10 March 2014

siap siaga...soalan dah bocor


dalam pertemuan dengan SV – aku diminta untuk mencari kaedah yang lebih baik bagi research – perlu permurnian yang lebih mantap - bukan bermakna apa yang aku planning sebelum ini tidak boleh dilaksanakan – namun – menurut SV – lebih baik jika aku siap siaga dengan kemungkinan yang akan aku hadapi semasa viva kelak

seusai pertemuan tersebut – aku termenung seketika – jauh benar pandangan SV  – mana tidaknya – aku baru bermula dengan perbincangan tentang design bagi framework – sedangkan SV aku telah melihat dengan pandangan yang terlalu jauh – sehingga ketahap viva


disaat kelapangan - aku membelek belek blog DrOT – terjumpa satu posting
Tajuk 538 – Kenapa takutkan Viva Voce – 33 soalan bocor sebelum ko buat kajian !!

rupanya pandangan DrOT sealiran dengan SV

kemungkinan ada benarnya untuk menyiapkan diri menghadapi apa sahaja yang bakal berlaku semasa viva kelak – biarpun ianya masih terlalu jauh – sekurang kurangnya jawapan telah pun terpahat kukuh diminda - sesi tepis menepis dan tai chi - akan lebih mudah agaknya

so – bagi yang baru bercadang cadang untuk mencari apakah research yang sesuai untuk menyambung pengajian – posting dari DrOT sangat membantu - bacalah soalan bocor tersebut


No comments:

Post a Comment