13 March 2013

Talian Hayat Kedua


hari ini aku didatangi oleh rakan lama....rakan yang  bersekolah rendah hingga ke sekolah menengah bersama.... cuma apabila di dalam tingkatan 4 masing masing membawa haluan .... aku ke Pulau Pinang manakala rakan aku ke Alor Setar....

 rakan aku kini seorang kontraktor yang berjaya....bermacam jenis bisnes yang di jalankan dan semuanya membuahkan hasil yang mengalakkan....semoga rezekinya sentiasa bertambah.....

perbualan kami berlegar tentang alam persekolahan dahulu ---- satu statement yang amat menarik untuk aku tulis
katanyadahulu kita ada 2 kumpulan pelajar – satu kumpulan yang betul betul belajar – dan 1 kumpulan lagi kaki hisap rokok dan merapu....tetapi dahulu kalau hisap rokok – merapu – tetap belajar - tak macam pelajar sekarangkalau hisap rokok – merapu – mesti tidak belajar

aku amat bersetuju dengan kata kata ini.....benar sekali....jika kita lihat kepada senario...ini yang di hadapi oleh pelajar kini....MERAPU DAN TIDAK BELAJAR....TETAPI NAK HIDUP MEWAH....

sebagai pensyarah...aku lihat kebanyakan pelajar aku tidak insaf dengan apa yang telah mereka lalui semasa di sekolah menengah....kecundang dalam pelajaran.....tercicir dari rahmat guru...hanya kerana mereka  berpaksikan kepada keseronokan yang bersifat sementara....

belajar di  tempat kerja aku sebenarnya adalah talian hayat kedua untuk mereka menjadi INSAN....di sini pelajar  yang tidak berjaya semasa SPM  diberi latihan vokasional supaya mampu untuk merubah hidup masa hadapan....

tetapi sebahagian dari pelajar masih dengan perangai yang sama...kehadiran ke kuliah untuk belajar langsung tidak ambil peduli....ada juga yang belajar separuh jalan.....akhirnya kecundang untuk kali yang kedua....

sebagai pensyarah...aku ingin jadikan pelajar aku seorang  INSAN – BUKANNYA  MANUSIA(insan adalah orang yang berjaya di dalam hidup ---- manakala manusia adalah kanivor)

TETAPI.....mereka ini sebenarnya menolak tuah...kejayaan yang ingin kita semai --- kegagalan yang mereka buru.....

pandangan aku...faktor ini berkemungkinan kerana  generasi kini hidup di dalam serba kemewahan ---- semuanya tersedia dan terhidang di depan mata...tak belajar pun tidak mengapa...tak berjaya dalam hidup pun tidak mengapa...kerana ibubapa telah menyediakan semuanya --- (mana mungkin salahkan ibubapa kerana pelajar ini yang bermasalah --- betul!!)

bayangkan generasi yang akan datang LAHIR NYA dari generasi ini.....goyang dan goyah bangsa dan negara --- SETUJU?

KONKLUSI ---- kami dahulu TIDAK MEROKOK --- MERAPU ---- DAN TETAP BELAJAR ... kerana itulah aku dan rakan berada di landasan yang betul





20 January 2013

BeyRo


Dah seminggu BeyRo tak balik (dari 12 Jan 2013).....selalunya tak macam ni....paling lama tak balik pun dalam 2 hari saja....sejak BeyRo matang.....inilah rutin dia (dia??)....sesukar  mana pun dia tentu balik.....hujan lebat sekalipun BeyRo tentu balik.....ini dah masuk 1 minggu.....dan pengalaman aku....kalau dah tak balik dalam 1 minggu.....bermakna BeyRo dah tak ada lagi dalam dunia ini....itu aku cukup tahu.....ini bukan kali pertama berlaku dekat aku....kucing yang dah tak balik lebih dari 3-4 hari, bermakna telah pergi meninggalkan aku terlebih dahulu.....BeyRo adalah kucing kesayangan keluarga aku....kami jaga dari kecil lagi....masih dalam menyusu....dari kecil sampai dah matang....BeyRo tidur dengan aku atau dengan achik....antara anak anak aku.....achiklah yang paling menyayangi BeyRo....achik belai BeyRo macam belai anak patung.....dodoi masa tidur....bercakap dengan BeyRo...seolah olah dia kakak....dan kadang kadang suap makanan dekat BeyRo.....Apa istimewanya BeyRo??......BeyRo tak pernah berak atau kencing dalam rumah....itu yang membezakan dia dengan kucing kucing yang pernah aku bela....tak pernah sekali pun aku atau wife buang najis BeyRo dalam rumah.....sebab itu aku berani bagi BeyRo tidor dengan aku atau achik....kalau pintu tertutup dan BeyRo nak berak atau kencing .....dia pasti akan mengiau dekat muka pintu....tahulah kami BeyRo nak keluar dan minta pintu dibuka....seperkara yang buat aku cukup teringat dekat BeyRo adalah apabila aku balik dari office....kata wife aku....kalau BeyRo tengah tidor sekalipun...dengar sahaja injin kereta aku...dia pasti bangun.....tunggu aku depan pintu....lepas aku masuk dia minta aku belai dia dulu.....bagi makan ....walaupun sebelum itu wife atau anak anak aku dah bagi makan....BeyRo tetap minta aku bagi makan...tunggu sekejap sebelah dia.....baru aku boleh buat kerja lain....selagi aku tak bagi makan atau tunggu dia makan....pasti dia akan ganggu aku nak berjalan....BeyRo kalau tidor...mesti dihujung kaki aku...atau sebelah rusuk aku....cium kaki sambil mengeliat...itulah tabiat BeyRo....Kalau nak tinggal rumah 2-3 hari.....aku letak makan banyak banyak dalam rumah.....buka tingkap.....senang dia nak keluar masuk.......BeyRo kucing yang penakut.........sewaktu aku nak pergi ke majlis konvo di Perlis dahulu....aku bawa BeyRo bersama.....sebab kesian BeyRo tak makan nanti....tak ada orang nak bagi makan dalam 3 hari....sebenarnya BeyRo tak pernah makan nasi atau ikan....makanan dia ProDiet sejak dari kecil....kalau bagi nasi atau ikan...memang dia tak makan....sekarang stok ProDiet BeyRo ada 2 packet (1.5kg/packet) yang masih belum dibuka.....Anak aku.....Achik asyik tanya aku....bila BeyRo nak balik....jadi malam tadi, aku terang dekat achik...kemungkinan BeyRo dah tak ada lagi di dunia ini....berubah wajah achik....aku tahu dia sedih....tapi aku kata...kalau kita ke Australia pada Julai nanti siapa nak bagi BeyRo makan......siapa nak bagi BeyRo mandi....siapa nak jaga BeyRo dalam 3 tahun...jadi kalau BeyRo dah meninggalkan kita...itu mungkin satu rahmat.....moga moga achik faham....tapi aku tahu kesedihan hati achik...sebab aku sendiri pun sedih....2 -3 hari sebelum BeyRo hilang...aku ada berbincang dengan wife tentang BeyRo.....macam mana nak tinggal BeyRo selama kami sekeluarga ke Australia.....bukan sehari dua...tapi bertahun.....keputusan sukar dicapai.....aku ada terniat untuk bawa BeyRo bersama....itu bergantung kepada kos....tapi aku memang nak bawa BeyRo bersama......tapi itu satu minggu yang lalu...kini pasti BeyRo dah tiada....tiada untuk selamanya....BeyRo = Bey (belang) Ro (Row – berbaris baris)

06 January 2013

Pesan Buat Teman: Sukahati

Teman....ramai rakan rakan sedang memperkatakan tentang diri kamu...kamu yang semakin jauh....aku tidak mampu berkata kata melalui lisan....menasihati dan memujuk....cukup dengan sedikit teguran....mungkin mampu membuat kamu bermuhasabah kembali....kembali ke asal.....
Kekuasaan Manusia Itu Lemah.....manusia tidak memiliki kekuasaan untuk mendatangkan mudharat, manfaat, kematian dan kehidupan kepada orang lain....manusia juga tidak mampu untuk membangunkan anda dari kubur, dan tidak pula dapat memberi ganjaran pahala serta seksa.... 
berapa ramai yang di atas telah jatuh.....tentu kamu memahaminya...



05 January 2013

01 January 2013

2013


alhamdullilah tahun 2012 telah melabuhkan tirainya...bermula pula 2013....di dalam posting FB aku diawal tahun 2012...aku ada menulis semoga tahun 2012....tahun yang gembira lagi mengembirakan aku....
syukur...kerana tahun 2012 sememangnya tahun gembira dan mengembirakan aku dan juga family....dengan kejayaan di dalam kerjaya aku....serta kejayaan anak anak...semuanya mengembirakan aku,...dengan kata mudah...KPI 2012 tercapai....
kini masuk 2013....dan di dalam tahun ini dengan 365 helaian yang masih kosong...aku mengharapkan tahun yang penuh dengan kejayaan....kecemerlangan dan kegembiraan yang melimpah ruah...In Syaa Allah...




26 December 2012

tipu datang lagi


dimalaysia..kita hidup dalam keadaan bermusim...musim banjir...musim tengkujuh...musim bersunat (kalau di tempat aku lebih dikenali sebagai masuk jawi)...musim kahwin...dan pelbagai musim lagi...

kalau dilihat...kesemua musim yang aku nyatakan...berlaku dalam bulan nov hingga dis...iaitu musim budak budak cuti sekolah...>>musim lagi<<...TAHU KAH ANDA....ada satu lagi musim di dalam bulan nov – dis...iaitu musim membeli atau menyediakan peralatan persekolahan anak anak...

dalam musim ini..tokey kedai kasut...kedai pakaian seragam...kedai beg dan kedai sealiran dengannya.....pasti tersenyum sampai ke pipi...tokey tokey ini akan mengadakan jualan Year End Sale >>YES<<...khas menjerut leher.....konon kononnya menawarkan harga termurah...benarkah murah???


aku adalah orang yang kurang yakin dengan taktik jualan murah ini...setahu aku mereka akan meletakkan tanda harga yang lebih tinggi....kemudian membuat potongan sehingga 30 – 50%...TETAPI KEUNTUNGAN telah pun diserap terlebih dahulu...tak percaya!!!...cubalah bandingkan harga sebelum masuk kepada bulan nov – dis...tak ada perubahan pun!!!...

Cuma gedung perniagaan besar sahaja yang membuat tawaran YES dengan kadar yang sebenar...itupun kerana mereka tertakluk dengan akta jualan murah yang terpaksa di mohon kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna



TETAPI adakah orang kampung akan masuk ke pusat membeli belah seperti GIANT, TESCO atau PARKSON....(bukan niat untuk memperkecilkan KUASA membeli mereka).....nak jejak kaki kesini pun mereka akan berfikir berkali-kali takut harga lebih mahal..dan akhirnya membeli belah di kedai tokey seperti yang aku nyatakan diatas...dan lantas kena SEMBELIH ....

dari segi kualiti...membeli barangan persekolahan di pusat membeli belah sememangnya tidak perlu dirisaukan...aku bukannya nak “promot” pusat membeli belah ini...tetapi aku kasihan dengan orang orang sebangsa aku yang kena tipu dengan tokey...



ini ada satu cerita yang aku hadapi sendiri...2 minggu lepas..ada satu kedai menjual buku mengadakan JUALAN KEMBALI KE SEKOLAH...dan aku sememangnya ingin mencari buku rujukan untuk anak anak...harga yang ditawarkan sehingga 70%...DAN jangan TERTIPU...kerana buku yang ditawarkan dengan harga berikut adalah buku yang diterbitkan pada tahun 2009 dan 2010...cuba kita renung..pada tahun yang dinyatakan bagi subjek matematik dan sains bagi murid tahun 2 adalah di dalam bahasa inggeris...dan sepastinya buku yang diterbitkan pada tahun itu di dalam bahasa inggeris...jika kita terbeli buku tersebut...adalah relevan untuk digunakan pada tahun persekolahan 2013 yang pembelajaran di dalam bahasa malaysia...ini adalah satu teknik penipuan untuk menghabiskan stok mereka...meletakkan diskaun sehingga 70%..sedangkan buku tersebut tidak boleh digunakan untuk pembelajaran...

moral of the story....bijak berbelanja...elak penipuan...dan cari barangan yang berkualiti...kita sebagai pengguna yang akan mengeluarkan wang seharusnya berhati hati...

06 December 2012

biasiswa gomen


rakan baik aku kata...aku bertuah...bertuah kerana sepanjang aku belajar...aku dapat sponsor dari gomen...TAPI dari pihak aku...aku tidak setuju!!...aku bukannya bertuah...tetapi itu adalah rezeki...memang benar... sepanjang aku belajar...aku dapat sponsor gomen...tapi itu CUMA bermula dari first degree aku...seterusnya master...dan terkini phd...

...tapi ramai yang tidak tahu...bahawa aku tidak pernah mendapat biasiswa sepanjang pengajian aku di peringkat sekolah rendah mahupun menengah...walaupun aku tinggal dengan datuk (a.k.a Pak)...yang pendapatnya berapalah sangat...dan juga disara oleh Abah dan Mama....aku cukup ingat...semasa di sekolah rendah...tiap tiap tahun..cikgu akan bagi borang biasiswa kecil persekutuan (BKP) untuk diisi...aku bawa balik....isi...kemudian pak akan dapatkan tandatangan wakil rakyat...sebagai pengesahan pendapatan...pendapatan pak pada masa tu cuma berapa ratus sahaja... wakil rakyat yang akan pak jumpa adalah YB Hashim (MP Merbok – pada era 80an)...kebetulan YB Hashim tinggal diseberang jalan di hadapan rumah lama kami...mungkin sebab itu pak mudah untuk jumpa beliau....DAN dengan pengesahan dari wakil rakyat pun aku tidak berjaya untuk mendapat BKP....


... sepanjang bersekolah rendah...aku tidak pernah menerima apa apa bantuan...hatta rancangan makanan txxx...apatah aku pun dah lupa...seingat aku ada tulis RMT sahaja.....aku ingat RMT kerana pada masa itu aku pengawas yang selalu bertugas dekat kantin bila waktu rehat...ramai juga kawan kawan aku dapat makan free hasil dari program RMT....terima kasih kepada kawan kawan yang kadang kadang berkongsi makan dengan aku....masuk sekolah menengah pun sama sahaja...dari sek men ibrahim...hinggalah ke sekolah men teknik pulau pinang..aku tak dapat apa apa biasiswa dan bantuan KECUALI Bantuan Buku Teks (hahaha)...terkadang jelous juga dengan kawan kawan yang dapat BKP ni...walaupun nilainya Cuma $360 (kalau tidak silap)...tapi cukup besar pada aku....macam macam boleh dapat dengan duit sebanyak itu dalam tahun 87-88....


jadi perbelanjaan sekolah....semuanya atas tanggungan dari pak dan abah.....tamat saja sekolah menengah...aku ke politeknik...disinilah aku baru merasa duit biasiswa...itupun bukannya duit biasiswa dari gomen...ramai juga kawan kawan yang dapat biasiswa kementerian pelajaran malaysia (biasiswa KPM) pada masa itu....aku pula dapat biasiswa dari swasta...biasiswa yang diberi oleh LION GROUP...itupun di tahun akhir pengajian.....


...biasiswa ini aku dapat semasa berada di semester 3...sewaktu pemilihan untuk tempat praktikal..aku dipilih untuk masuk interview (mungkin sebab pointer tinggi dari rakan sekelas yang lain)....setelah berjaya dalam interview...aku diarahkan untuk ke kemunting, taiping bagi menjalani pratikal...disana baru aku diberitahu bahawa LION GROUP bersetuju untuk bagi biasiswa....jumlah $5000....wow....syukur..ahhirnya merasalah juga duit biasiswa...tapi aku kena bonded selama 2 tahun dengan lion group dan bekerja di silverstone tire di kemunting...bonded pun tak apa...sebab lepas belajar memang cadang nak kerja sahaja...further study tak ada dalam kamus hidup aku masa itu...


...duit biasiswa Lion Group aku dapat semasa berada di semester 4...ambil keputusan aku simpan dan guna sikit sahaja untuk makan dan bayar sewa rumah ....cadang untuk beli motor bagi kegunaan aku semasa bekerja nanti...dah selesai pengajian di poli....aku pun beli motor dan mulakan hidup sebagai pekerja di kemunting taiping....-pergi kerja dengan bulan...balik pun dengan bulan.....pendek kata kerja-kerja-kerja...


...motor dari duit biasiswa ni masih ada sampai sekarang...aku bagi dekat adik aku untuk guna...banyak kenangan motor nie...


...bila dah bertahun tahun kerja...aku mula bosan....jadi cadang untuk belajar semula....


....DAN kisah biasiswa GOMEN bermula.....


...biasiswa untuk first degree aku dari KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA....kena bonded 4 tahun...tak apalah sekurang kurangnya aku tak perlu susahkan pak dan abah lagi....dengan duit itu..kadang kadang cukup..kadang kadang tidak...tetapi aku tetap hargai...bukan senang nak dapat duit PERCUMA tanpa kena bayar balik....tapi yang sedihnya...ada rakan rakan yang dapat duit biasiswa...terus joli...beli kasut..jeans....akhirnya dalam masa seminggu duit pun dah tak ada....pinjam kiri dan kanan...


...aku pula simpan duit untuk makan..pakai apa yang ada...kalau boleh duit biasiswa nak bagi cukup sampai hujung semester.......untuk duit tambang balik kampung pada akhir semester..aku main kutu dengan rakan rakan yang senasib...sekurang kurangnya nak balik kampung mesti ada duit bas!!!....kami main kutu dari tahun pertama hingga ke tahun akhir....terima kasih Lan (pegawai besar di JPS Perak sekarang), Abang Ali (sebijik macam M Zain dalam filem Labu Labi – Manager Kilang di Penang)...mereka inilah yang menjadi banker KUTU....kadang kadang tak cukup juga...aku calling calling abah...maksu... pada masa di tahun akhir..banyak duit aku habis buat siapkan thesis....


...untuk peringkat master..aku dapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)...biasiswa bergaji penuh dengan cuti sepanjang pengajian...satu bonus dari GOMEN untuk aku...2 tahun cuti untuk study....aku habiskan pengajian aku genap 2 tahun...aku bukannya kaki extent....aku suka grad on time...dengan duit biasiswa ini pun aku beli motor...aku bagi tahu dekat wife aku...kalau orang pergi oversea dengan biasiswa akan bawa balik kereta...jadi aku dekat Malaysia...kalau tak beli apa apa sia-sia sahaja duit biasiswa...beli motor pun jadilah...dengan motor inilah aku buat pergi masjid sekarang ini..banyak jasa tu!!!....


...sekarang sekali lagi aku dapat HLP untuk phd...dan duit biasiswa GOMEN ini pastilah aku tidak sia siakan.... bukan senang nak cover satu family nanti....tapi aku teringat satu pesanan dari rakan ...SELAMAT MENJADI ORANG SUSAH di BUMI ORANG....


**satu pertanyaan...cukup kerr duit biasiswa ni nanti....nak kena buat kerja partime baru cukup gamaknya**


apa apa pun...terima kasih GOMEN kerana bagi aku kesempatan merasa duit biasiswa...walaupun aku bukan lagi di bangku sekolah lagi...