15 February 2014

sambungan pendidikan - tikus makmal



rupa rupa yang apa yang aku kisahkan sebelum ini adalah perkara yang betul - statement guru di dalam entri sebelum ini juga betul <klik sini> 

hari ini aku mendapat email dari seseorang - link kepada aku satu blog yang turut menyentuh tentang pbs <klik sini>

dibawah ini aku sertakan pandangan dan ulasan dari blog tersebut


10 SEBAB KENAPA PBS PERLU DIMANSUHKAN

10 Sebab Kenapa PBS Perlu Dimansuhkan
Oleh: Cikgu Veteran


Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini.
Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai. Malah suara dan pandangan para sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya.
Oleh itu, ada 10 sebab UTAMA Mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN:

PERTAMA:
Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM.
*Alasan KPM - Kecairan maklumat.

KEDUA:
Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru.
*Tiga tahun juga tiada perubahan.

KETIGA:
Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.
*Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi sistem PBS ini.

KEEMPAT:
Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi.
*Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan.

KELIMA:
Pemarkahan yang berbeza mengikut suka hati guru tanpa ada rujukan penilaian.
Contoh: Ada guru mahu pelajar memberikan tiga contoh, manakala ada yang lain cukup satu contoh sahaja.

KEENAM:
Dalam tempoh 15 hari, KPM boleh menggubal dasar yang tiada hasil percubaannya. Tiada 'Pilot Project' atau dikenali projek perintis.
*KPM mahu jadikan murid Tingkatan 3 tahun 2014 sebagai percubaan.

KETUJUH:
Murid yang pandai akan diberi soalan susah untuk mendapat BAND 6. Murid yang kurang cerdik akan diberi soalan mudah bagi mencapai BAND 6.

KELAPAN:
Garis panduan Dokumen Standard Prestasi yang berbeza dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau dikenali sebagai SILIBUS.
*DSP kena habiskan, Silibus wajib habiskan? Pertindanan.

KESEMBILAN:
Sistem Online yang lemah dan tidak mampu diatasi TIGA TAHUN berturut-turut. Terlalu banyak eviden yang perlu dimasukkan. Tidak efektif.
Contoh: Dalam sistem peperiksaan contohnya SAPS. Hanya markah akhir sahaja perlu dimasukkan.

KESEPULUH:
SPPBS dibangunkan oleh DUA SYARIKAT berbeza dan kos yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan. Pembaziran sangat besar berlaku.


KESIMPULAN:
Sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM dengan nama PPMR bagi menggantikan PMR sebenarnya adalah SISTEM BIDAN TERJUN.


Ucapan YDP PIBG yg menyentuh hati.......
" .......negara Jepun yg tewas dlm perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yg singkat. Begitu juga Korea yg musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ........"



Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu...kemudian tukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)....kerana alasan istilah Sains banyak dlm bahasa Inggeris...kemudian dihentikan PPSMI...tukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bhs Inggeris.....sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.....apa yg berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yg mahir BI, tetapi mat salih tu yg pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar bbp kali. Mula2 Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yg terkini tukar balik kpd Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yg dibelanjakan utk menukar2 tu tak dapatlah nak dihitung! Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru2 diarah menghafal setiap ayat....kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru.....sekarang ada pulak pppm, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan....dan macam2 lagi... Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kpd akademik semata2.,,tambah 3 lagi aspek pentaksiran....sistem komputer pulak yg sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru2 terpaksa berjaga ke 3 pagi.....kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan2 guru dari negara jiran......
Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita masih terkial2 mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yg dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yg berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang!
Produk pendidikan kita juga terkial2 tidak menjadi.....murid2 semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir drp hidup mereka....di sekolah, masalah2 disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan2 disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an.... Kalau diubahpun, ia diubah kpd yg lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan....
Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan.... Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan...maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kpd kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan org2 yg diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kpd kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya utk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yg memudhoratkan!


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/02/10-sebab-kenapa-pbs-perlu-dimansuhkan.html#ixzz2tJxRiPUq


jadi apa yang aku gusarkan - sebetulnya perkara yang patut di risaukan oleh semua parents...
maka aku tidak keseorangan didalam kegusaran ini!!!


No comments:

Post a Comment