24 June 2013

Pak - 11 tahun berlalu sudah


hari ini 24/6 - menyorot peristiwa 11 tahun kebelakang

24/6/2002 - tarikh yang akan diingati untuk selamanya sehingga keakhir hayat
tarikh dimana pak meninggalkan dunia fana ini untuk selama lamanya

aku bersyukur kerana dapat berbakti kepada pak sehingga keakhir hayatnya - walaupun jasa pak menjaga aku sedari usia setahun - mungkin tidak dapat aku balas selamanya- walau sebesar zarah sekalipun

pak adalah orang pertama mengajar aku sembahyang
pak yang membawa aku pergi dan balik dari tadika dengan basikal tuanya setiap hari

pak yang memasukkan aku ke sekolah yang terbaik di sungai petani

pak juga meninggalkan hartanya untuk aku jaga dengan penuh amanah sehingga kini - rumah yang aku duduki kini

aku berbangga kerana dapat menjaga pak semasa pak terlantar keuzuran

tangan ini yang memandikan pak sebelum dan selepas aku bekerja
tangan ini yang membasuh najis pak takala pak dah tidak lagi mampu untuk bangun
tangan ini yang memakaikan dan menukarkan pampers pak setiap hari
tangan ini yang menyaluti air sembahyang ke tubuh pak dikala pak terbaring
dan
terlalu banyak tangan ini berbakti kepada pak - namun tidak satu pun mampu untuk membalas jasa jasa pak kepada aku

dan 
mulut ini yang membisikkan kalimah syahadah ke telinga pak sewaktu pak di ambang sakaratul maut

dan
mulut ini yang pertama mengucup dahi pak setelah pak tiada lagi di dunia ini

banyak yang aku hendak kongsikan tentang pak - namun tangan ini tidak dapat meneruskan kata kata hati aku - sebak terasa hingga ke dalam benak hatiku

pak 
ampun dan maaf dari baglong
semoga pak ditempatkan dikalangan kekasih kekasih Allah - Amiin

No comments:

Post a Comment