21 August 2013

Pucuk PTPTN




hakikatnya - aku – tidak pernah merasa duit PTPTN

tidak seperti adik adik aku – mahupun rakan sekerja – masuk IPTA dengan berhutang pada PTPTN – di ulang :  dipaksa berhutang untuk mendapat pendidikan – kesian korang

aku kurang pasti – sebab musabab – mengapa PTPTN dilaksanakan – jika di tanya pada aku – aku akan berkata “ pendidikan adalah khidmat sosial kerajaan kepada rakyat – ayuh laksanakan sistem pendidikan percuma untuk rakyat – apatah lagi sebagai ucap terima kasih kepada rakyat yang telah memilih dan memberi kepercayaan kepada kerajaan sedia ada untuk memegang tampuk pemerintahan” – jika bagus dan baik – 50 tahun atau 100 tahun lagi – masih boleh di beri kepercayaan untuk memerintah

tetapi di celah celah itu – lahir ideal dari SESEORANG  – untuk mengambil tindakan CCRIS – jika tidak membayar hutang PTPTN

maka – bising satu office – bilamana ada rakan rakan yang sememangnya menjadi peminjam PTPTN – yang tidak dapat menjelaskan hutang PTPTN – atas alasan yang bersebab dan berasas - akan di kenakan tindakan CCRIS – jika ianya benar benar dilaksanakan

bagi aku - SESEORANG tersebut – tidak memahami kesulitan rakyat –tidak menyelami mengapa ada sebilangan peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka atas sebab yang berasas

pelajar yang baru menamatkan pengajian di IPT – di anggap sebagai pucuk muda – yang baru memulakan kehidupan dengan hasil wang sendiri – jika tindakan demi tindakan diambil – maka - ianya seolah olah membunuh ranting muda yang baru mengeluarkan pucuk

untuk menjadikan malaysia yang permai dan makmur ini sebagai negara maju – berpendapatan kelas pertama – setiap rakyat perlu mendapat pendidikan tertinggi – tetapi – dengan bebanan kos sara hidup – dan – ditambahkan lagi dengan pembayaran balik PTPTN – sukar untuk merealisasikan dasar kerajaan sebelum tahun 2020






11 August 2013

berfikir dengan mata hati



lari dari menulis tentang studi

dalam suasana cuti begini –memikirkan perkara selain dari studi –itu yang terbaik buat  - seketika

melompat dari blog ke blog akhirnya terjumpa posting seorang blogger – posting beliau banyak mengulas serta memetik kata kata dari Prof Dr Muhaya

dan ini memberi suntikan inspirasi untuk menulis –  menulis berkaitan hati

dalam bulan ramadhan lalu – kita menjaga dan mengawal hati sebaik mungkin - tetapi setelah berlalu ramadhan – berkemungkinankah -  hati kembali menjadi kronik seperti bulan bulan sebelumnya – jika itu berlaku – seolah olah tiada peningkatan dalam kehidupan

namum – jika di bulan ramadhan lalu – hati tetap kronik – maka tidak hairanlah – hati tetap akan kronik sepanjang tahun

hati tempat mengawal segala perasaan – marah – suka – sayang – benci – rindu

hari ini hati sayang
esok hati menjadi benci

hari ini hati menjadi suka
kemungkinan esok hati menjadi duka

kerana hati – perhubungan boleh terjalin
kerana hati – perhubungan boleh terlerai
kerana hati – seribu kebaikan – dikenang
kerana hati – sejuta kebaikan – dipandang serong

kerana hati - mulut menjadi manis
kerana hati – mulut menjadi busuk

hati mudah terasa – terkadang - untuk memuaskan hati – kita menguris hati orang lain – kita katakan bahawa kita betul – kita tidak membuat refleksi tentang hasil tindakan kita – akhirnya – ada hati yang terasa – ini kerana -  hati mengawal perasaan kita menjadi keras – sukar untuk di bentuk – dan menerima nasihat – semuanya betul di hati kita – kita membuang seluruh kebaikan yang pernah dihulurkan – hanya kerana – untuk memuaskan hati kita sahaja

mendengar nasihat dari rakan taulan – sahabat handai – boleh membersih hati
mendengar motivasi - juga boleh membentuk hati
cuma - hati – perlu memilih jalan sendiri

kerasnya hati – apa sahaja yang indah – menjadi buruk
lembutnya hati – terasa dunia ini terlalu indah

jika keras
rawatlah hati – rawatlah hati dengan zikirrullah - rawatlah hati dengan istifar
hati tempat bersarangnya nafsu – nafsu makan – nafsu kebendaan – nafsu amarah

#pesanan
jangan mementingkan hati kita sahaja – fikirkan juga hati dan perasaan orang lain – kerana orang lain juga punya hati – punya perasaan
ingat – orang lain juga makan nasi seperti kita

jika tidak pandai menjaga hati – larilah jauh jauh dari kehidupan yang maha indah ini
berfikir dengan mata hati – baru terlihat – apa yang tersirat di sebalik yang tersurat

ikut nafsu – jadi lesu
ikut hati – mati
tiada hati – itu zalim namanya









08 August 2013

06 August 2013

Mental Fatigue vs Mental Exhaustion



Di dalam posting pada 22 Jun 2013 – aku menulis tentang Mental Fatique – kosong – kosong – kosong




dan akhirnya aku ketemui dengan jawapan terhadap permasalah aku

ianya di tulis oleh Dr Mohd Awang Idris a.k.a FakirFikir – pensyarah berpengalaman dalam bidang psikologi UKM – terima kasih Dr – kerana merungkaikan fenomena ini




aku kira ramai dari kalangan pelajar mengalami masalah yang sama – dengan memahami masalah ini – kita dapat mencari penyelesaian - agar – fenomena ini – bukan satu bebanan kepada kerja yang tidak dapat diselesaikan

 ingat pesanan FakirFikir : Ia bukan penyakit mental - Ia hanya keletihan mental







03 August 2013

pelita syawal


Edel mula bertanya 

abah tak pasang pelita syawal tahun nie?

pelita syawal? - adakah pelita syawal - macam macam budak sorang nie



kini dah masuk penghujung ramadhan – pastinya – umat islam akan melangkah bakal meninggalkan bulan yang penuh keberkatan – bulan ramadhan

tidak berapa hari lagi – anak anak bakal melompat kegembiraan – menyambut kedatangan syawal

alhamdullilah – sehingga ke saat ini – perintah ramadhan – berjaya di laksanakan

alhamdullilah juga – anak anak aku – berjaya melaksanakan ibadah puasa

yang tidak dijangka Edel – 6 tahun – gigih berpuasa – cuma meninggalkan puasa sehari sahaja – itu pun di awal permulaan puasa yang lalu - makan pun di tadika – bila ditanya – mengapa makan – katanya teacher yang beri nasi lemak – tetapi selepas itu – Edel berpuasa – aku dan wife tidak menjangka kemampuan Edel  – jika dilihat kepada perwatakan – kami tidak yakin Edel mampu berpuasa – maklumlah – Edel agak manja dengan wife aku – cuma - yang paling teruk sewaktu Edel berpuasa adalah pada hari pertama – kak ngah kena follow Edel jika dia ke bilik air atau dapur – takut takut curi minum atau makan – tetapi itu cuma untuk hari pertama sahaja – kini Edel dah stabil – tetapi sekali sekala ada juga merungut  – menu Edel berbuka – mesti kena ada air soya dan juga ais krim – ini dah kira menu wajib – waktu bersahur hanya minta makan maggi sahaja – Edel tak pernah miss bersahur – katanya jika tidak bersahur tak boleh berpuasa

achik – 8 tahun - memang juara berpuasa – achik dah mula berpuasa sedari usia 5 tahun – memang gigih – badan pun dah banyak menyusut – achik dalam bab makan agak memilih – jadi hari hari aku kena bertanya nak berbuka dengan apa – tetapi kesukaannya – asam pedas atas sayur keladi – kalau ada menu ini banyak kali achik tambah nasi

kak ngah – tak banyak masalah – apa apa pun kak ngah makan – dan – persiapan waktu berbuka banyak diuruskan oleh kak ngah – dah boleh di harapkan membantu wife aku di dapur – tetapi di bulan puasa nie kak ngah jadi agak pemarah – mungkin letih dengan aktiviti sekolah – dan – bila balik kena membantu di dapur – terkadang aku dan wife biarkan sahaja kak ngah dengan kemarahannya

along – disebabkan tinggal di hostel – hanya beberapa kali dapat kami berbuka bersama – tetapi kadang kadang along ada juga menalifon – minta belikan kuih atau lauk kesukaannya – dan - selepas waktu bekerja aku akan hantar dekat hostel – tak lah jauh sangat – dalam 15 km dari rumah - alhamdullilah – dalam bulan ramadhan ini – along beberapa kali menjadi bilal untuk solat tarawih

makanan yang paling aku rindu – nasi ulam dan sayur keladi mak – dah 9 tahun aku tidak merasa – dan – 9 tahun jugalah mak telah pergi meninggalkan aku – mak meninggal tanggal 16 ramadhan

persiapan raya buat kami sekeluarga – macam selalu – bersederhana sahaja – aku dah beli baju melayu dan baju kurung untuk anak anak seorang sepasang  – sebenarnya -  persiapan baju ini dah dibuat awal – jika tak silap dalam bulan mei lepas – itu pun kerana aku menjangkakan akan menyambut syawal di aussie – jadi pilihan baju melayu dan baju kurung dah memadai – namun setelah aku mengambil keputusan untuk tidak ke aussie – maka – aku buat beberapa persiapan pakaian lagi untuk anak anak

begitu juga dengan baju bagi orang tua – aku dan wife dah sediakan awal awal lagi – jadi di penghujung ramadhan nie tak berapa sibuk dengan persiapan sangat

wife aku dah mula buat beberapa jenis kuih untuk hari raya – itu pun atas permintaan kak ngah – dia yang beria ia untuk buat kuih – sejak wife aku berhenti kerja – kuih dan biskut hari raya dibuat sendiri – agak menjimatkan – sebenarnya - anak anak aku kuat makan biskut raya – kalau beli tak sempat pun untuk hari raya – hari hari diorang angkut – bila buat sendiri – banyak juga kami berjimat

ingatkan tahun ini aku dan famili akan beraya di perantauan – tetapi tidak menjadi rupanya – namun – aku bersyukur – banyak hikmah yang aku dapat bila tak jadi berangkat ke aussie – jika tidak – bermakna – aku dan famili tidak dapat beraya bersama along dan kedua orang tua aku

di kesempatan ini juga – aku - memohon kemaafan kepada seluruh keluarga – sahabat handai dan rakan taulan – jika terdapat sebarang kesalahan – mudah mudahan syawal yang bakal menjelang menceriakan seluruh kehidupan

dan - yang paling aku tertunggu tunggu adalah lagu raya kesukaan aku 
SEPASANG KURUNG BIRU