29 February 2016

keliru



serius....saya benar benar confius.... betulkah apa yang saya tulis

selama 3 minggu saya menulis tentang binary-tertiary-quaternary phase diagram

3 minggu....tanpa melihat kerja lain....tetapi semakin banyak yang ditulis....dan.....dirujuk.....makin bertambah kekeliruan saya

sepatutnya saya tidak perlu lagi menulis untuk chapter 2.....tetapi apabila hendak di masukkan result di dalam chapter 4....tiba tiba kena pula mengedit untuk chapter 2

makin mengedit....makin bertambah persoalan....makin bertambah keliru



bukan saya tidak faham....tetapi terlalu banyak phase diagram muncul lepas rujuk kepada journal

lepas satu....satu....semuanya dirasakan bertepatan dengan kajian

ini....menjadikan saya keliru....tidak tahu yang mana satu sepatutnya perlu dimasukkan

yang mana satu perlu menjadi priority untuk rujukan di dalam chapter 4

saya benar benar perlukan satu phase diagram yang menepati kehendak saya untuk dimasukkan di dalam chapter 2....malangnya tiada

ini semua terjadi kerana alloy yang saya gunakan mempunyai lebih daripada 5 element

lihat tulisan saya berkenaan alloy yang digunakan

"The AA332 (AlSi12CuFe) alloy are usually have some coexisting elements, such as Mn, Mg, Ni, Zn, Ti, Pb and Sn. These elements partly dissolve into solid solution in the matrix and forming intermetallic compound during solidification (Hurtalova, Tillova, & Chalupova, 2012). As known, the presence of additional elements in the AA332 alloys allows many complex intermetallic phases to form, such as binary, ternary and quaternary phases. Therefore, the evaluation of a complex system is very difficult, as all constituent elements can form different phases whose selection depends on the ratio between alloying elements."

"Moreover (Belov, Eskin, & Avxentieva, 2005) noted that the quaternary systems constitute of the Al–Cu–Fe–Mg–Ni–Si system as follow: (i) Al–Cu–Fe–Si; (ii) Al–Cu–Mg–Si; (iii) Al–Cu–Ni–Si; (iv) Al–Fe–Mg–Si; (v) Al–Fe–Ni–Si; and (vi) Al–Mg–Ni–Si."

ini bermakna saya perlu merujuk banyak phase diagram sebelum boleh menyatakan apa yang terbentuk selepas proses selanjutnya

ini antara phase diagram yang telah saya tulis di dalam chapter 2

tetapi ada banyak lagi yang berkaitan.....persoalannya yang mana satu!!!

saya bingung






semoga Allah memberi petunjuk kepada saya

10 February 2016

masih ada yang peduli


ini cerita tentang anak sulung saya - Muhammad Aliff Naif

seluruh keluarga memanggilnya Along – baik sebelah keluarga saya mahupun di sebelah keluarga isteri saya

Along bekas penuntut Sek Men Sains Kepala Batas - berusia 18 tahun pada tahun ini – sedang menunggu keputusan SPM – keputusan trialnya adalah 8A

selesai SPM – dia cuma makan tidur 1 minggu sahaja – kemudian dia mengambil keputusan untuk bekerja sementara – alasannya bosan duduk sahaja

hampir 2 bulan Along bekerja sementara di stesen minyak berdekatan rumah – sepanjang dia bekerja – dia selalu juga bercerita tentang pelanggan yang ditemuinya

ada yang peramah – ada yang suka mengarah dan bermacam bentuk lagi perangai manusia
saya kira Along telah melalui satu proses mengenali insan dunia luar – tidak seperti dahulu – hanya dikelilingi oleh rakan rakan se asrama sahaja

dia selalu bercerita tentang pelanggan - ada pelanggan yang bermurah hati memberi sedikit imbuhan apabila dia menolong mengisi minyak – ada juga pelanggan yang marah marah apabila dia tidak tahu untuk membuka penutup tempat isian minyak - tidak kurang juga ada yang bertanya mengapa dia bekerja – sedangkan umur masih muda – ada juga yang menasihatinya tentang pentingnya pelajaran

saya kira ini adalah insan insan yang masih mahu mengambil peduli tentang anak bangsa
mereka tidak mahu melihat anak bangsa membuang umur muda begitu sahaja

terima kasih kerana mahu mengambil tahu dan memberi nasihat kepada anak saya


pastinya ini adalah satu pengalaman yang cukup bermakna dalam hidupnya…….

03 February 2016

doakan untuk saya


“ya Tuhan ku….sesungguhnya aku ditimpa penyakit…..maka Engkaulah Ya Allah yang maha mengasihaniku….dan merahmati ku”

ini adalah potongan ayat dari doa Nabi Ayub kepada Allah – mohon di sembuhkan penyakit

dan saya kini juga di timpa penyakit

saya di serang minor stroke – sebelah kiri

hampir satu minggu – pergerakan saya agak terbatas

hampir satu minggu juga saya tidak dapat meneruskan kerja belajar saya seperti biasa

saya tidak minta sebegini – tapi Allah yang maha mengetahui – pasti ada kebaikan disebaliknya – kerana Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa kebaikan – pastinya dosa dosa saya sedang diampuni Allah dengan musibah ini - InShaaAllah

tika pergerakan saya terbatas - saya sentiasa membaca doa ini – semoga saya beristiqomah

saya juga sedang berusaha berubat


mudah mudahan Allah memberi penyembuhan kepada saya untuk saya meneruskan kerjabelajar saya yang tinggal beberapa peratus sahaja untuk di selesaikan

mohon doakan untuk saya