10 February 2016

masih ada yang peduli


ini cerita tentang anak sulung saya - Muhammad Aliff Naif

seluruh keluarga memanggilnya Along – baik sebelah keluarga saya mahupun di sebelah keluarga isteri saya

Along bekas penuntut Sek Men Sains Kepala Batas - berusia 18 tahun pada tahun ini – sedang menunggu keputusan SPM – keputusan trialnya adalah 8A

selesai SPM – dia cuma makan tidur 1 minggu sahaja – kemudian dia mengambil keputusan untuk bekerja sementara – alasannya bosan duduk sahaja

hampir 2 bulan Along bekerja sementara di stesen minyak berdekatan rumah – sepanjang dia bekerja – dia selalu juga bercerita tentang pelanggan yang ditemuinya

ada yang peramah – ada yang suka mengarah dan bermacam bentuk lagi perangai manusia
saya kira Along telah melalui satu proses mengenali insan dunia luar – tidak seperti dahulu – hanya dikelilingi oleh rakan rakan se asrama sahaja

dia selalu bercerita tentang pelanggan - ada pelanggan yang bermurah hati memberi sedikit imbuhan apabila dia menolong mengisi minyak – ada juga pelanggan yang marah marah apabila dia tidak tahu untuk membuka penutup tempat isian minyak - tidak kurang juga ada yang bertanya mengapa dia bekerja – sedangkan umur masih muda – ada juga yang menasihatinya tentang pentingnya pelajaran

saya kira ini adalah insan insan yang masih mahu mengambil peduli tentang anak bangsa
mereka tidak mahu melihat anak bangsa membuang umur muda begitu sahaja

terima kasih kerana mahu mengambil tahu dan memberi nasihat kepada anak saya


pastinya ini adalah satu pengalaman yang cukup bermakna dalam hidupnya…….

No comments:

Post a Comment