Membaca
post dalam group DSG di FB merisaukan aku. Ramai rakan post segala macam
problem dalam dunia belajar. Ramai juga yang tolong bagi komen. Tolong bagi
motivasi. Tapi masih ramai yang cerita masalah masing masing. Berbagai solution
yang diberi. Aku puji. Sebab ramai rakan rakan di alam maya DSG bantu membantu
menaikkan semangat rakan rakan yang sesetengahnya “down”.
POST #1
Pernah
aku baca tentang nasib seorang rakan. Sambung PhD dari tahun 2009 lagi.
Sehingga kini tak selesai. Bukan malas. Tapi diserang dengan penyakit
misteri. Sakit kepala, pening dan segalanya bila saja nak mula belajar. Akak
nie kata terkena gangguan. Sample kajian beliau memaksa beliau masuk ke
longkang – longkang besar untuk ambil sample. Dikhuatiri ada yang “menumpang”. Kadang
kadang akal kita tak tercapai dalam memikirkan perkara sebegini.
POST #2
Akak ni dah selesai viva. Hanya kena buat minor correction dalam masa 3 bulan. Alih
alih dah 1 tahun tak hantar thesis. Bayangkan. Langkah yang pendek dan jadi
jauh. Puncanya sama juga - penyakit misteri. Tapi aku solute akak nie. Sebab
dalam keadaan macam tu pun beliau beraam untuk menyelesaikan apa yang telah
dimulakan.
POST #3
Cerita
tentang studi di oversea. Kena penyakit “hyperthyroidism” dan dah buat
treatment. Tapi bila makan ubat, semua sendi jadi sakit sebab side effect.
Badan lemah dan menganggu pembelajaran. Dalam masa yang sama punya anak kecil
berumur 1 tahun. Berkira kira untuk berhenti belajar. Dugaan yang besar
terpaksa ditempuh.
POST #4
Tentang seorang student. Studi di Thailand. Baru sambung tak sampai 6
bulan. Tapi dah bercadang nak balik sambung di Malaysia. Risau tentang
keselamatan diri. Waktu tu Tailand dalam situasi yang tegang antara baju merah
dan baju kuning. Hari hari menangis nak balik. Tapi tak tahu nak settle macam
mana. Nak berhenti atau minta sambung di Malaysia. Ini pun satu penyakit juga.
Kalau keselamatan tak stabil. Macam mana minda nak focus.
POST #5
Masalah
ini yang paling banyak. Kisah tentang rakan rakan yang punya anak kecil.
Terpaksa bahagi masa antara belajar dan keluarga. Mencari cari masa untuk
menulis dan sebagainya. Ini juga satu penyakit. Antara keluarga dan cita cita.
POST #6
Tapi
aku respek dengan satu kisah kecekalan seorang ibu yang sambung belajar di
oversea. Kena cancer. Selama 8 bulan tak masuk lab dan buat apa apa pun. Dalam
masa yang sama anak pun sakit juga. Tapi beliau mampu tamatkan PhD dengan jaya.
Sememangnya ini yang jenis kuat keazaman.
Ahhh!!!!
Belum
kira lagi ramai yang post tentang mind block/ mind stuck/ writing stuck. Ramai
sangat yang kena penyakit nie. Termasuklah aku. Tapi penyakit nie kesan dia tak
lama. Bila minda dah tenang. Ceria. Writing boleh sambung balik. Tak perlu ubat
doctor. Cukup dengan rehatkan minda. Aku suka baca kisah macam nie. Sebab aku
pun tercari cari treatment yang sesuai untuk rehatkan minda. Ada yang suruh ambik
short leave – pi jalan jalan. Ada yang kata – tutup laptop – pi masak sedap
sedap. Ada yang suruh pi bersembang dengan kawan kawan. Segala macam suggestion
yang mereka bagi.
Aku
bersyukur kerana tak kena penyakit yang pelik pelik. Cuma sekali sekala kena
mind stuck. Paling lama seminggu. Dulu masa master pernah kena sampai 1 bulan.
Duduk saja tengok laptop. Aku tau semua pernah merasa penyakit nie. Cuma kita
sendiri yang kena pandai cari solution. Solution aku kadang kadang pelik sikit.
Bila aku kena mind stuck. Aku pi kubur mak/pak. Duduk sekejap pun jadilah.
Ataupun pi rumah abah. Tengok mama dengan abah. Aku tak boleh pi cari kawan
sembang sembang untuk lepas masalah. Sebab semua orang ada masalah. Buat apa
aku pi tambah masalah lagi. Pi kubur dan duduk dekat kubur pun dah satu
treatment untuk aku.
Cuma sekarang masalah aku adalah kewangan dan masa. Nak kata yang nie satu penyakit.
Tak pastilah pula. Kewangan aku teruk sikit sekarang sebab dalam peringkat kena beli pelbagai bahan untuk penyelidikan. Beli bahan sampingan untuk
jalankan experiment. Ini belum kira lagi duit berulang ke U. Itu pun satu
masalah juga. Bila duit scholar masuk nak kena set betul betul. Bila tak cukup kena
kacau duit gaji. Bila kacau duit gaji – tentunya cari penyakit.
Masa
pun main peranan. Rasa macam tak cukup masa yang dok ada untuk nak buat
experiment. Peringkat ini aku tengah fabricate casting sample. Satu hari satu
sample saja boleh fabricate. Ada 52 sample semua. Kalau congak. Dalam 52 hari bole
selesai. Tapi mana boleh. Kena tunggu sample benar benar keras dalam mould baru
boleh buka. Jadi selang satu hari buat sample. Dalam satu minggu dapatlah 3
sample. Itu pun kira bertuah kalau dapat 3 sample. Belum kira masa nak kena
buat analysis lagi. Sebab tu duit scholar habis buat berulang dari SP ke Perlis.
Satu lagi kalau selalu berulang. Badan penat dan letih. Maklumlah badan
bukannya macam umur 20’an. Bila penat sangat. Kerja menulis pun tak terdaya nak
buat.
Penutup
bicara. Bukan semua orang rasa happy dan enjoy dalam dunia belajar. Bukan semua
orang mampu menyelesaikan masalah dengan berfikir sendirian. Berfikir tentang
belajar tak sama berfikir masa bekerja. Berfikir tentang belajar tak sama
berfikir tentang duit. Semuanya perlu kewarasan dalam menyelesaikan semua
masalah.
Aku
selalu berdoa. Mohon Allah memberi kesihatan minda. Kesihatan tubuh badan dan
kesihatan kewangan agar kerja belajar ini jadi sempurna. Mohon juga Allah
jauhkan aku dari kezaliman manusia dan syaitan. Hanya doa dari ibu bapa yang
mampu merungkai permasalahan kita.
Bagi
rakan rakan yang terkena penyakit. Berubatlah. Sebab semua penyakit ada ubat
kecuali mati. Aku juga berdoa untuk kalian. Dan kalian berdoalah untuk aku juga.
SEBENARNYA INI DUGAAN SEBELUM BERJAYA
agreed
ReplyDelete