Entah apa yang
tidak kena dengan malam ni – satu apa pun tidak menjadi
Membaca journal
paper – separuh jalan
Edit writing –
separuh jalan
Download paper –
terlalu lama menunggu – juga separuh jalan
Dari jam 9.00
malam – masuk bilik – memencilkan diri – sehingga kini dah 4 jam berlalu
- dengan harapan beberapa kerja dapat di selesaikan – tapi semuanya tidak
menjadi
Adakah ini di
panggil sebagai kecelaruan minda? – atau – burnout – atau sebagainya - entahlah
– aku bukan orang psikologi – mungkin
Dr Mohd Awang atau rakan sekursus
tempohari – En Khairuddin a.k.a Jidin Giding – boleh menerangkan istilah
sebenarnya – mereka orang psikologi
Bagi aku – aku istilahkan
sebagai mental fatigue – mungkin rakan rakan yang sedang belajar seperti aku –
pernah merasakannya
Badan segar bugar
– tetapi tidak mampu untuk melaksanakan apa juga perkara yang melibatkan
minda
Di dalam bilik
ini – dah hampir satu jug kopi O kaw aku teguk – tapi idea tak turun turun juga
Fikiran jadi
kosong – kosong – kosong – seperti lirik lagu Najwa Latif
Kemungkinan mental
fatigue ini wujud kerana aku terlalu memikirkan untuk menyiapkan semua perkara
di dalam satu masa yang sama – atau – sebenarnya aku tidak tahu untuk menyelesaikan
perkara yang mana dahulu
Planning selepas
Maghrib tadi – nak sambung writing conference paper - aku dah usahakan hampir 1.5
bulan yang lepas lagi – cadang nak hantar ke 2nd International
Conference On Recent Advances In Automotive Engineering & Mobility Research
(ReCAR 2013) – deadline 30 Jun 2013
Kerana itu aku nak tambah – nak edit
– nak buat permurnian catatan yang terdahulu – tapi bila buka lap top – semua planning
tak menjadi – lihat pilot paper – kot kot boleh masukan apa apa yang patut –
tapi apa pun tak ada yang menarik – dan – kerana itu – aku beralih kepada kerja
kerja lain – tapi semua juga tidak menjadi
Yang menjadi –
update blog – mungkin selepas menulis blog ini – minda jadi normal balik – maka
– kerja kerja yang di planning dapat di selesaikan – jika tidak – habiskan kopi
O kaw – kemudian tidur
No comments:
Post a Comment