22 March 2014
19 March 2014
Proposal Defense Tips
Salah satu syarat Uni kepada Master dan PhD candidates adalah untuk defense proposal sebelum layak untuk stage yang seterusnya...
Ianya seakan sesi viva voce tetapi tidaklah terlalu detail....yang penting....melihat sejauh mana pemahaman serta penguasaan terhadap research yang akan dijalankan....adakah teori yang akan digunapakai betul betul difahami.....ianya umpama guideline supaya tidak lagi teraba di dalam kesamaran
ramai juga pelajar...apabila menghadapi sesi defense ini jadi tidak keruan...takut benar jika semua yang di plan untuk research tidak diterima....wahal inilah masa yang terbaik untuk memperbetulkan apa yang terkurang di dalam perancangan sebelum ini....hasil maklumbalas daripada penilai
ada juga yang merasakan sesi defense ini...sesi kamikaze....jatuh terduduk hingga lunyai....
sebenarnya...kadang kala...proposal kita adalah yang terbaik...namun disebabkan kita tidak dapat mempersembahkan dengan cara berkesan...maka semuanya nampak tidak menjadi....apatah lagi penilai tidak memahami
yang penting disini adalah kita membentangkan perancangan kita sebaik mungkin...menerima segala bentuk teguran untuk memantapkan research seterusnya
di sini di sertakan tips untuk menghadapi proposal defense....banyak tips yang boleh di dapati dengan bantuan "pakcik google"....tetapi inilah yang terbaik dari pandangan aku
>>KLIK Proposal Defense Tips KLIK<<
10 March 2014
siap siaga...soalan dah bocor
dalam pertemuan dengan
SV – aku diminta untuk mencari kaedah yang lebih baik bagi research – perlu
permurnian yang lebih mantap - bukan bermakna apa yang aku planning sebelum ini
tidak boleh dilaksanakan – namun – menurut SV – lebih baik jika aku siap siaga dengan kemungkinan yang akan aku hadapi semasa viva kelak
seusai pertemuan
tersebut – aku termenung seketika – jauh benar pandangan SV – mana tidaknya – aku baru bermula dengan
perbincangan tentang design bagi framework – sedangkan SV aku telah melihat
dengan pandangan yang terlalu jauh – sehingga ketahap viva
disaat kelapangan - aku membelek belek blog DrOT
– terjumpa satu posting
Tajuk 538 –
Kenapa takutkan Viva Voce – 33 soalan bocor sebelum ko buat kajian !!
rupanya pandangan DrOT
sealiran dengan SV
kemungkinan ada benarnya
untuk menyiapkan diri menghadapi apa sahaja yang bakal berlaku semasa viva kelak – biarpun ianya masih terlalu jauh – sekurang kurangnya jawapan telah
pun terpahat kukuh diminda - sesi tepis menepis dan tai chi - akan lebih mudah agaknya
so – bagi yang baru
bercadang cadang untuk mencari apakah research yang sesuai untuk menyambung
pengajian – posting dari DrOT sangat membantu - bacalah soalan bocor tersebut
25 February 2014
satu peringatan
Belajar Master atau PhD adalah pilihan kita…..bukan
perkara wajib seperti fardu ain…..tapi hanyalah fardu kifayah
jadi…..perkara wajib adalah urusan kita menguruskan
tanggungjawab sebaiknya dengan keluarga…..jangan kerana sambung belajar…..keluarga
terabai
dan.....urusan dengan masyarakat juga wajib
PhD bukan menutup kebebasan…..PhD proses mendapatkan ilmu
dan pengalaman…..agar menjadi hamba Allah SWT yang lebih bertaqwa untuk
persediaan berjumpaNya kelak
Letakkan perkara wajib dan sunat ditempatnya
Selamat belajar buat semua
Moga berjaya mencapai redha Allah SWT
Wallahua'lam
<edited>
credit to Sofiah Mohamed
Doctorate Support Group
18 February 2014
Status Update - KerjaBelajar - Jan Feb 2014
belajar pun nak kena update status kerr....ingatkan FB sahaja yang perlu di update.....perlukah?
bagi aku amat perlu.....sebagai motivasi untuk diri sendiri.....boleh juga digunakan sebagai benchmark.....melihat kepada prestasi diri dalam sela masa tertentu
setakat ini:-
Chapter 1 - Introduction - complete 100%
Chapter 2 - LR - complete 40% - last subchapter 2.6
Chapter 3 - Research Methodology - complete 80%
Chapter 4 - 0%
Chapter 5 - 0%
Mengapa Chapter 3 mendahului Chapter 2?
Yelahh....nak buat research mestilah KENA bermula dengan writing Chapter 3.....baru boleh bergerak....jika tidak....kelak teraba-raba dalam kesamaran.....walau Chapter 1 - 3 dah disiapkan....ini lebih kepada draf....banyak yang perlu di edit dan dimasukkan seperti latest articles dan lain-lain.....sekurang kurangnya body of writing dah ada....
Semua ini berkat dari pembelajaran melalui DrOT
Semoga Allah memberikan kelapangan serta kesihatan yang terbaik untuk aku terus membaca dan menulis.....diterjah dengan migrain yang terlampau baru-baru ini membantutkan sedikit prestasi
15 February 2014
sambungan pendidikan - tikus makmal
rupa rupa yang apa yang aku kisahkan sebelum ini adalah perkara yang betul - statement guru di dalam entri sebelum ini juga betul <klik sini>
hari ini aku mendapat email dari seseorang - link kepada aku satu blog yang turut menyentuh tentang pbs <klik sini>
dibawah ini aku sertakan pandangan dan ulasan dari blog tersebut
10 SEBAB KENAPA PBS PERLU DIMANSUHKAN
10 Sebab Kenapa PBS Perlu Dimansuhkan
Oleh: Cikgu Veteran
Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini.
Sehingga kini masih banyak perkara yang berbangkit dan tidak selesai. Malah suara dan pandangan para sering ditolak ke tepi dan setiap kelemahan sistem ini tidak diselesaikan dengan sewajarnya.
Oleh itu, ada 10 sebab UTAMA Mengapa PBS jadi dasar caca-marba dan WAJIB DIMANSUHKAN:
PERTAMA:
Arahan berbeza antara KPM, JPN, PPD dan sekolah dan guru. Masalah ini dihadapi tiga tahun berturut-turut tanpa ada penambahbaikkan daripada pihak KPM.
*Alasan KPM - Kecairan maklumat.
KEDUA:
Pemahaman berbeza antara JU Kebangsaan, JU Negeri, JU Sekolah dan guru-guru.
*Tiga tahun juga tiada perubahan.
KETIGA:
Penggubalan soalan berbeza antara negeri-negeri, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.
*Terdapat pula jualan BUKU EVIDEN untuk PBS sedang ia menyalahi sistem PBS ini.
KEEMPAT:
Pelaksanaan PEPERIKSAAN DALAMAN bagi membuat penilaian kepada murid dan PBS tidak berfungsi.
*Peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun tetap dijalankan.
KELIMA:
Pemarkahan yang berbeza mengikut suka hati guru tanpa ada rujukan penilaian.
Contoh: Ada guru mahu pelajar memberikan tiga contoh, manakala ada yang lain cukup satu contoh sahaja.
KEENAM:
Dalam tempoh 15 hari, KPM boleh menggubal dasar yang tiada hasil percubaannya. Tiada 'Pilot Project' atau dikenali projek perintis.
*KPM mahu jadikan murid Tingkatan 3 tahun 2014 sebagai percubaan.
KETUJUH:
Murid yang pandai akan diberi soalan susah untuk mendapat BAND 6. Murid yang kurang cerdik akan diberi soalan mudah bagi mencapai BAND 6.
KELAPAN:
Garis panduan Dokumen Standard Prestasi yang berbeza dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau dikenali sebagai SILIBUS.
*DSP kena habiskan, Silibus wajib habiskan? Pertindanan.
KESEMBILAN:
Sistem Online yang lemah dan tidak mampu diatasi TIGA TAHUN berturut-turut. Terlalu banyak eviden yang perlu dimasukkan. Tidak efektif.
Contoh: Dalam sistem peperiksaan contohnya SAPS. Hanya markah akhir sahaja perlu dimasukkan.
KESEPULUH:
SPPBS dibangunkan oleh DUA SYARIKAT berbeza dan kos yang dikeluarkan tidak berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan. Pembaziran sangat besar berlaku.
KESIMPULAN:
Sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM dengan nama PPMR bagi menggantikan PMR sebenarnya adalah SISTEM BIDAN TERJUN.
Ucapan YDP PIBG yg menyentuh hati.......
" .......negara Jepun yg tewas dlm perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yg singkat. Begitu juga Korea yg musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ........"
Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu...kemudian tukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI)....kerana alasan istilah Sains banyak dlm bahasa Inggeris...kemudian dihentikan PPSMI...tukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bhs Inggeris.....sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.....apa yg berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yg mahir BI, tetapi mat salih tu yg pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar bbp kali. Mula2 Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yg terkini tukar balik kpd Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yg dibelanjakan utk menukar2 tu tak dapatlah nak dihitung! Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru2 diarah menghafal setiap ayat....kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru.....sekarang ada pulak pppm, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan....dan macam2 lagi... Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kpd akademik semata2.,,tambah 3 lagi aspek pentaksiran....sistem komputer pulak yg sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru2 terpaksa berjaga ke 3 pagi.....kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan2 guru dari negara jiran......
Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita masih terkial2 mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yg dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yg berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang!
Produk pendidikan kita juga terkial2 tidak menjadi.....murid2 semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir drp hidup mereka....di sekolah, masalah2 disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan2 disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an.... Kalau diubahpun, ia diubah kpd yg lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan....
Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan.... Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan...maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kpd kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan org2 yg diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kpd kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya utk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yg memudhoratkan!

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/02/10-sebab-kenapa-pbs-perlu-dimansuhkan.html#ixzz2tJxRiPUq
jadi apa yang aku gusarkan - sebetulnya perkara yang patut di risaukan oleh semua parents...
maka aku tidak keseorangan didalam kegusaran ini!!!
13 February 2014
pendidikan - tikus makmal
kini timbul kembali isu Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)
PBS dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid tingkatan satu - dan
menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam
pelbagai segi - berbanding berorientasikan peperiksaan
kebetulan Ahad – 9/2/2014 –
sekolah anak aku mengadakan sesi perjumpaan waris bagi pelajar tingkatan 2 – berfokus
kepada penerangan PBS dan mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun – hahaha –
PBS mana ada exam – sebab ianya berformula dengan band dan tidak berorentasikan peperiksaan- betul kerr!!
tapi inilah kelebihan sekolah anak aku – pihak
sekolah tetap melaksanakan peperiksaan akhir untuk mengetahui prestasi pelajar –
mereka kembali kepada sistem lama untuk mengukur prestasi pelajar – ini
menunjukkan bahawa sistem peperiksaan penting –ianya mengukur prestasi dan
penguasaan ilmu pelajar – apatah lagi - sekolah ini adalah sekolah berprestasi
tinggi – mereka perlu tahu tahap prestasi pelajar mereka - apatah lagi untuk dibuat unjuran dan sasaran prestasi
sesi bermula dengan penerangan
PBS dari pengetua – penerangan dari guru yang menjadi tulang belakang PBS
sekolah - semuanya dalam kesamaran – apatah lagi bila sesi soal jawap antara
waris dan pihak sekolah – semuanya penuh dengan tanda tanya tentang perlunya
PBS – menyoal tentang kecekapan PBS menentukan prestasi pelajar dan yang paling lucu - waris hanya dapat tahu tentang prestasi anak hanya pada april nanti - bayangkan - persekolahan tingkatan 1 dah tamat november 2013 - tetapi prestasi diketahui april 2013 - banyak lagi yang dibincangkan – dan aku malas nak tulis disini sebab tiada jawapan terbaik
duduk di sebelah aku – rupa rupanya
seorang guru sekolah – beliau berkhidmat di sekolah lain – juga mempunyai anak
di tingkatan 2 – beliau nyatakan – sememangnya tidak menjadi sesuatu yang
memeranjatkan jika pengetua atau guru tidak dapat menjawap soalan waris –
kerana pihak atasan sendiri pun tidak pernah untuk memberi penerangan yang
betul tentang PBS!!! – hahaha ini menarik! - ini statement guru
aku tidak pasti samada guru ini
memberi maklumat yang betul atau tidak -
jika benar – alangkah malangnya
pelajar kini kerana menjadi tikus makmal untuk satu sistem pendidikan yang tiada tunjang tetapi mahu pohon yang merendang
jadi kesianlah pengetua dan guru guru - bersusah payah menepis soalan dari waris - sedangkan mereka sendiri tidak dibekalkan dengan penerangan yang sebenar benarnya
pemimpin oh peminpin – tahukan anda
tentang apa yang sedang anda perjudikan sekarang - banyak sangat try and error
kerugian bukannya sekarang - tetapi impaknya 20-30 tahun lagi - apabila - pelajar pelajar ini pula menjadi pemimpin hasil dari PBS!
Subscribe to:
Posts (Atom)