Belajar Master atau PhD adalah pilihan kita…..bukan
perkara wajib seperti fardu ain…..tapi hanyalah fardu kifayah
jadi…..perkara wajib adalah urusan kita menguruskan
tanggungjawab sebaiknya dengan keluarga…..jangan kerana sambung belajar…..keluarga
terabai
dan.....urusan dengan masyarakat juga wajib
PhD bukan menutup kebebasan…..PhD proses mendapatkan ilmu
dan pengalaman…..agar menjadi hamba Allah SWT yang lebih bertaqwa untuk
persediaan berjumpaNya kelak
belajar pun nak kena update status kerr....ingatkan FB sahaja yang perlu di update.....perlukah? bagi aku amat perlu.....sebagai motivasi untuk diri sendiri.....boleh juga digunakan sebagai benchmark.....melihat kepada prestasi diri dalam sela masa tertentu setakat ini:- Chapter 1 - Introduction - complete 100% Chapter 2 - LR - complete 40% - last subchapter 2.6 Chapter 3 - Research Methodology - complete 80% Chapter 4 - 0% Chapter 5 - 0%
Mengapa Chapter 3 mendahului Chapter 2?
Yelahh....nak buat research mestilah KENA bermula dengan writing Chapter 3.....baru boleh bergerak....jika tidak....kelak teraba-raba dalam kesamaran.....walau Chapter 1 - 3 dah disiapkan....ini lebih kepada draf....banyak yang perlu di edit dan dimasukkan seperti latest articles dan lain-lain.....sekurang kurangnya body of writing dah ada....
Semoga Allah memberikan kelapangan serta kesihatan yang terbaik untuk aku terus membaca dan menulis.....diterjah dengan migrain yang terlampau baru-baru ini membantutkan sedikit prestasi
rupa rupa yang apa yang aku kisahkan sebelum ini adalah perkara yang betul - statement guru di dalam entri sebelum ini juga betul <klik sini> hari ini aku mendapat email dari seseorang - link kepada aku satu blog yang turut menyentuh tentang pbs <klik sini> dibawah ini aku sertakan pandangan dan ulasan dari blog tersebut
10 Sebab Kenapa PBS Perlu Dimansuhkan Oleh: Cikgu Veteran Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini. Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai. Malah suara dan pandangan para sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya. Oleh itu, ada 10 sebab UTAMA Mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN: PERTAMA: Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM. *Alasan KPM - Kecairan maklumat. KEDUA: Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru. *Tiga tahun juga tiada perubahan. KETIGA: Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah. *Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi sistem PBS ini. KEEMPAT: Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi. *Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan. KELIMA: Pemarkahan yang berbeza mengikut suka hati guru tanpa ada rujukan penilaian. Contoh: Ada guru mahu pelajar memberikan tiga contoh, manakala ada yang lain cukup satu contoh sahaja. KEENAM: Dalam tempoh 15 hari, KPM boleh menggubal dasar yang tiada hasil percubaannya. Tiada 'Pilot Project' atau dikenali projek perintis. *KPM mahu jadikan murid Tingkatan 3 tahun 2014 sebagai percubaan. KETUJUH: Murid yang pandai akan diberi soalan susah untuk mendapat BAND 6. Murid yang kurang cerdik akan diberi soalan mudah bagi mencapai BAND 6. KELAPAN: Garis panduan Dokumen Standard Prestasi yang berbeza dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau dikenali sebagai SILIBUS. *DSP kena habiskan, Silibus wajib habiskan? Pertindanan. KESEMBILAN: Sistem Online yang lemah dan tidak mampu diatasi TIGA TAHUN berturut-turut. Terlalu banyak eviden yang perlu dimasukkan. Tidak efektif. Contoh: Dalam sistem peperiksaan contohnya SAPS. Hanya markah akhir sahaja perlu dimasukkan. KESEPULUH: SPPBS dibangunkan oleh DUA SYARIKAT berbeza dan kos yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan. Pembaziran sangat besar berlaku. KESIMPULAN: Sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM dengan nama PPMR bagi menggantikan PMR sebenarnya adalah SISTEM BIDAN TERJUN. Ucapan YDP PIBG yg menyentuh hati....... " .......negara Jepun yg tewas dlm perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yg singkat. Begitu juga Korea yg musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ........" Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu...kemudian tukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)....kerana alasan istilah Sains banyak dlm bahasa Inggeris...kemudian dihentikan PPSMI...tukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bhs Inggeris.....sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.....apa yg berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yg mahir BI, tetapi mat salih tu yg pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar bbp kali. Mula2 Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yg terkini tukar balik kpd Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yg dibelanjakan utk menukar2 tu tak dapatlah nak dihitung! Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru2 diarah menghafal setiap ayat....kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru.....sekarang ada pulak pppm, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan....dan macam2 lagi... Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kpd akademik semata2.,,tambah 3 lagi aspek pentaksiran....sistem komputer pulak yg sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru2 terpaksa berjaga ke 3 pagi.....kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan2 guru dari negara jiran...... Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita masih terkial2 mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yg dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yg berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang! Produk pendidikan kita juga terkial2 tidak menjadi.....murid2 semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir drp hidup mereka....di sekolah, masalah2 disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan2 disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an.... Kalau diubahpun, ia diubah kpd yg lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan.... Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan.... Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan...maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kpd kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan org2 yg diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kpd kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya utk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yg memudhoratkan!
kini timbul kembali isuPentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid tingkatan satu - dan
menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam
pelbagai segi - berbanding berorientasikan peperiksaan
kebetulan Ahad – 9/2/2014 –
sekolah anak aku mengadakan sesi perjumpaan waris bagi pelajar tingkatan 2 – berfokus
kepada penerangan PBS dan mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun – hahaha –
PBS mana ada exam – sebab ianya berformula dengan band dan tidak berorentasikan peperiksaan- betul kerr!!
tapi inilah kelebihan sekolah anak aku – pihak
sekolah tetap melaksanakan peperiksaan akhir untuk mengetahui prestasi pelajar –
mereka kembali kepada sistem lama untuk mengukur prestasi pelajar – ini
menunjukkan bahawa sistem peperiksaan penting –ianya mengukur prestasi dan
penguasaan ilmu pelajar – apatah lagi - sekolah ini adalah sekolah berprestasi
tinggi – mereka perlu tahu tahap prestasi pelajar mereka - apatah lagi untuk dibuat unjuran dan sasaran prestasi
sesi bermula dengan penerangan
PBS dari pengetua – penerangan dari guru yang menjadi tulang belakang PBS
sekolah - semuanya dalam kesamaran – apatah lagi bila sesi soal jawap antara
waris dan pihak sekolah – semuanya penuh dengan tanda tanya tentang perlunya
PBS – menyoal tentang kecekapan PBS menentukan prestasi pelajar dan yang paling lucu - waris hanya dapat tahu tentang prestasi anak hanya pada april nanti - bayangkan - persekolahan tingkatan 1 dah tamat november 2013 - tetapi prestasi diketahui april 2013 - banyak lagi yang dibincangkan – dan aku malas nak tulis disini sebab tiada jawapan terbaik
duduk di sebelah aku – rupa rupanya
seorang guru sekolah – beliau berkhidmat di sekolah lain – juga mempunyai anak
di tingkatan 2 – beliau nyatakan – sememangnya tidak menjadi sesuatu yang
memeranjatkan jika pengetua atau guru tidak dapat menjawap soalan waris –
kerana pihak atasan sendiri pun tidak pernah untuk memberi penerangan yang
betul tentang PBS!!! – hahaha ini menarik! - ini statement guru
aku tidak pasti samada guru ini
memberi maklumat yang betul atau tidak -
jika benar – alangkah malangnya
pelajar kini kerana menjadi tikus makmal untuk satu sistem pendidikan yang tiada tunjang tetapi mahu pohon yang merendang
jadi kesianlah pengetua dan guru guru - bersusah payah menepis soalan dari waris - sedangkan mereka sendiri tidak dibekalkan dengan penerangan yang sebenar benarnya
pemimpin oh peminpin – tahukan anda
tentang apa yang sedang anda perjudikan sekarang - banyak sangat try and error
kerugian bukannya sekarang - tetapi impaknya 20-30 tahun lagi - apabila - pelajar pelajar ini pula menjadi pemimpin hasil dari PBS!
kita hanya merancang....Allah menentukan segalanya dikala kerja belajar semakin bertambah....migrain datang tanpa dijemput.... 3 hari terlantar tanpa sebarang progress....apatah lagi semakin dekat dengan hari conference IPCEM2014....pelbagai persiapan perlu dilakukan....semuanya tertangguh....begitu juga dengan permintaan dari SV....minta untuk sediakan material bagi testing pada 24/1 kelak....semuanya belum terlaksana lagi...tapi... Alhamdullilah....walaupun kesan migrain masih terasa....berupaya juga untuk touch up slide presentation dan sebagainya semua ini menyedarkan aku....bahawa kita hidup di dalam genggaman Allah...semuanya telah tersurat....sihat sebelum sakit adalah satu rahmat yang tidak terhingga.... semoga migrain ini kian reda....semoga diberikan kesihatan yang terbaik...dan...semoga conference yang bakal dihadiri akan bertemu dengan kejayaan....In Shaa Allah
spm telah lama berlalu - apa
khabar agaknya pelajar pelajar tersebut - kemungkinan ada diantara mereka bersantai
sahaja – dan – ada yang sedang bekerja sementara menantikan keputusan
peperiksaan – mencari wang saku dan mengutip pengalaman berharga – boleh dikenang
diusia tua
aku mengibau kembali – apa yang
telah aku lalui 25 tahun dahulu
setelah tamat spm 1988 – aku kembali
ke kampung halaman di Sungai Petani dan tinggal dengan mak dan pak – setelah 2 tahun “berpisah
sementara”
2 minggu pertama – tak ada apa
yang aku buat – mungkin makan – tidur – acapkali juga aku berbasikal ke pekan
sungai petani – menemui rakan baik aku – mohd zaini abdul jalil –melepak - masa dihabiskan begitu sahaja
waktu malam – aku melukis pelan
rumah – mempratikkan apa yang aku pelajari semasa di sek teknik pulau pinang –
aku buat secara suka suka – seingat aku – ada 3 pelan rumah yang aku siapkan
dalam tempoh menunggu result spm – cuma 1 sahaja yang masih dalam simpanan sehingga
kini
waktu itu - hidup pastinya terasa kosong
–kawan kawan agak terhad – tidak seperti dimasa persekolahan
apabila mat zaini mula bekerja –
masa melepak bersamanya tidak ada lagi – lalu terfikir untuk turut bekerja –
dengan nasihat mak su - aku pergi ke
pejabat buruh (kini jab sumber manusia) – mendaftar sebagai pencari kerja –
position budak pejabat a.k.a opis boy
masih aku ingat – seorang pegawai
meneliti sijil srp aku – dia bertanya
mengapa hendak bekerja
aku jawap –hendak cari duit tak mahu menyusahkan tok dan tokwan
sebab apa tak mau sambung belajar selepas ini
tok dan tokwan orang susah, mana nak ada duit nak sambung
belajar
tapi itu adalah jawapan pembohongan!!! – dengan harapan dia akan mendaftar
aku sebagai seorang pencari kerja
dia berkata lagi – result srp saya
pun tak cemerlang macam ni…. kalau result spm mesti lebih baik lagi…takan nak
jadi opis boy– tapi
akhirnya dia tetap daftarkan aku sebagai pencari kerja
selepas berdaftar – aku dapat 3
temuduga sebagai opis boy – dan – semua temuduga aku tidak berjaya – temuduga
pertama mahukan opis boy yang ada motor – senang ambil dan hantar surat - aku mana
ada motor – lesen pun tak ada!!
ada satu temuduga jadi pembantu mengemas
asrama di INTAN Sungai Petani – pegawai
tersebut juga meneliti sijil srp aku - soalan yang ditanya sama seperti pegawai
pejabat buruh dan jawapan aku pun sama juga – akhirnya dia berkata – orang macam kamu ni….keputusan
periksa hebat…saya dulu biasa saja…nanti lepas keluar U mai sini….jadi boss
saya!!
rupanya susah juga nak dapat kerja
– bila result baik – mungkin mereka tidak percaya kita akan terus bekerja bila
result spm keluar – mungkin mereka beranggapan result spm pun akan terbaik
seperti result srp – sedangkan tak terbaik mana pun – bukan tersusun A – macam result
anak aku pun
temuduga ke 3 di pejabat lawyer –
lawyer berbangsa india – temuduga macam nak makan orang – pressure dengan pelbagai soalan – tak sempat nak habis jawap – dia tanya
soalan lain pula – dan – bila dikenang kini baru aku tahu – kerana dia lawyer!!
akhirnya aku berkerja di kilang
kayu – tak perlu temuduga – minta kerja pun melalui sorang kawan – dekat dengan
rumah – hanya naik basikal saja – kerja dari jam 9 hingga 5 petang – kerja tak
susah – ambik kayu dan hulur dekat seorang makcik untuk di potong ikut ukuran
(kini dah aruah – ALFATIHAH) – mulut makcik ni boleh tahan juga!! – hari hari
kena marah (macam kilang tu dia ada share)
- hari hari dengar dia mengupat dengan rakan sebelah dia – itulah perempuan
gaji – seminggu dapat $75 – itu janji
awal – tapi bila hari gaji – kena potong sedikit untuk EPF – punyalah kena
bohong hidup hidup dengan tokey cina tu – kerana EPF aku mula di register 2 tahun
selepas itu (1991) – semasa aku bekerja sebagai technician di Silverstone
duit gaji aku ambik sikit saja –
selebihnya bagi dekat mak – buat belanja beli ikan – inilah pertama kali aku
bekerja – dan tahu erti susahnya nak dapat duit – habis terluka jari jari
terkena selumbar – badan gatal gatal kerana habuk kayu
aku kerja tak lama – banyak sangat
habuk – aku pula selalu semput semput – akhirnya berhenti kerja bila result spm
dah nak keluar – result aku………….(kelaut atau kebulan)???
selepas dapat result spm –
sementara menunggu untuk sambung belajar - aku bekerja dengan pak – ikut syarikat
pembasmi serangga dan anai anai – sekali ikut dapat $10 – kira okaylah – kerja
tak susah mana - tapi dapat berjalan merata tempat di kedah dan perlis
inilah pengalaman aku – pengalaman
ditemuduga dan pengalaman bekerja diawal usia – jika dikatakan aku susah –
mungkin ada orang lain yang lebih susah lagi – mungkin ada orang lain yang
punya pengalaman yang maha hebat dari aku – tapi aku bersyukur – kerana aku
punya pengalaman sebegini – pengalaman yang dapat aku jadikan kenangan
sepanjang hidup
aku tidak berkesempatan untuk
menceritakan pengalaman ini kepada anak anak aku – dan – aku berharap mereka
membacanya kelak
bagi aku - jika ada yang tidak
mahu bekerja – aku tidak tahu kenapa – kerana duit bukan datang bergolek –
apatah lagi di zaman yang semuanya duit – tak kan hari hari nak makan
kangkung!!!
p/s : sepanjang tempoh menunggu result spm - lagu inilah yang aku layan setiap malam
semasa aku menghadiri kursus analisa kuantitatif dan kualitatif di UUM pada April 2013 lepas - seorang penceramah menyatakan dunia PhD adalah dunia suram dan kelam - PhD mempunyai dunianya yang tersendiri
baru 3 bulan aku bercuti penuh - kini ianya hampir menjadi kenyataan - aku sedang menghampiri fasa dunia suram - suram dari kehidupan terdahulu
aku semakin kurang berinterasi dengan dunia luar - kurang beriadah - kurang berkomunikasi
hidup hanya berlegar pada kampus dan rumah sahaja - jika ada pun hanya ziarah ibubapa ataupun melawat anak di asrama ataupun menghantar dan menjemput anak dari sekolah
ianya tidak seperti di alam pekerjaan dahulu - terlalu kurang manusia yang aku ketemui