15 January 2014

pengalaman itu indah


spm telah lama berlalu - apa khabar agaknya pelajar pelajar tersebut - kemungkinan ada diantara mereka bersantai sahaja – dan – ada yang sedang bekerja sementara menantikan keputusan peperiksaan – mencari wang saku dan mengutip pengalaman berharga – boleh dikenang diusia tua

aku mengibau kembali – apa yang telah aku lalui 25 tahun dahulu

setelah tamat spm 1988 – aku kembali ke kampung halaman di Sungai Petani dan tinggal dengan mak dan pak – setelah 2 tahun “berpisah sementara”

2 minggu pertama – tak ada apa yang aku buat – mungkin makan – tidur – acapkali juga aku berbasikal ke pekan sungai petani – menemui rakan baik aku – mohd zaini abdul jalil –melepak -  masa dihabiskan begitu sahaja

waktu malam – aku melukis pelan rumah – mempratikkan apa yang aku pelajari semasa di sek teknik pulau pinang – aku buat secara suka suka – seingat aku – ada 3 pelan rumah yang aku siapkan dalam tempoh menunggu result spm – cuma 1 sahaja yang masih dalam simpanan sehingga kini

waktu itu - hidup pastinya terasa kosong –kawan kawan agak terhad – tidak seperti dimasa persekolahan

apabila mat zaini mula bekerja – masa melepak bersamanya tidak ada lagi – lalu terfikir untuk turut bekerja – dengan nasihat mak su -  aku pergi ke pejabat buruh (kini jab sumber manusia) – mendaftar sebagai pencari kerja – position budak pejabat a.k.a opis boy

masih aku ingat – seorang pegawai meneliti sijil srp aku – dia bertanya
mengapa hendak bekerja
aku jawap – hendak cari duit  tak mahu menyusahkan tok dan tokwan
sebab apa tak mau sambung belajar selepas ini
tok dan tokwan orang susah, mana nak ada duit nak sambung belajar

tapi itu adalah jawapan pembohongan!!! – dengan harapan dia akan mendaftar aku sebagai seorang pencari kerja

dia berkata lagi result srp saya pun tak cemerlang macam ni…. kalau result spm mesti lebih baik lagi…takan nak jadi opis boy – tapi akhirnya dia tetap daftarkan aku sebagai pencari kerja

selepas berdaftar – aku dapat 3 temuduga sebagai opis boy – dan – semua temuduga aku tidak berjaya – temuduga pertama mahukan opis boy yang ada motor – senang ambil dan hantar surat - aku mana ada motor – lesen pun tak ada!!

ada satu temuduga jadi pembantu mengemas asrama di INTAN Sungai Petani –  pegawai tersebut juga meneliti sijil srp aku - soalan yang ditanya sama seperti pegawai pejabat buruh dan jawapan aku pun sama juga – akhirnya dia berkata – orang macam kamu ni….keputusan periksa hebat…saya dulu biasa saja…nanti lepas keluar U mai sini….jadi boss saya!!

rupanya susah juga nak dapat kerja – bila result baik – mungkin mereka tidak percaya kita akan terus bekerja bila result spm keluar – mungkin mereka beranggapan result spm pun akan terbaik seperti result srp – sedangkan tak terbaik mana pun – bukan tersusun A – macam result anak aku pun

temuduga ke 3 di pejabat lawyer – lawyer berbangsa india – temuduga macam nak makan orang – pressure dengan pelbagai soalan – tak sempat nak habis jawap – dia tanya soalan lain pula – dan – bila dikenang kini baru aku tahu – kerana dia lawyer!!

akhirnya aku berkerja di kilang kayu – tak perlu temuduga – minta kerja pun melalui sorang kawan – dekat dengan rumah – hanya naik basikal saja – kerja dari jam 9 hingga 5 petang – kerja tak susah – ambik kayu dan hulur dekat seorang makcik untuk di potong ikut ukuran (kini dah aruah – ALFATIHAH) – mulut makcik ni boleh tahan juga!! – hari hari kena marah (macam kilang tu dia ada share) - hari hari dengar dia mengupat dengan rakan sebelah dia – itulah perempuan

gaji – seminggu dapat $75 – itu janji awal – tapi bila hari gaji – kena potong sedikit untuk EPF – punyalah kena bohong hidup hidup dengan tokey cina tu – kerana EPF aku mula di register 2 tahun selepas itu (1991) – semasa aku bekerja sebagai technician di Silverstone

duit gaji aku ambik sikit saja – selebihnya bagi dekat mak – buat belanja beli ikan – inilah pertama kali aku bekerja – dan tahu erti susahnya nak dapat duit – habis terluka jari jari terkena selumbar – badan gatal gatal kerana habuk kayu

aku kerja tak lama – banyak sangat habuk – aku pula selalu semput semput – akhirnya berhenti kerja bila result spm dah nak keluar – result aku………….(kelaut atau kebulan)???

selepas dapat result spm – sementara menunggu untuk sambung belajar -  aku bekerja dengan pak – ikut syarikat pembasmi serangga dan anai anai – sekali ikut dapat $10 – kira okaylah – kerja tak susah mana - tapi dapat berjalan merata tempat di kedah dan perlis

inilah pengalaman aku – pengalaman ditemuduga dan pengalaman bekerja diawal usia – jika dikatakan aku susah – mungkin ada orang lain yang lebih susah lagi – mungkin ada orang lain yang punya pengalaman yang maha hebat dari aku – tapi aku bersyukur – kerana aku punya pengalaman sebegini – pengalaman yang dapat aku jadikan kenangan sepanjang hidup

aku tidak berkesempatan untuk menceritakan pengalaman ini kepada anak anak aku – dan – aku berharap mereka membacanya kelak

bagi aku - jika ada yang tidak mahu bekerja – aku tidak tahu kenapa – kerana duit bukan datang bergolek – apatah lagi di zaman yang semuanya duit – tak kan hari hari nak makan kangkung!!!


p/s : sepanjang tempoh menunggu result spm  - lagu inilah yang aku layan setiap malam
SUNYI - GERSANG

No comments:

Post a Comment