27 December 2014
INGAT PESANAN MAK
mak berpesan
jagalah lidah.....jangan sampai menyakiti.....kerana orang juga punyai hati.....secalit bicara.....bisa diingat sampai ke mati
mak berpesan lagi
banyak banyak berbuat budi.....kelak nanti di kasihi.....rakan dan jiran.....kawan dan lawan.....saudara se sulbi.....sepupu dan sepupi....makin berbudi....semakin Allah sayangi
pesan mak lagi
jaga kelaku dan pekerti.....hiasi akhlak...biar mewangi setanding kasturi
banyak kali mak berpesan
jangan menyombong diri.....pangkat yang ada pun orang yang beri.....bukan pun anugerah Ilahi.....pangkat sejengkal jangan lagak seperti sedepa.....dulu bermula dari bawah.....dan tidak mustahil akhiran juga berada di bawah....apatah lagi......pangkat dan gelaran semuanya tidak bererti....bila izzrail datang menunjuk diri....
mak pesan berulang kali
kenangilah jasa insan yang membantu....waktu susah tergapai gapai.....tengelam dan timbul.....lihat.....siapa yang datang menghampiri.....kerana itulah insan sejati....belum tentu saudara se sulbi....andai yang menghampiri rakan berbudi..... jadikan dia saudara dunia dan akhirat...kerana itu adalah sebaik baik saudara
pesanan terakhir mak
usah di runtun hati yang lara....tiap kebenaran pasti menjelma...tuhan itu adil sifatnya....
al fatihah untuk mak
14 December 2014
susah nak hadam.....bertawakallah pada Allah SWT
tak tahu kat mana silap –
tak tau apa punca – subchapter nie paling paling slow untuk di selesaikan – COEFFICIENT
OF THERMAL EXPANSION (CTE)
hampir 2 bulan lebih - cuba di selesaikan – tapi tak juga selesai writing
susah sangat nak hadam
mula mula ingatkan tak
faham secara mendalam – coz tak ada buku yang betul betul membincangkan apa itu
CTE – so carilah buku – dah dapat buku – baca – baca - baca – kunyah sampai halus
- ingatkan dah cukup lumat – boleh senang hadam – tapi tak juga
cari lagi buku – baca lagi
– pun sama juga
buku mungkin susah nak
hadam - cari pula journal article – buka sikit – tapi banyak banyak – baca satu
satu yang berkaitan – ahhh!! baru dapat sikit cahaya pemahaman
so mula menulis – tapi -
tulis sikit dah kena writing block – sambung kemudian hari – pun kena writing
block juga – minda jadi loss – nak rephrase sikit sikit pun ambik masa yang
lamaaaaaaa – apatah lagi nak dapat satu paragraph – cukup seksa
ingatkan stress sangat - coz kerja tanpa henti – so ambik
keputusan - rehat sehari dua
sambung balik menulis – mood
pula down
nak dapat feel menulis
macam dulu dulu dah tak ada – asyik terfikir – apa yang susah sangat CTE ni –
susah hadam – susah nak telan – susah segala bagai
finally – bertawakal pada
Allah – minta petunjuk – minta di permudahkan - buat juga perlahan lahan – bila
rasa loss – berhenti sekejap – sambung balik bila dah rasa bersedia
terkadang tu paksa juga
diri untuk writing – walau ayat lintang pukang - paksa juga – dengan harapan
lepas ni boleh buat editing – bila minda dah stabil
2 bulan bertarung – siap
juga – so take a rest for awhile – lepas ni – edit perlahan lahan
Moral of the story: kita
hanya mampu merancang – Allah yang menentukannya – kuat mana pun kemahuan kita –
Allah yang memberi – mungkin ada sebab tertentu – Allah melambatkan satu satu
pekerjaan kita – mungkin Allah nak bagi yang lebih baik – so bersangka baiklah
dengan Allah – betul tak Fizam!!!
06 December 2014
03 December 2014
WhatsApp Mood: Seni Bergembira
PETIKAN DARI WhatsApp
<A> boleh minta nasihat?
<B> nasihat apa?
<A> aku dah 2 bulan tak buat apa2...takda progress dalam study....makin lama makin teruk....tulis pun dak...lab pun tak pi....tak tau nak mula macam mana...tak tau apa apa....kosong kepala
<B> apa punca?
<A> tak taulah....banyak sangat masalah.....bukan setakat masalah belajar.....masalah lain pun ada sama.....lepas settle satu masalah....mai pula satu masalah.....bertimpa timpa.....bila dah pikir banyak sangat masalah....belajar pun terganggu.....ingatkan bila dan settle masalah....boleh tumpu study...tapi semua loss....jadi semakin susah....rumit
<B> berat nie....aku tak pandai bagi nasihat....tapi hang beruntung
<A> untung apa plak..
<B> untung sebab Allah uji hang dengan masalah....maknanya Allah tengah pandang hang....nak dengar suara hang....nak dengar rintihan hang....Allah nak tinggikan darjat hang.....nasihat aku....banyak berdoa....mohon Allah permudahkan segalanya....
<A> aku dah berdoa.....masalah tetap ada
<B> BRO....jawapan dari langit....bukan macam jawapan exam.....selesai jawap boleh check...boleh tau markah.....jawapan dari langit....jawapan yang mahal.....hang kena tunggu dengan sabar
INGAT....setiap kesulitan ada kelapangan....InShaa Allah....pasti ada jalan penyelesaian.....
hang ada masalah dengan orang ka...masalah duit ka....minta dekat Allah.....nanti Allah selesai untuk hang....
tentang belajar.....mula balik pelan pelan.....jangan ikut hati....pegang balik buku ka....kertas ka...baca balik sikit sikit....tulis sikit sikit....lama lama aura mai balik....percayalah...kita belajar pun dengan izin Allah....Dia tau apa yang terbaik.....jangan ikut hati.....hati kena gembira
<A> nak buat macam mana nak bagi hati gembira
<B> buatlah apa yang hang suka.....cakap dengan kucing hang ka....cakap dengan ikan kelisa hang ka...pi ronda pasar malam ka....buat la apa saja yang hang suka....
<A> toyalah hang
<B> betul.....kalau hati gembira....semua masalah selesai....cubalah....kepala jangan fokus sangat dekat masalah.....kucing ada masalah....pokok pun ada masalah....kalau susah sangat nak bagi hati hang gembira...nanti aku email page dari La Tahzan....baca kot kot jumpa gembira....
<A> okay2
<B> sudahlah...aku pun ada masalah juga
<A> masalah apa
<B> masalah nak selesai kerja aku yang tak selesai...sebab layan masalah hang...hahaha...nanti aku email
<A> okay bro...thanks
<B> jazakAllah...
p/s : sorry bro...aku kongsi dari WhatsApp ke blog...
27 November 2014
25 November 2014
In Review
Alhamdullilah....paper untuk Journal Applied Mechanics And Materials dalam proses review....di harapkan menemui jalan kejayaan. Jika terpilih....ini adalah paper kedua yang akan di publish di dalam journal selepas paper terbaik SPK2014 UPSI...semoga semuanya dipermudahkan...In Syaa Allah..
APPLIED MECHANICS AND MATERIALS Indexed by SCOPUS |
20 November 2014
10 November 2014
Bukan kita sahaja....
kesibukan dengan dunia belajar bukan satu faktor penghalang untuk
aku membuka lembaran buku La Tahzan tulisan dari Dr 'Aidh al Qarni……satu satunya buku yang dibaca
berulangkali sejak dari tahun 2010 lagi…..kemungkinan dengan beberapa perkara yang terjadi ..…membuat aku tercari
- cari beberapa jawapan untuk hati.…di dalam mukasurat 32…Dr 'Aidh al Qarni menulis tentang
Yakinilah Bahwa Anda Tetap Mulia Bersama
Para Penerima Cubaan!
tulisnya
“Tengoklah
kanan kiri, tidakkah Anda menyaksikan betapa banyaknya orang yang sedang
mendapat cubaan, dan betapa banyaknya orang yang sedang ditimpa bencana?
Telusurilah, di setiap rumah pasti ada yang merintih, dan setiap pipi pasti
pernah basah oleh air mata. Sungguh, betapa banyaknya penderitaan yang terjadi,
dan betapa banyak pula orang-orang yang sabar menghadapinya. Maka Anda bukan hanya
satu-satunya orang yang mendapat cubaan. Bahkan, mungkin saja penderitaan atau
cubaan Anda tidak seberapa bila dibandingkan dengan cubaan orang lain…………”
“………..Betapa
banyaknya di dunia ini orang yang menderita, mendapat ujian dan cubaan, belum
lagi mereka yang harus setiap saat menahan himpitan hidup. Kini, sudah tiba
waktu Anda untuk memandang diri Anda mulia bersama mereka yang terkena musibah
dan mendapat cubaan. Sudah tiba pula waktu Anda untuk menyedari bahwasanya
kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang mukmin dan tempat
kesusahan dan cubaan……….”
jelas….. bahawa di dunia ini bukanlah kita sahaja diuji
dengan perkara yang menekan jiwa….ada insan lain yang lebih hebat cubaan dan
dugaannya dari Allah…..semua ini untuk menambah keimanan serta mengangkat
darjat kita di sisi Allah…semakin kita dihimpit dengan cubaan….sepatutnya semakin
dekat diri kita dengan Allah…..kerana Allah tempat kita bergantung…..namun ini hanyalah
bagi orang orang bersabar dan berfikir
sedikit pesanan…..bagi yang sedang yang dihinggapi cubaan
dan dugaan…..setinggi manapun cubaan yang ditempuh….ingatlah….hidup mesti
diteruskan…..tidak perlu bermuram durja….merosakkan hati dan akal…..bersangka
baik pada Allah…..bertawakal kepadaNya….In Shaa Allah…tidak ada yang tidak
dapat diselesaikan….
06 November 2014
Buat Anakanda Muhammad Aliff Na'if
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kekuatan dan kesihatan nikmat umur yang panjang masih lagi dapat bangkit dari lena dan menghirup udara hari ini bersama nikmat Iman dan Islam.
Alhamdulillah.
Ucapan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran. Semoga dipanjangkan umur di dalam keimanan, di lambatkan ajal, di pendekkan cubaan, di murahkan rezeki yang halal, di besarkan cita-cita yang diimpikan, dicerahkan masa depan yang gemilang, di ringankan tulang yang berat, berjaya dalam kerjaya yang diceburi, dijauhi segala bala, dikuatkan iman dan dirahmati ALLAH selalu...AAminnn.
20 October 2014
ilmu manipulasi
apa yang anda
faham tentang manipulasi?
kamus dewan DBP
edisi ke 4 menyatakan
“manipulasi adalah segala tindakan dan
selok-belok untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan atau pendirian
orang lain tanpa disedari orang itu”
manakala pendapat dari http://iqqqtbashir.blogspot.com/2012/11/manipulasi.html
merumuskan bahawa
"manipulasi membawa
maksud mengubah sesuatu benda, mengubah ayat asal jadi tak asal, mengubah ayat
benar jadi salah, mengubah ayat salah jadi benar, ubah ubah dan terus berubah"
pemain manipulasi
mampu mengubah dari keadaan bersalah kepada tidak bersalah
yang bersalah
adalah orang yang dijadikan sebagai mangsa
sedangkan dalam
keadaan asal – mangsa tidak bersalah walau secalit sekalipun
dan ada pemain
manipulasi mampu menarik orang di sekelilingnya untuk bersama
dengan kata mudah –
pemain manipulasi memainkan satu peranan dengan niat jahat untuk menjatuhkan
seseorang tanpa disedari
mulut dan perbuatan
boleh menjadi alat manipulasi
rakan taulan –
jiran tetangga – saudara – hatta sesiapa sekalipun mampu memainkan peranan
dalam mewujudkan manipulasi
manipulasi ini
lahir dari hati dan akal yang kotor
demi mencapai
maksud dan tujuan
demi mencapai
kepuasan hati
bila agaknya pemain
manipulasi mampu disedarkan
adalah sehingga
nyawa berada di hujung halkum
mungkin mereka
terlupa
DOA dari insan teraniaya
pasti dikalbukan Allah
jangan menuntut ilmu manipulasi
ianya mencerminkan hati yang kotor lagi jijik
18 October 2014
kejuruteraan dan kebesaran Ilahi
X5 |
Ini hasil berkurung di dalam lab minggu ini - dapatan analisa microstructure aluminum dari series AA3XX
bagi sesetengah orang – ianya tidak membawa sebarang maksud - mungkin satu hasil seni yang cantik
tetapi – ketahuilah – inilah kebesaran Allah
mana mungkin manusia mampu untuk mengatur keadaan yang sedemikian
X10 |
dalam satu potongan aluminum berdiameter 10mm X 10mm – mungkin mengandungi
ribuan – malahan mungkin jutaan struktur aluminum dendrite yang berpegangan sesama
sendiri - mampukah manusia menyusun dan mengatur semuanya? - jalinan ini yang menjadikan aluminum unik dari material yang lain
sebenarnya tidak kira apa cabang ilmu yang dipelajari – waima - engineering
– science social – biochemical – maths - mahupun apa sahaja
semuanya ada kuasa Allah yang tersembunyi
X50 |
dengan itu - jangan pisahkan sains dengan agama – kerana dia mampu menyesatkan kita
apabila melihat kepada sains – lihatlah pada kebesaran Allah - nescaya kita dekat denganNya
wallahualam bissawab
06 October 2014
La Tahzan
coretan kecil ini - buat sahabat lama - Mie - yang dilanda musibah sewaktu pulang beraya
siapa yang tidak pernah di landa musibah dan kesulitan - semua manusia pernah melaluinya - jika tidak besar - kecil pun di kira musibah
kadang kala musibah ini bersifat berpanjangan - pastinya - musibah ini di ibarat seperti bara api - membara - dan - memberi kesan kepada yang menerima - terkadang hilangpunca penerima mencari penyelesaian
tika di landa musibah ramai yang tampil menolong
ada kelompok yang berusaha membantu meniup bara api supaya padam - walaupun lambat - tapi berusaha untuk memadamkan nya - supaya yang menanggungnya tidak tertinggal kesan
namun terdapat satu golongan juga meniup bara api itu - tapi bukan untuk memadamkan nya - sebalik berusaha untuk menyemarakkan bara yang kecil - terus menjadi api yang besar - dan - meninggalkan parut yang mendalam kepada penerima
jika ditanya kepada ku - mana satukah yang dipilih
nescaya aku memilih untuk menjadi seperti burung kecil di zaman Nabi Ibrahim - walau api yang kuat serta marak sedang membakar Nabi Ibrahim - burung kecil masih berusaha membawa air yang sedikit pada paruhnya untuk memadamkan api itu - walaupun air yang sedikit tidak memberi kesan kepada api - tetapi tetap berusaha - itulah yang dikatakan insani
bagi yang di landa musibah ingatlah
sekian
03 October 2014
mengesan plagiat
secara
tidak sengaja…semasa giat mengumpulkan maklumat untuk chapter literature review…terjumpa
dengan dua thesis ini…author berbeza…tahun berbeza…tapi datang dari satu Uni
yang sama… kedua duanya memiliki nama agak kemelayuan
Author - A(2008) |
(click pic untuk pembesaran)
Author - B(2010) |
terang
lagi bersuluh…ini yang dikatakan plagiat…jelas tidak ada unsur
suntingan dan citation di dalam thesis B (2010)...hasil dari bacaan...thesis B(2010) telah mengambil keseluruhan penulisan dari thesis A(2008)...dengan
kata mudah…thesis B(2010) telah memplagiat thesis A(2008)…tapi bagaimana pula
dengan A(2008)…adakah ini hasil sebenar beliau…entahlah
dunia
akademik tidak dapat lari dari isu plagiat rupanya…bukan sahaja berlaku di
tempat sendiri…di luar Negara juga sama sahaja… kesannya amat memalukan jika
dapat dibuktikan begini
mungkin
pada masa itu belum ada lagi plagiarism software seperti turnitin atau
iThenticate atau sebagainya maka ianya tidak dapat dikesan awal oleh pihak Uni…kerana
itu…kini pihak Uni mengambil langkah membasmi plagiat dengan mensyaratkan semua
thesis melalui proses menyemak plagiat…kebanyakan Uni menggunakan turnitin
hakikatnya
untuk membasmi plagiat adalah datang dari kejujuran pelajar sendiri…sesukar
mana sekalipun dalam menyiapkan thesis…elaklah dari memplagiat hasil orang…pastinya
thesis yang disiapkan akan memberi kepuasan apabila sampai ke penghujung pengajian…dan
ianya secara tidak langsung dapat menaikan taraf kajian
teringat
satu kisah yang berlaku semasa penulis masih berada di sekolah menengah---sekitar
pertengahan tahun 80’an---seorang pensyarah U ditarik balik PhDnya kerana
memplagiat hasil kajian pelajar masternya---bagaimana kesudahan nasib pensyarah
itu---wallahualam bissawab
28 September 2014
Poster Presentation
ingatkan senang saja nak sediakan poster presentation....rupanya agak rumit juga....kalau just buat black n white mungkin mudah....tapi bila ianya melibatkan international conference....pastilah nak kena bagi menarik....menarik untuk orang lihat...dan seterusnya dibaca....colour nak kena pilih yang sedap dipandang...design pun nak kena main peranan....tak bolehlah just copy text or results dari thesis...then...paste ikut suka....nanti jadik rojak poster....so sehari dua ni bermulalah kerja mendraf poster...
draf tanpa text |
permerhatian aku....perkara yang paling penting adalah colour...aku cuba macam macam colour background....2 tone lah...ada satu masa cuba buat sampai 3 tone...tapi tak menarik...sebab nampak macam satu layer sahaja bila masuk text...so aku terfikir nak combine dengan abstract picture sebagai background....dan hasilnya macam draf picture diatas tu...dah cuba masukkan text...tak ada masalah untuk orang baca...masih boleh fokus pada text walau ada background picture...
yang kedua penting...adalah layout...location untuk setiap chapter kena ambik kira...so aku guna kaedah split 1/3...macam kaedah orang ambik gambar...untuk metarial and method..cadang nak letak dalam bentuk flow chart sahaja...so penggunaan text boleh dikurangkan...orang mungkin lebih berminat nak tengok dari membaca berjela jela text....
ohh...lupa nak bagitau....poster ini cadangnya untuk international conference di melaka pada december nanti....anjuran UTeM dan UTHM....tapi terfikir juga untuk join...coz fee dia mahal...RM500 untuk satu penyertaan....hohoho....tak apalah...buat poster dahulu...nanti fikir....join ke tidak...
24 September 2014
10 September 2014
kek marble versi moisture
nak bina
experiment parameters sama macam nak buat kek
dah set
dalam kepala nak buat kek marble – bahan dah tersedia – nak kena mix saja –
tapi nak tunjuk terror macam chef kamarul – mix ikut sesedap rasa
inovasi
punya pasai – kek tak jadik – lebih teruk dapat kek marble versi moisture – hitam
legam dan melekik - nak makan sendiri pun tak lalu – apatah lagi nak bagi orang
makan – rasa kek marble jauh beza dari kek moisture - kek marble colourful - macam rainbow!
macam
tulah assumption aku - yang tengah pening - cari parameters untuk buat
experiment surface roughness
bahan
memang dah tersedia – nak cari method dan parameters saja – kena cari yang
bertepatan dengan research – kalau ikut hati boleh hentam ikut suka – janji buat
experiment surface – tapi takut jadi
macam kek marble versi moisture – nak komen dalam chapter result nanti apa pun tak tau
nak paham term dia pun sakit |
semua
nie jadi sebab tak ada ilmu – tak pernah pun belajar surface roughness masa
buat first degree dulu – nama surface roughness nie pun tau masa buat master –
itupun sebab ada sorang lecturer dari school mechatronic yang suruh buat – tapi
aku buat ignore saja - sebab experiment waktu tu dah cukup untuk student master
tapi
la nie - by hook or by crook - nak kena buat juga – dan orang yang suruh buat adalah orang yang sama –
kebetulan dia jadi examiner masa defence proposal - dia kata dia ingat aku –
sebab dia juga salah sorang internal examiner masa viva master dulu
kalau
tak ikut kali nie memang tak boleh – sebab – dia dah warning waktu defence
kata
dia – phd U dalam mechanical – tapi U
buat banyak experiment tentang material saja – di mana mechanical Phd U - kena
buat surface roughness baru nampak phd mechanical
tu belum
kira lagi dia suruh study ANOVA untuk proses data – 7 tahun pun belum tentu
abis!! – surface roughness nak kena buat – ANOVA nak kena belajar – Finite Element
nak kena design – aduhh – kalau dulu masa belajar degree – belajar semua nie
tak apalah juga – sekurang kurang basic
dah ada
so
minggu nie nak kena download paper dan thesis orang – nak kena tengok procedure
surface roughness – nak kena compare mana2 parameters yang sesuai – susun elok
elok - mungkin lepas nie boleh tetap parameters sendiri
semoga
Allah permudahkan
08 September 2014
satu matlamat - pelbagai rintangan
Membaca
post dalam group DSG di FB merisaukan aku. Ramai rakan post segala macam
problem dalam dunia belajar. Ramai juga yang tolong bagi komen. Tolong bagi
motivasi. Tapi masih ramai yang cerita masalah masing masing. Berbagai solution
yang diberi. Aku puji. Sebab ramai rakan rakan di alam maya DSG bantu membantu
menaikkan semangat rakan rakan yang sesetengahnya “down”.
POST #1
Pernah
aku baca tentang nasib seorang rakan. Sambung PhD dari tahun 2009 lagi.
Sehingga kini tak selesai. Bukan malas. Tapi diserang dengan penyakit
misteri. Sakit kepala, pening dan segalanya bila saja nak mula belajar. Akak
nie kata terkena gangguan. Sample kajian beliau memaksa beliau masuk ke
longkang – longkang besar untuk ambil sample. Dikhuatiri ada yang “menumpang”. Kadang
kadang akal kita tak tercapai dalam memikirkan perkara sebegini.
POST #2
Akak ni dah selesai viva. Hanya kena buat minor correction dalam masa 3 bulan. Alih
alih dah 1 tahun tak hantar thesis. Bayangkan. Langkah yang pendek dan jadi
jauh. Puncanya sama juga - penyakit misteri. Tapi aku solute akak nie. Sebab
dalam keadaan macam tu pun beliau beraam untuk menyelesaikan apa yang telah
dimulakan.
POST #3
Cerita
tentang studi di oversea. Kena penyakit “hyperthyroidism” dan dah buat
treatment. Tapi bila makan ubat, semua sendi jadi sakit sebab side effect.
Badan lemah dan menganggu pembelajaran. Dalam masa yang sama punya anak kecil
berumur 1 tahun. Berkira kira untuk berhenti belajar. Dugaan yang besar
terpaksa ditempuh.
POST #4
Tentang seorang student. Studi di Thailand. Baru sambung tak sampai 6
bulan. Tapi dah bercadang nak balik sambung di Malaysia. Risau tentang
keselamatan diri. Waktu tu Tailand dalam situasi yang tegang antara baju merah
dan baju kuning. Hari hari menangis nak balik. Tapi tak tahu nak settle macam
mana. Nak berhenti atau minta sambung di Malaysia. Ini pun satu penyakit juga.
Kalau keselamatan tak stabil. Macam mana minda nak focus.
POST #5
Masalah
ini yang paling banyak. Kisah tentang rakan rakan yang punya anak kecil.
Terpaksa bahagi masa antara belajar dan keluarga. Mencari cari masa untuk
menulis dan sebagainya. Ini juga satu penyakit. Antara keluarga dan cita cita.
POST #6
Tapi
aku respek dengan satu kisah kecekalan seorang ibu yang sambung belajar di
oversea. Kena cancer. Selama 8 bulan tak masuk lab dan buat apa apa pun. Dalam
masa yang sama anak pun sakit juga. Tapi beliau mampu tamatkan PhD dengan jaya.
Sememangnya ini yang jenis kuat keazaman.
Ahhh!!!!
Belum
kira lagi ramai yang post tentang mind block/ mind stuck/ writing stuck. Ramai
sangat yang kena penyakit nie. Termasuklah aku. Tapi penyakit nie kesan dia tak
lama. Bila minda dah tenang. Ceria. Writing boleh sambung balik. Tak perlu ubat
doctor. Cukup dengan rehatkan minda. Aku suka baca kisah macam nie. Sebab aku
pun tercari cari treatment yang sesuai untuk rehatkan minda. Ada yang suruh ambik
short leave – pi jalan jalan. Ada yang kata – tutup laptop – pi masak sedap
sedap. Ada yang suruh pi bersembang dengan kawan kawan. Segala macam suggestion
yang mereka bagi.
Aku
bersyukur kerana tak kena penyakit yang pelik pelik. Cuma sekali sekala kena
mind stuck. Paling lama seminggu. Dulu masa master pernah kena sampai 1 bulan.
Duduk saja tengok laptop. Aku tau semua pernah merasa penyakit nie. Cuma kita
sendiri yang kena pandai cari solution. Solution aku kadang kadang pelik sikit.
Bila aku kena mind stuck. Aku pi kubur mak/pak. Duduk sekejap pun jadilah.
Ataupun pi rumah abah. Tengok mama dengan abah. Aku tak boleh pi cari kawan
sembang sembang untuk lepas masalah. Sebab semua orang ada masalah. Buat apa
aku pi tambah masalah lagi. Pi kubur dan duduk dekat kubur pun dah satu
treatment untuk aku.
Cuma sekarang masalah aku adalah kewangan dan masa. Nak kata yang nie satu penyakit.
Tak pastilah pula. Kewangan aku teruk sikit sekarang sebab dalam peringkat kena beli pelbagai bahan untuk penyelidikan. Beli bahan sampingan untuk
jalankan experiment. Ini belum kira lagi duit berulang ke U. Itu pun satu
masalah juga. Bila duit scholar masuk nak kena set betul betul. Bila tak cukup kena
kacau duit gaji. Bila kacau duit gaji – tentunya cari penyakit.
Masa
pun main peranan. Rasa macam tak cukup masa yang dok ada untuk nak buat
experiment. Peringkat ini aku tengah fabricate casting sample. Satu hari satu
sample saja boleh fabricate. Ada 52 sample semua. Kalau congak. Dalam 52 hari bole
selesai. Tapi mana boleh. Kena tunggu sample benar benar keras dalam mould baru
boleh buka. Jadi selang satu hari buat sample. Dalam satu minggu dapatlah 3
sample. Itu pun kira bertuah kalau dapat 3 sample. Belum kira masa nak kena
buat analysis lagi. Sebab tu duit scholar habis buat berulang dari SP ke Perlis.
Satu lagi kalau selalu berulang. Badan penat dan letih. Maklumlah badan
bukannya macam umur 20’an. Bila penat sangat. Kerja menulis pun tak terdaya nak
buat.
Penutup
bicara. Bukan semua orang rasa happy dan enjoy dalam dunia belajar. Bukan semua
orang mampu menyelesaikan masalah dengan berfikir sendirian. Berfikir tentang
belajar tak sama berfikir masa bekerja. Berfikir tentang belajar tak sama
berfikir tentang duit. Semuanya perlu kewarasan dalam menyelesaikan semua
masalah.
Aku
selalu berdoa. Mohon Allah memberi kesihatan minda. Kesihatan tubuh badan dan
kesihatan kewangan agar kerja belajar ini jadi sempurna. Mohon juga Allah
jauhkan aku dari kezaliman manusia dan syaitan. Hanya doa dari ibu bapa yang
mampu merungkai permasalahan kita.
Bagi
rakan rakan yang terkena penyakit. Berubatlah. Sebab semua penyakit ada ubat
kecuali mati. Aku juga berdoa untuk kalian. Dan kalian berdoalah untuk aku juga.
SEBENARNYA INI DUGAAN SEBELUM BERJAYA
22 August 2014
0422 HRS 22/8/14
terlalu banyak berfikir –
terlalu banyak yang perlu diselesaikan – membuat aku tidak menentu
hendak diselesaikan kerja
A – rasanya kerja B patut di segerakan dahulu – baru melangkah dan merangka kerja B – teringat – kerja C yang patut di sudahkan - kerana ianya
sedikit – tidak perlu mengambil masa yang lama
berada di pertengahan kerja C - idea yang tadinya mencurah curah - hilang begitu sahaja
tika ini – tidak ada satu kerja pun yang dapat diselesaikan – malah semakin
rumit - serta - kusut
fikiran menjadi
kosong – tidak keruan - idea yang tadinya datang mencurah curah – hilang begitu
sahaja
sudahnya – berada dihadapan
laptop tanpa sebarang kerja yang selesai
agaknya - inilah penyakit kerja
belajar => hilang ketenangan
aku tahu - hanya ketenangan yang mampu menyelesaikan kerja A-B-C
tetapi – ketenangan itu milik Ilahi
ketenangan tidak dapat dibeli
ketenangan tidak dapat
dicari
hanya doa yang di pohon kepada Ilahi
agar memperolehi ketenangan jiwa – serta - dilenyapkan kekusutan - dan - berjaya menyudahkan KERJA A-B-C
@0422 HRS 22/8/14
13 August 2014
Wahai Sahabat - mari tadahkan tangan bersama
ini kisah benar
apa yang aku hendak tulis ini bukan bermaksud untuk
mencampuri urusan orang – tetapi ianya terbit dari rasa simpati yang teramat
sangat – berulang kali aku terfikir – samada patutkah aku berkongsi atau lebih
baik diamkan diri – namun setelah difikirkan – aku patut berkongsi cerita ini
dengan sesiapa yang sudi untuk membacanya.
baru baru ini terdapat kematian di kawasan kejiranan aku – jiran
yang cukup aku kenali – dan aku namakan sebagai pakcik - pakcik meninggal di usia menghampiri 90 tahun
pakcik mempunyai seorang isteri (aku namakan makcik)
yang dikahwininya lebih kurang 25 tahun lalu setelah isteri pertama pakcik
meninggal hampir 5 – 6 tahun – sewaktu berkhawin dengan makcik – semua anak
anak pakcik telah berumahtangga dan tinggal berjauhan – mungkin kerana itulah –
pakcik berkahwin – supaya ada orang yang menjaga makan minum - pakcik adalah seorang pesara kerajaan – telah
bersara sebelum isteri pertamanya meninggal
dengan makcik – mereka tidak dikurniakan anak - tetapi
– makcik mempunyai seorang anak hasil perkhawinannya yang terdahulu
di dalam pemerhatian aku – makcik seorang isteri yang
baik – tidak pernah dia mengabaikan pakcik dimasa pakcik sihat mahupun sakit - hari raya setiap tahun – anak anak pakcik akan pulang
kerumah pakcik –ini menunjukkan bahawa makcik adalah seorang ibu yang baik
kerana boleh menerima kehadiran anak anak tiri suaminya – pastinya makcik
melayan mereka seperti anak sendiri
tetapi takdir telah menentukan segalanya – pakcik telah
dijemput Ilahi
kisah sedih ini
bermula sehari selepas pakcik dikebumikan – salah seorang anak pakcik telah memberi kata putus kepada makcik
untuk keluar dari rumah pakcik – anak anak yang lain membantah tetapi
disebabkan yang memberi kata putus adalah abang yang lebih tua – mereka tidak terdaya
untuk menghalang – mungkin mereka malas untuk bertekak dengan abang ini - tempoh
yang diberi untuk keluar dari rumah adalah 3 hari!!! – bayangkanlah kezaliman insan
ini (tak tahulah samada boleh lagi digelar insan kepada orang seperti ini)
semua dokumen pakcik dipegang oleh anak ini –
termasuklah kad pesara - pada fikiran aku – makcik adalah insan yang layak untuk
mendapat pencen kerana beliau adalah isteri dan semua anak anak pakcik telah
melepasi usia 21 tahun
dapat aku rasakan bahawa makcik adalah insan yang
dizalimi – walaupun beliau bukan ibu kandung – banyak jasanya kepada keluarga
pakcik
anak apakah orang seperti ini!!! – tidakkah dia
ketahui bahawa secara
hukum, kedudukan ibu tiri adalah sama dengan kedudukan ibu kandung dan
mempunyai hak yang sama dengan ibu kandung yang harus dihormati – terang terangan
orang ini telah menderhaka kepada seorang ibu!!! - apalah
sangat makcik menumpang teduh dirumah pusaka pakcik – jika difaraid sekali pun
makcik tetap mempunyai bahagiannya
kepada
anak ini
tidakkah
dia tahu bahawa doa orang yang dizalimi – akan terus diperkenankan oleh Allah –
apatah lagi doa seorang ibu
Rasulullah
Saw bersabda: “Bukan termasuk umatku
orang yang tidak memuliakan orang tua, tidak menyayangi yang lebih muda”
(HR Ahmad).
ingin sekali
aku mahu melihat kesudahannya – namun – aku tidak sezalim itu untuk mendoakan
perkara yang tidak baik kepada orang ini – bagi aku – Allah Maha Agung – kita hidup
di dalam gengamannya – jika kita berbuat baik – pasti Allah akan membalasnya
dengan kebaikan – dan – jika kita menzalimi orang pasti akan mendapat balasan
yang setimpal – ingat – janji Allah itu pasti – balasan kepada orang yang
dizalimi akan diperlihatkan diatas bumi!!
aku mohon kepada sesiapa yang
membaca coretan ini – tadahlah tangan – mohon kepada Allah supaya makcik diberi
kekuatan untuk menempuh baki usia kehidupannya – ditambahkan rezeki untuknya – dan
berbahagia makcik di dunia dan akhirat – mungkin ini adalah dugaan Allah
kepadanya
aku
dikhabarkan bahawa makcik akan berpindah keluar bersama anaknya – berpindah ke kawasan
kejiranan lain – dan pastinya – kami di kawasan kejiranan ini akan kehilangan
seorang jiran yang TERLALU BAIK dan MESRA- itu pasti
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah
selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan
sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai
berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau
mengatakan kepada keduanya perkataan “ah!” – Jangan pula engkau membentak
mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu
terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku!
Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku
semenjak kecil.” (QS. 17:23-24).
Subscribe to:
Posts (Atom)