aku
masih lagi berkampung di EDC UUM.....kini minggu ke 2....class bermula 8.30
pagi dan kadang - kadang berakhir 10.30
malam....walaupun agak penat.....dengan bersandarkan semangat rakan rakan.....kepenatan
dan kesukaran dapat diatasi
dalam minggu ke 2.....sebahagian peserta yang terlibat dengan research engineering
& science.... diminta membentangkan research masing-masing.....dan...syukur
alhamdullilah.....aku telah berjaya membentangkan research aku
memulakan
bicara aku meminjam kata-kata dari FakirFikir
‘'My first language
is Thai, Malay is my second language, and English is only my third language.
So, if you can understand Avatar language, you can understand my language too"
bagi
aku.....kata kata ini sebagai penyelamat sewaktu pembentangan.....jika grammar
lintang pukang.....masih lagi dapat di terima audience.....jika
yakin.....cubalah.....feedback dari audience.....semuanya OK
kredit
kepada Mohd Zaidi kerana berkongsi gambar di FB
di
penghujung dalam posting lalu...aku nyatakan untuk bercerita tentang minat yang
boleh disemai (dipupuk)...tetapi sebelum itu izinkan aku bertanya...benarkah
minat boleh disemai?...YA ATAU TIDAK...mungkin aku akan bertemu dengan dua jawapan yang
nyata...YA...dan...TIDAK
ada
sebilangan orang...apabila diminta untuk melakukan
sesuatu...maka...jawapannya...TIDAK MINAT...maka...adakah minat perlu datang
sendiri?...atau minat dapat disemai?
walau
apa pun...jawapannya...bergantung kepada individu
bagi
aku...minat dapat disemai...masakan tidak boleh...jika tidak boleh...mana
datangnya perumpamaan...TIDAK KENAL MAKA TIDAK CINTA...dari perkenalan...maka
lahirlah cinta...jika
hari hari berpandangan...maka rasa cinta pasti datang...
aku ingin berkongsi tentang
minat yang aku semai...dan akhirnya memberi kejayaan dalam kehidupan aku...
semasa
aku di tahun pertama pengajian first degree...mempelajari Material Science adalah satu bebanan...puncanya... Material Science ...kurang calculation...(aku minat
dengan subject yang ada calculation)...walaubagaimanapun aku terpaksa
juga belajar...aku terpaksa membaca...menghafal (ini kelemahan aku)...hanya untuk
memahami subjek ini...apatah lagi Pensyarah terlalu rigid...dan...pembelajaran
di dalam bahasa inggeris..kekadang
faham...dan banyak tidak faham dari faham!!...namun...hasil dari bertungkus
lumus mentelaah bersama room mate aku...maka lulus juga dengan baik...walau
tidak cemerlang...
di
tahun kedua...aku bertemu lagi dengan subjek ini...aduh!...tapi kali ini
lecturer orang putih (A/Prof Dr Edward L Widener)...beliau dari US...aku hampir
hampir nak menolak subjek ini...tetapi tidak boleh...kerana ianya core subject bidang aku...mahu tidak
mahu...terpaksalah belajar...dan di sinilah berlaku turning point dalam minat
aku...benar...
jika hari hari berpandangan...maka rasa cinta pasti datang
aku
mula jatuh hati dengan Material Science...attraction mula berlaku...penyampaian...penerangan...dan
tunjuk ajar...semuanya melengkapkan pemahaman aku...apatah lagi...semasa
pelajar U lain bercuti semester selama 3 bulan...aku dan rakan rakan berkampung
selama 2 ½ bulan bersama beliau...puncanya U mengadakan value added skill untuk kami...experimental
yang dilakukan cukup menarik...apa sahaja yang dipelajari akan ada experiment...dan yang paling
menarik...semasa beliau menerangkan tentang microstructure aluminum...
katanya... aluminum is soft and light...but after
done the heat treatment...it properties, microstructure and hardness
changes...who’s change it...you can’t change the microstructure...can you make
the grain size rounded?...can you make the boundaries became smaller?...you
can’t...but God can...God give you brain to think...maybe Him need you to do research..research
and research...and develope a new thing from aluminum...
aduh!!...beliau
kaitkan perubahan hardness...microstructure dengan kebesaran tuhan...mungkin
selama ini aku tidak nampak semua itu...tidak pernah terlintas difikiran aku pada
masa itu kekuasaan dan kebesaran Allah dalam subjek yang aku pelajari...aku malu...kerana
beliau bukannya muslim...tetapi mempercayai kekuasaan tuhan dalam
pembelajaran...
dan
kerana itulah minat aku dalam bidang Material
Science menjadi bertambah...terutama dalam bidang Metallurgy...dimana aku
melihat kebesaran Allah dalam setiap microstructure yang aku selidiki...dan
kerana itu juga aku menjadi pelajar research beliau semasa di tahun akhir...aku
memilih aluminum sebagai thesis projek tahun akhir...dalam bidang metallurgy...
ironiknya...semasa
pengajian di peringkat master...aku melakukan research dalam bidang metallurgy
dan turut melibatkan aluminum
dan
di peringkat PhD ini pun...aku masih memilih aluminum sebagai material research
aku...dan terkenang kembali kata kata beliau...maybe Him need you to do research..research and
research...and develope a new thing from aluminum...maka aku
akan hasilkan aluminum composite piston melalui kaedah powder metallurgy...doakan
semoga aku berjaya dengan cemerlang...In Sha Allah...
berbalik
kepada minat yang boleh disemai...aku kira dalam hal ini...aku dah buktikan
bahawa minat sebetulnya dapat disemai...ianya datang perlahan
lahan...dan...seterusnya...menarik hati kita untuk terus bersama...
kemungkinan
kita dapat menasihati anak anak kita supaya mempelajari sesuatu yang
baru...walaupun pada peringkat awal...minat tidak ada...tetapi jika betul
dengan cara bimbingan...In Sha Allah kejayaan pasti ada...
semailah
minat untuk mempelajari yang baru kepada anak anak anda....selamat mencuba
**hasil carian: A/Prof Edward L. Widener telah meninggal pada tahun 2005
bermula 17 Mac sehingga 13 April...aku berkampung di EDC UUM...berkursus analisis kuantitatif...
ini persediaan awal untuk pengajian aku...walaupun di dalam
bidang penyelidikan aku nanti...aku tidak memerlukan kuantitatif...tetapi
sedikit sebanyak aku memperolehi ilmu...apatah lagi ianya disampaikan oleh
orang tersohor dan mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri... yang menarik...penyampaian dari Dr Roselan Baki...pensyarah
kanan UPM...orang baik...ramah...berbahasa indah...penuh dengan humor...menariknya...nasihat
beliau...di sertakan dengan motivasi ...lagaknya seperti seorang ayah memberi
nasihat kepada anak anak....penyampaian beliau bersahaja...disulami dengan
jenaka...dan pengisahan pengalaman hidup lampau...menjadikan peserta kursus
terpaku dengan penuh khusyuk...terkadang tidak sedar...dah 3 jam duduk terpaku
di kerusi....itulah kehebatan orang lama dalam bidang akademik...In Syaa
Allah...mudah mudahan satu masa nanti aku pasti bertemu kembali dengan
beliau...
kanan - Dr Roselan Baki
rakan aku juga Dr Choong Chee Guan turut menjadi ahli panel...beliau dahulu jiran sebelah bilik aku....sama sama menuntut semasa degree....kini bergelar Dr...beliau berkongsi pengalaman sewaktu belajar PhD di luar negara
peserta kursus...ada yang muda...ada yang seangkatan dengan
aku @ 4 series...ada yang telah lama dikenali...dan tidak kurang yang baru
disapa...lelaki dan perempuan...semuanya baik baik belaka...ramah dan tamah...juga
ada yang kaki bersembang...walaupun begitu...terdapat juga peserta yang agak kurang
berbual...tetapi...rata ratanya baik baik belaka... yang seangkatan dengan
aku...semuanya boleh belaka...tidak kurang ada yang kuat merokok...ini yang
menjadikan persahabatan mudah terbina... ironiknya...aku disapa oleh seseorang...katanya dia adalah bekas pelajar Poli dimana aku berada di situ semasa dia menjadi pelajar...pelajar batch pertama PSP...tahun 1999....aduhh....rupanya bekas pelajar aku juga telah berada setara dengan aku...hebat pelajar ini... berada disini...menjadikan aku seorang yang tidak mempunyai
masa terluang...kelas yang penuh hingga ke 10.30 malam...letih...dan terkadang
layu... teman sebilik...staf UiTM Shah Alam...orangnya baik...ramah...dan suka
berbincang...walaupun agak muda dari aku...tetapi matang...sebagai menghormati
beliau...aku tidak merokok di dalam bilik...jika tidak...pasti dah penuh
berasap satu bilik...apatah lagi habit aku merokok di dalam tandas...mencari
ilham... berada di sini...bukanlah sesuatu yang membahagiakan aku...
yang sering berada di dalam fikiran aku adalah keluarga dan ibubapa...bagaimana
afif, edel, achik dan angah di rumah...dan along di hostel...bertanya khabar
hanya melalui talifon....itulah yang paling---paling---paling--- aku
terkenang setiap saat....
>>>
Mengapa tidak menulis berkaitan dengan politik….tak lama lagi dah nak mengundi….kalau
tulispolitik tentu ramai yang membaca<<<
ini saranan dari seseorang menerusi
email aku ---- sebetulnya aku tidak mengenali siapa dia ---- mungkin dia cuba
untuk mem~provoke aku --- atau
memancing aku untuk melihat arah aliran ke~partian aku
aku tidak perlu membalas emailnya
--- rasanya baik aku menulis melalui blog ---- bertepatan dengan tagline blog aku --- katalah apa
sahaja ---- asalkan tidak menyakitkan hati
akumencarimaksudprovoke yang sebenarnya --- daninilah yang aku temui >>>
pro·voke
/prəˈvōk/
Verb
1.Stimulate or give rise to (a reaction or emotion, typically a strong
or unwelcome one) in someone.
2.Stimulate or incite (someone) to do or feel something, esp. byarousing anger in them.
dan aku juga tidak mahu menulis
berkaitan politik --- sebetulnya aku tidak layak untuk menulis berkaitan
politik --- kerana aku bukan orang politik --- aku tiada pengetahuan arif dalam dunia politik
---- sebetulnya aku tidak pernah mempelajari politik --- apatah lagi menjadi
ahli parti politik ---- jadi mana mungkin aku boleh berbicara tentang politik
--- apatah lagi memberi pendapat serta ulasan
jika ditanya tentang mekanikal
atau metallurgy atau material atau thermodynamic --- mungkin aku mampumengulas
24/7 --- kerana itu bidang aku
jadi untuk memahami politik --- aku
cuba men~google APA ITU POLITIK dan hasilnya ini yang aku temui
Politikadalah
proses dan caramembuat keputusanuntuk sesuatu kumpulan. Walaupunia
biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga
boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Sains politikmerupakan kajian mengenai tingkah-laku
politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaankuasa, contohnya :
keupayaanuntuk memaksa kehendak seseorangkepada yang lain.
membacadarilink inisahajamembuatkepalaakupusing --- lebih teruk daripada membaca journal metallurgy rupanya --- jadi
jangan tanya aku tentang politik --- kerana --- aku --- blurrr
semasamengajar
di politeknik dahulu---aku di datangi oleh seorang pelajar---lelaki---minta
nasihat---katanya---dia tidak minat bidang kejuruteraan---dan kerana itulah
keputusan peperiksaannya tidak berapa baik---dia masuk ke politeknik dan
belajar kejuruteraan atas desakan ibubapa---minatnya bukan pada kejuruteraan---minatnya
padaperniagaan
setelahdisoal
secara berhemah---maka dia nyatakan bahawa dia sengaja mengagalkan beberapa
subjek kerana ingin menarik pemerhatian keluarga untuk memilih bidang perniagaan (pelajar ini pernah
memasuki institut pengajian sebelum ini---tetapi gagal di tahun ke 2 pengajian---sebabnya
adalah sama---mengagalkan diri)
persoalanaku---sebagai
ibubapa---haruskan kita menentukan hala tuju anak kita?---wajarkah kita yang
menentukan cita cita mereka?---wajarkah kita menentukan pilihan masa depan
mereka?
rasanya---kita
hanya berupaya mencetuskan minat mereka untuk meneruskan pelajaran dan sama
sekali kita tidak wajar menentukan minat dan kecenderungan mereka dalam mengejar
cita cita mereka---mana mungkin kita mendesak mereka menjadi doktor---jika
acapkali mereka gagal dalam sains---mana mungkin kita mengharapkan mereka
menjadi jurutera---jika fizik mereka hanya cukup makan saja lulusnya---
jadipilihan
anak anak juga bergantung kepada penguasaan mereka semasa bersekolah
yang paling utama peranan ibubapa adalah
memandu mereka supaya minat untuk belajar di dalam bidang yang di minati dan
seterusnya mencapai cita cita---ibubapa sepatutnya
memberi galakan dan nasihat sekiranya mereka menyatakan bahawa pilihan mereka
dalam bidang tertentu---jika mereka tersasar---disinilah peranan kita---membawa
mereka kembali ke landasan yang betul
aku
tahu---ibubapa mana yang tidak risau jika anak mereka memilih bidang yang bukan
menjadi pilihan ibubapa---mungkin kita risau---anak kita tidak mendapat
pekerjaan kelak---tetapi ingat---yang belajar adalah anak---bukannya ibubapa---bagi
aku---jika minat mereka dalam satu satu bidang---maka mereka akan berusaha
untuk berjaya---bayangkan jika kita mendesak mereka untuk belajar di bidang
yang mereka tidak minat---pastinya mereka tidak akan menguasai bidang tersebut---maka---jadikan
seperti pelajar aku tadi---merancang untuk gagal
selainitu---sebagai
ibubapa kita boleh mencadangkan bidang yang sepatutnya untuk mereka
belajar---mungkin kita boleh menerangkan rasionalnya bidang ini untuk masa
depan mereka---mudah mudahan mereka faham---dan--setuju---bagi aku---minat
boleh dipupuk---ianya bukan sesuatu yang rigid---TETAPI---bukannya mendesak untuk
memilih---kerana mereka akan memprotes dalam senyap---maka jadilah seperti
pelajar aku---mengagalkan beberapa subjek supaya nampak seperti tidak menguasai
berbalik
kepada pelajar tadi---aku tahu dia telah melakukan kesilapan---yang paling
utama---iaitu---tidak menerangkan bidang yang dia minat kepada ibubapanya---sebagai
bapa---aku turut menasihatinya untuk merasa kasihan di atas pengorbanan
ibubapa---mungkin telah banyak wang telah dihabiskan untuk dia---dan dia pulak
tidak habis habis belajar---jika dia teruskan juga untuk berada di
politeknik---ini bermakna dia akan membuang sebahagian umurnya untuk tidak
berjaya
konklusi
1. keputusan yang kita tentukan sekarangakan
memberi kesan mungkin 20 tahun yang akan datang
2. minat bukan sesuatu yang boleh dipaksa---minat
datang bersama jiwa---namun minat boleh dipupuk (tak
percaya---nanti aku ceritakan tentang minat yanh boleh dipupuk---kisah aku
sendiri)
hari ini aku didatangi oleh rakan lama....rakan yang bersekolah rendah hingga ke sekolah menengah
bersama.... cuma apabila di dalam tingkatan 4 masing masing membawa haluan ....
aku ke Pulau Pinang manakala rakan aku ke Alor Setar....
rakanakukiniseorang kontraktor yang berjaya....bermacam jenis bisnes yang dijalankandan
semuanya membuahkan hasil yang mengalakkan....semoga rezekinya sentiasa
bertambah.....
perbualan kami berlegar tentang alam persekolahan dahulu
---- satu statement yang amat menarik untuk aku tulis
katanya “ dahulu
kita ada 2 kumpulan pelajar – satu kumpulan yang betul betul belajar – dan 1
kumpulan lagi kaki hisap rokok dan merapu....tetapi dahulu kalau hisap rokok – merapu – tetap belajar - tak macam pelajar
sekarang – kalauhisap
rokok – merapu – mesti tidak belajar”
aku amat bersetuju dengan kata kata ini.....benar sekali....jika
kita lihat kepada senario...ini yang di hadapi oleh pelajar kini....MERAPU DAN TIDAK BELAJAR....TETAPI NAK HIDUP MEWAH....
sebagai pensyarah...aku lihat kebanyakan pelajar aku tidak
insaf dengan apa yang telah mereka lalui semasa di sekolah menengah....kecundang
dalam pelajaran.....tercicir dari rahmat guru...hanya kerana mereka berpaksikan kepada keseronokan yang bersifat
sementara....
belajar di tempat kerja aku sebenarnya adalah talian hayat
kedua untuk mereka menjadi INSAN....di sini pelajar yang tidak berjaya semasa SPM diberi latihan vokasional supaya mampu untuk
merubah hidup masa hadapan....
tetapi sebahagian dari pelajar masih dengan perangai yang
sama...kehadiran ke kuliah untuk belajar langsung tidak ambil peduli....ada
juga yang belajar separuh jalan.....akhirnya kecundang untukkali yang
kedua....
sebagai pensyarah...aku ingin jadikan pelajar aku seorang INSAN – BUKANNYA MANUSIA –
(insan adalah orang yang berjaya di dalam
hidup ---- manakala manusia adalah kanivor)
TETAPI.....mereka ini sebenarnya menolak tuah...kejayaan
yang ingin kitasemai --- kegagalan yang merekaburu.....
pandangan aku...faktor ini berkemungkinan kerana generasi kini hidup di dalam serba kemewahan
---- semuanya tersedia dan terhidang di depan mata...tak belajar pun tidak
mengapa...tak berjaya dalam hidup pun tidak mengapa...kerana ibubapa telah
menyediakan semuanya --- (mana mungkin
salahkan ibubapa kerana pelajar ini yang bermasalah --- betul!!)
bayangkan generasi yang akan datang LAHIR NYA dari
generasi ini.....goyang dan goyah bangsa dan negara --- SETUJU?
KONKLUSI ---- kami dahulu TIDAK MEROKOK --- MERAPU ----
DAN TETAP BELAJAR ... kerana itulah aku dan rakan berada di landasan yang betul