan si kecil kami Muhammad Afif Nabihan ke tadika pada tahun 2016
ini kerana faktor usia serta kewangan yang tidak memungkinkan dia untuk berada di dalam kelas lebih awal - biarlah masuk ke tadika pada usia 5 tahun
tetapi itu hanyalah perancangan kami - Allah yang telah menentukan segalanya - Subhanallah
2 hari sebelum sesi persekolahan dibuka pada Ahad 3 Jan - tiba tiba - isteri saya bersuara - nak hantar Afif ke tadika - sebabnya - dia bijak
dia lebih cepat mencapai tahap kepintaran berbanding abang abang dan kakak kakaknya semasa mereka seusianya
dia dah boleh mengira - jika ditunjukkan gambar atau objek dia akan beritahu bilangan yang ada
dia juga mengenali nombor 1, 6, dan 7
sehinggakan dia boleh menulis no 7 dengan baik
itulah sebabnya isteri saya bercadang untuk menghantar Afif ke tadika - dan - saya hanya mengikut saya
selepas dicongak bayaran bulanan tadika yang agak tinggi juga - saya bersetuju untuk memasukkan dia ke tadika
InShaaAllah - tentang kewangan - ada habuannya nanti
dan kini ... telah 2 minggu ... Muhammad Afif Nabihan menjadi pelajar....
SEMOGA MENJADI ANAK YANG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT
Labels:
global
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment