kini timbul kembali isu Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid tingkatan satu - dan
menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam
pelbagai segi - berbanding berorientasikan peperiksaan
kebetulan Ahad – 9/2/2014 –
sekolah anak aku mengadakan sesi perjumpaan waris bagi pelajar tingkatan 2 – berfokus
kepada penerangan PBS dan mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun – hahaha –
PBS mana ada exam – sebab ianya berformula dengan band dan tidak berorentasikan peperiksaan- betul kerr!!
tapi inilah kelebihan sekolah anak aku – pihak
sekolah tetap melaksanakan peperiksaan akhir untuk mengetahui prestasi pelajar –
mereka kembali kepada sistem lama untuk mengukur prestasi pelajar – ini
menunjukkan bahawa sistem peperiksaan penting –ianya mengukur prestasi dan
penguasaan ilmu pelajar – apatah lagi - sekolah ini adalah sekolah berprestasi
tinggi – mereka perlu tahu tahap prestasi pelajar mereka - apatah lagi untuk dibuat unjuran dan sasaran prestasi
sesi bermula dengan penerangan
PBS dari pengetua – penerangan dari guru yang menjadi tulang belakang PBS
sekolah - semuanya dalam kesamaran – apatah lagi bila sesi soal jawap antara
waris dan pihak sekolah – semuanya penuh dengan tanda tanya tentang perlunya
PBS – menyoal tentang kecekapan PBS menentukan prestasi pelajar dan yang paling lucu - waris hanya dapat tahu tentang prestasi anak hanya pada april nanti - bayangkan - persekolahan tingkatan 1 dah tamat november 2013 - tetapi prestasi diketahui april 2013 - banyak lagi yang dibincangkan – dan aku malas nak tulis disini sebab tiada jawapan terbaik
duduk di sebelah aku – rupa rupanya
seorang guru sekolah – beliau berkhidmat di sekolah lain – juga mempunyai anak
di tingkatan 2 – beliau nyatakan – sememangnya tidak menjadi sesuatu yang
memeranjatkan jika pengetua atau guru tidak dapat menjawap soalan waris –
kerana pihak atasan sendiri pun tidak pernah untuk memberi penerangan yang
betul tentang PBS!!! – hahaha ini menarik! - ini statement guru
aku tidak pasti samada guru ini
memberi maklumat yang betul atau tidak -
jika benar – alangkah malangnya
pelajar kini kerana menjadi tikus makmal untuk satu sistem pendidikan yang tiada tunjang tetapi mahu pohon yang merendang
jadi kesianlah pengetua dan guru guru - bersusah payah menepis soalan dari waris - sedangkan mereka sendiri tidak dibekalkan dengan penerangan yang sebenar benarnya
pemimpin oh peminpin – tahukan anda
tentang apa yang sedang anda perjudikan sekarang - banyak sangat try and error
kerugian bukannya sekarang - tetapi impaknya 20-30 tahun lagi - apabila - pelajar pelajar ini pula menjadi pemimpin hasil dari PBS!
No comments:
Post a Comment