10 November 2014

Bukan kita sahaja....



kesibukan dengan dunia belajar bukan satu faktor penghalang untuk aku membuka lembaran buku La Tahzan tulisan dari Dr 'Aidh al Qarni……satu satunya buku yang dibaca berulangkali sejak dari tahun 2010 lagi…..kemungkinan dengan beberapa perkara yang terjadi ..…membuat aku tercari - cari beberapa jawapan untuk hati.…di dalam mukasurat 32…Dr 'Aidh al Qarni menulis tentang 

Yakinilah Bahwa Anda Tetap Mulia Bersama Para Penerima Cubaan!

tulisnya

“Tengoklah kanan kiri, tidakkah Anda menyaksikan betapa banyaknya orang yang sedang mendapat cubaan, dan betapa banyaknya orang yang sedang ditimpa bencana? Telusurilah, di setiap rumah pasti ada yang merintih, dan setiap pipi pasti pernah basah oleh air mata. Sungguh, betapa banyaknya penderitaan yang terjadi, dan betapa banyak pula orang-orang yang sabar menghadapinya. Maka Anda bukan hanya satu-satunya orang yang mendapat cubaan. Bahkan, mungkin saja penderitaan atau cubaan Anda tidak seberapa bila dibandingkan dengan cubaan orang lain…………”

“………..Betapa banyaknya di dunia ini orang yang menderita, mendapat ujian dan cubaan, belum lagi mereka yang harus setiap saat menahan himpitan hidup. Kini, sudah tiba waktu Anda untuk memandang diri Anda mulia bersama mereka yang terkena musibah dan mendapat cubaan. Sudah tiba pula waktu Anda untuk menyedari bahwasanya kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang mukmin dan tempat kesusahan dan cubaan……….”

jelas….. bahawa di dunia ini bukanlah kita sahaja diuji dengan perkara yang menekan jiwa….ada insan lain yang lebih hebat cubaan dan dugaannya dari Allah…..semua ini untuk menambah keimanan serta mengangkat darjat kita di sisi Allah…semakin kita dihimpit dengan cubaan….sepatutnya semakin dekat diri kita dengan Allah…..kerana Allah tempat kita bergantung…..namun ini hanyalah bagi orang orang bersabar dan berfikir

sedikit pesanan…..bagi yang sedang yang dihinggapi cubaan dan dugaan…..setinggi manapun cubaan yang ditempuh….ingatlah….hidup mesti diteruskan…..tidak perlu bermuram durja….merosakkan hati dan akal…..bersangka baik pada Allah…..bertawakal kepadaNya….In Shaa Allah…tidak ada yang tidak dapat diselesaikan….


No comments:

Post a Comment