31 December 2015

Welcome 2016





Alhamdullilah....tamat 2015
tahun yang kurang menyinar
tetapi tidak terlalu mendukacitakan
berjaya juga mengharunginya

memasuki 2016....bermakna....lagi 10 bulan
sebelum kembali kepada tugas hakiki
mudah mudahan 2016 memberi kejayaan
kepada apa yang diusahakan selama ini
InShaaAllah








Manuscript Terakhir 2015



Alhamdullilah - menutup tahun 2015 dengan berjaya menyiapkan manuscript ke 4 

diharapkan manuscript ini berjaya terpilih untuk ICoFM 2016 yang akan diadakan pada 28 Mei 2016 nanti 

(http://icofm.unimap.edu.my/index.php)



dengan itu KPI 2015 telah tercapai matlamatnya 

 

15 December 2015

Tahniah Angah



Alhamdullilah - result PT3 2015 - telah diumunkan

Angah salah seorang calon

Tahniah Angah kerana memperolehi 8A 2B

Dari riak wajah Angah - aku tahu ada riak kekecewaan

Tetapi - keputusan itu adalah cukup cukup TERBAIK

Ianya telah di tentukan oleh Allah untuk Angah

Allah adalah perancang yang TERBAIK


Angah seorang yang committed dalam study

Dia AMAT rajin berusaha  - dia akan berusaha untuk memahami pembelajarannya

Aku tahu itu - kerana Angah anak aku

Tahniah Angah

Ini adalah permulaan - TERUSKAN KECEMERLANGAN


Angah bersama GURU BESORnya...my mem

11 December 2015

tak bijak tapi jangan malas


aku bukan dilahirkan bijak – acapkali mendapat nombor tercorot di sekolah rendah – tidak pernah berada dalam kelas nombor 1 mahupun nombor 2 – yang terbaik hanya di dalam kelas nombor 3 – itupun sewaktu darjah 4 dan darjah 6

aku tidak bijak kerana aku tidak berusaha – aku kurang bijak kerana aku malas – itu satu penyakit

aku tinggal dengan tok dan wan– aku panggil mereka pak dan mak - apa yang mereka tahu – aku mesti ke sekolah – balik sekolah – beg di tinggalkan – terkadang kerja sekolah pun tak buat – apatah lagi nak membaca – masuk peperiksaan tak pernah buat ulangkaji – main hentam saja – apa yang aku ingat – aku jawap – yang lain lain – ikut kata hati

bila dapat report card – aku tunjuk dekat pak – sebab lebih banyak merah dari biru - pasti singgah penampar!! 

hidup sebagai budak kurang bijak – sememangnya dipandang tanpa mata oleh saudara dan guru – sebab itu – aku selalu nasihat anak anak – jadi budak bijak – baru cikgu sayang – kawan kawan pun susah nak ada – sebab mungkin satu bebanan kot berkawan dengan orang kurang bijak

mak selalu kata – kalau tidak bijak – nanti orang pandang hina – nak kerja budak pejabat pun tak boleh – tapi nak buat macam mana – memang aku tak bijak

pernah seorang bapa saudara berkata – nanti dia nak beli lembu untuk aku jaga – mungkin sebab tak bijak – pada pandangannya itulah pekerjaan yang sesuai untuk aku

sebenarnya aku tidak bijak kerana aku susah menguasai matematik dan bahasa inggeris – rasanya tak pernah lulus pun – aku pun tak tahu mengapa bengap sangat otak aku waktu itu 

tapi semuanya berubah bila aku ke sekolah menengah – baru aku tahu apa itu belajar – dan – bagaimana nak belajar – yang pasti

jangan malas

jangan malas

jangan malas

tak bijak boleh di lentur – dan - galakan keluarga yang paling penting

sekarang pun – aku bukannya bijak sangat – tapi aku tak malas untuk belajar


09 December 2015

satu tahun menunggu



Alhamdullilah selepas menunggu 1 tahun  - akhirnya article ini di publish di dalam Journal Contemporary Issues and Thought (JCIT) Vol 5


Dapat email dari Editor - menceriakan seketika hati yang sebetulnya agak kerisauan terhadap kerjabelajar yang dirasakan tidak seberapa pantas seperti sebelum ini


InShaaAllah - ini satu suntikan untuk terus berjuang - dan satu kekuatan untuk terus menulis


Berjuang di dalam bidang engineering untuk keredhaan Allah






full story








05 December 2015

sharing menulis article


Bagaimana aku menulis article?



kaedah menulis article – pelbagai kaedah boleh dirujuk - mengikut kepada kemampuan masing masing 

cuma disini aku share bagaimana aku menulis

aku mula dengan bahagian experimental procedure – mengapa bahagian ini? – kerana bahagian ini ada banyak source yang aku boleh absorb – contoh dari thesis sendiri – jadi menjimatkan masa penyediaan article - lagi pun apa yang patut ada di dalam bahagian introduction dan result– mesti relate dengan bahagian ini – contoh jika aku menulis tentang wear analysis dalam experimental procedure – dalam introduction dan result wajib kena ada wear – jadi aku tak akan terlepas pandang dalam kedua dua bahagian ini – menulis dalam bahagian ini tak perlu berbunga bunga

kemudian aku terus dengan bahagian result and discussion – dekat sini berat sikit – coz – nak kena banyak membaca – tetapi usah risau – jika TERjumpa apa apa yang penting – boleh masuk juga dalam bahagian introduction – terutama pada part literature review (LR) – so boleh kata buat 2 kerja dalam satu masa – dalam masa yang sama juga boleh masukkan dalam thesis jika ada yang belum lagi di masukkan – untung kan!!! 

untuk writing bahagian result – aku guna kaedah Prof Dr Azmin [CLICK]  – sebab apa aku follow stail ini – coz – agak mudah untuk aku menyusun dan menulis - jika free boleh lah tengok beberapa kaedah yang dinyatakan oleh Prof Dr Azmin dalam blog beliau - [ http://aazmin.blogspot.my/ ] 

selepas result and discussion – aku terus ke conclusion – kat sini tak heavy sangat – coz – result dah tulis – ambil yang TERPENTING dalam result - then susun ayat - IKUT flow dalam result

selesai conclusion – aku kembali pada bahagian introduction – sekali lagi aku rujuk kaedah Prof Dr Azmin [CLICK] – mulakan dengan sikit intro – then – LR + PS – next objective or novelty – kat sini LR tak perlu panjang sangat – jika paper yang di tulis limit pada 5 or 6 pages – ambil yang betul betul berkaitan research sahaja

last sekali – abstract – ini tak susah - coz – gabung sahaja writing yang sedia ada pada bahagian experimental dan result

apa apa pun kerja kajian yang kita anggap sebagai mother paper – boleh dijadikan rujukan – jadikan rujukan bukan copy and paste

menulis kali pertama – mungkin susah dan terkial kial – tapi bila dah mula  - yang lain lain itu mudah sahaja


selamat menulis

**maaf ayat lintang pukang - nak kerja masuk waktu subuh ... peace

30 November 2015

Manuscript Latin American Journal


Alhamdullilah - berjaya juga menyiapkan satu lagi manuscript journal

berhempas pulas hampir satu bulan untuk manuscript ini

ditemani malam - bersama kopi O dan balutan dari tembakau "Domingo Original"

akhirnya --- akhirnya --- akhirnya



asalnya dari nasihat seorang lecturer [posting terdahulu] 

merangkak melaksanakannya - atas dasar kemalasan membaca dan menulis 

sebetulnya - kudrat dan emosi dalam kerjabelajar ini tidak seperti di awal dahulu

with blood, sweat and tears :-( 

malam ini boleh tersenyum puas keseorangan untuk seketika 

rancangan awal manuscript ini untuk JOURNAL OF MECHANICAL ENGINEERING AND SCIENCES




tetapi - setelah dinasihati oleh Co-SV - ditukar kepada Journal yang mempunyai Impact Factor

akhirnya ke Latin American Journal of Solids and Structures




mudah mudahan diberi kekuatan untuk menghasilkan manuscript yang seterusnya.......


Tears swept down my face like a mask of pain
Say it’s so hard
On what matters most
Say I’m the stronger person

09 November 2015

anniversary ke 18 tahun


Alhamdullilah

11 Nov 1997 sehingga kini

18 tahun bersama.....


Syukur pada Mu Ya Allah


ditemukan dengan Insan sebaik ini

moga kekal hingga Jannah

Aamiin

































06 November 2015

mencari evident


Alhamdullilah hari ini diberi peluang menggunakan Scanning Electron Microscope (SEM) - setelah booking hampir 2 bulan

sebelum ini microstructure hanya di analisa menggunakan optical microscope - jadi cuma nampak bentuk - tanpa dapat mengenalpasti tentang intermetallic precipitate yang ada di dalamnya

rujukan daripada article - hanya dapat dibuat andaian tentang intermetallic dalam microstructure - itupun kena refer banyak article - sebab bentuk berbeza beza

tetapi hari ini - semuanya dah confirm - dah ada evident

image yang ditunjukkan dari sample  XX wt% Mg2Si

melalui pick pada scanning graf - apa yang dijangka telah terbukti - terdapat binary eutectic yang mengandungi Al+Mg2Si


optical microscope
SEM - binary eutectic
(pick yang tinggi pada Al, Mg dan Si - membuktikan composition yang ada pada binary eutectic) 

begitu juga pada intermetallic precipitate - sebelum ini dari pemerhatian bentuk menjangkakan kewujudan intermetallic β-Al5FeSi  -  dan selepas scanning -  ianya wujud

untuk intermetallic α-Al15(FeMn)3Si2  - belum dapat dipastikan - perlu refer kepada image SEM yang belum di proses sepenuhnya

optical microscope - intermetallic precipitate (β-Al5FeSi)
SEM - evident of β-Al5FeSi 

kewujudan β-Al5FeSi sebenar tidak baik kepada composite - kerana boleh menyebabkan mechanical properties menyusut kerana mudah terbentuk porosity (keliangan) pada composite

bila dah ada results macam ini - sakit kepala sebelum ini dah makin berkurangan

okey 
time to move next stage

30 October 2015

AlFatihah Mak: 11 tahun berlalu



Sebelas tahun – aku tidak melihat susuk tubuh ini

Selama sebelas tahun – aku tidak mendengar suara – dan - senyumannya

Selama sebelas tahun – aku tidak merasa air tangannya

Dah selama sebelas tahun – aku pendam kerinduan yang terlalu mendalam

AlFatihah untuk Mak

Semoga Mak ditempatkan bersama orang orang beriman dan soleh

Dikurniakan syuga Firdaus


InShaaAllah - masa dan ketika BangLong pasti datang – menyusul Mak diSANA

22 October 2015

pesan seorang lecturer


pesan seorang lecturer
jika hendak jadi researcher yang terbaik - mesti rajin membaca
bila dah banyak membaca - mesti rajin menulis - bila dah menulis - sebar sebarkan lah - jika tidak ilmu tidak berkembang

mengambil pesanan beliau - bersama - dengan results research yang telah pun ada
serta di temani kopi O kosong dan rokok balut - maka kerja mendraf article dilakukan

mudah mudahan kerja ini dipermudahkan - dan -  berjaya dilaksanakan - InShaaAllah







24 September 2015

puasa sunat berjemaah

Alhamdulillah
tahun ini berjaya satu family berpuasa sunat Arafah..... kecuali si kecik Afif Nabihan....yang berusia 3 tahun.....
InShaaAllah...jika diberi kesempatan....puasa sunat secara berjemaah ini akan di teruskan untuk puasa sunat Isnin dan Khamis.....dan lain lain puasa sunat yang digalakkan...
mudah mudahan akan mendapat keberkatan seisi keluarga....



06 September 2015

Nana Korobi Ya Oki (7 転び - 8起き)



Nana Korobi Ya Oki 











Nana Korobi Ya Oki - pepatah Jepun – maksudnya 7 kali jatuh – 8 kali bangun -

maka

inilah gambaran terkini perjalanan pengajian ini

CERITANYA

telah menghampiri 2 tahun usia pengajian – jika nak grad on time (GOT) - masih berbaki 1 tahun untuk disempurnakan – samada boleh atau tidak GOT – belum ada kepastian - semuanya sedang diusahakan sebaik mungkin

bagi tempoh terkini -  research telah pun menghasilkan results – result yang boleh dipercayai - digunapakai -dan diyakini

jika mengikut kepada research planning – sebenarnya - telah berkali kali terbabas dari landasan

terbabas berkali kali – kerana - composite samples

sample adalah NADI kepada research – kegagalan untuk 'mem-fabricate' samples – bermakna research tak berjalan – research tak berjalan bermakna tiada results – tiada results berkemungkinan pengajian menemui kegagalan

ini yang paling menyeramkan

tapi inilah cerita [7 kali jatuh – 8 kali bangun]

jatuh dan bangun untuk menghasilkan sample yang berkualiti

cerita di awal proses melakukan casting - sample tidak boleh dihasilkan kerana reinforce material (mg2si) tak boleh dikacau (stir) secara manually di dalam aluminum molten (cecair leburan aluminum) – kerana aluminum molten terlalu likat – maka - jalan penyelesaian diambil untuk menggunakan stir machine - stir machine tidak menjadi masalah besar - kerana di lab telah pun tersedia - cuma - perlu menghasilkan stirrer (pengacau) – untuk fabricate stirrer kena cari orang - nak fabricate sendiri agak merumitkan

particle mg2si
+
Aluminum ingot

di lebur pada suhu  900°C di dalam furnace


bila stirrer dah ada – proses casting terus diusahakan – tetapi sample masih tak okay – 2 - 3 kali buat casting - condition masih kurang memberangsangkan – check sana sini – maka - dikenalpasti kemungkinan kerana crucible (bekas melebur aluminum) saiznya kecil – tidak sesuai untuk stirrer berputar – kerana itu mg2si dan aluminum tak boleh mix dengan baik – sebagai penyelesaian terpaksa beli crucible bersaiz besar  – sekali lagi tercari - cari crucible supplier - masa terus berjalan sebelum dapat crucible seperti yang dikehendaki

bila dah ada stirrer dan crucible besar – muncul pula masalah berikutnya – mould (acuan untuk sample mengikut kepada size yang dikehendaki) pula tidak cukup – apabila crucible bersaiz besar – amat tidak efisien untuk melt aluminum dalam kuantiti yang sedikit – jika melt juga pasti stirrer tidak terendam sepenuhnya dalam molten - dengan itu diusahakan untuk mendapatkan mould tambahan – sekali lagi terpaksa beli carbon graphite untuk menghasilkan mould pulak (terima kasih kepada supervisor kerana tolong bayar)

ambil masa hampir 2 bulan untuk mendapat carbon graphite - kerana kebanyakan supplier tidak ada size seperti yang diminta – bila dah dapat - terpaksa menggunakan khidmat machinist untuk mesin carbon graphite di buat mould mengikut pada saiz yang kehehendaki

bila dah ada stirrer, crucible besar dan mould – ingatkan selesai segala masalah – tapi hanya mimpi!!!

coz – bila proses casting – sample masih tidak menjadi – berkali kali buat – memang tak menjadi - tercabar kesabaran dan keimanan – 2 minggu “bertapa” dalam lab – memikir dan menyelesai masalah sample yang tidak menjadi - dah banyak aluminum ingot dan particle mg2si terbuang begitu sahaja – bukannya boleh dilebur semula

amat risau - takut takut kena beli aluminum ingot dan particle mg2si semula - bukan mudah untuk dapatkan aluminum ingot - tempohari supplier order dari Hong Kong - makan masa berbulan bulan sebelum dapat - harga pun boleh tahan juga!!!

masalah casting yang tidak menjadi cukup cukup memberi tekanan  - pelbagai masalah yang tidak dijangka muncul satu persatu - berhadapan dengan pelbagai masalah baru terkadang menguji kesabaran


masalah mg2si ‘meletup’ semasa mix dengan aluminum - kerana chemical reaction between mg and aluminum




masalah sample yang ada banyak porosity




masalah mg2si tak wetting (tak ngam) dengan aluminum - lihatlah kerak (encrustation) hasil daripada wetting problem

kerak mg2si



stirrer juga bagi masalah - semasa digunakan tetiba “lebur dan hangus”  di dalam molten – walaupun dah fabricate stirrer dari  stainless steel

untuk stirrer sahaja 5 kali upah orang untuk fabricate – beberapa kali juga ubah design  – nampak macam mudah peranan stirrer - berfungsi sebagai alatan pengacau sahaja - tetapi peranan ia cukup besar – jika stirrer tak okay - maka - kualiti sample juga tak okay


kelebaran blade – sudut blade – sehinggakan  'joining' diantara blade dengan stand pun kena pilih bahan yang betul – jika nak guna stirrer suhu tinggi - tidak boleh di 'join' dengan mengunakan arc welding kerana stirrer digunakan pada suhu tinggi (900°C) – terpaksa join dengan mengunakan TIG – jika tidak - pastilah tertanggallah blade dari stand - upah weld dengan menggunakan TIG boleh tahan juga - kerana berkali kali fabricate stirrer - banyak juga ringgit yang mengalir

lebar balde dah okay - angle blade dah okay - tapi joining pulak problem

bila masalah muncul – aku belajar tenangkan diri - pelajari dan kaji bagaimana orang buat casting – membaca research paper yang berkaitan

bila casting tak menjadi – aku cari research paper lagi – update knowledge – update writing – semua buat secara serentak  - siang dalam lab – malam membaca dan mencari

jangan kata aku hanya main redah saja nak buat casting – sebelum ini pun dah kaji  - dah lama faham tentang proses casting – sebab itu boleh menulis untuk Chapter 3 selepas 6 bulan mendaftar

TETAPI bilamana nak implement - lain pula jadinya - nak cuba kaedah seperti yang dilakukan oleh researcher lain - memang tak boleh – coz kekurangan peralatan dan bahan

ada yang guna gas argon untuk elek mg2si meletup semasa mix – kat lab mana ada equipment macam ini

ada yang guna pil hexachlorethane (C2Cl6) untuk elak porosity – pil ini pun aku tak ada

ada yang syorkan untuk dapatkan vortex terbaik di dalam aluminum molten – stirrer mesti follow kepada speed yang syorkan oleh mereka - try guna speed sebegitu – tapi vortex tak muncul muncul  - alih alih set kepada speed sendiri!!! – baru berjaya

Akhirnya  - Alhamdulliah – aku berjumpa dengan seorang Prof – tanya pendapat beliau - mohon tunjuk ajar tentang casting

Prof ini tak guide aku 100% cara casting – beliau cuma bagi hint tertentu – yang lain lain itu aku kena gali sendiri - tetapi hint dari Prof sangat membantu

dan

masalah casting dianggap selesai bilamana aku terjumpa satu research paper yang dah lama dipublish (dekat 30 tahun usianya) - paper ini betul betul membantu - menjawap persoalan dan menyelesaikan masalah


Alhamdullilah – berkat hint dari Prof dan pemahaman dari bacaan paper lama itu - akhirnya aku berjaya juga siapkan casting samples – boleh dianggap berkualiti - tiada masalah porosity - tiada masalah wetting



sebetulnya – semua masalah ini mengambil masa berbulan bulan untuk diselesaikan satu persatu – bukan itu saja – kewangan juga turut sama 'mengalir' seiring dengan penyelesaiaan masalah

dan - perkara penting yang aku pelajari – JANGAN BERPUTUS ASA - dan - cari orang orang yang berpengalaman untuk menuntu ilmu

In Shaa Allah – aku dah tetapkan end of December - semua result dah ada – dan bermula pula proses menulis untuk chapter 4

Doakan semoga berjaya

Moral of the story
Bertanya – mencari – mengali – untuk memperolehi ilmu itu penting
Berusaha – berdoa dan bertawakal kepada Allah itu yang paling utama
Ketabahan - kewarasan - kewangan perlu stabil
#Tetapberjuangtanpamenyerah



15 August 2015

pudar




mempersoal diri sendiri – mengapa perlu menyusahkan diri – berfikir pelbagai masalah – masalah sesama manusia - masalah meneruskan kajian - bergelumang dengan kertas bercetak – berhadapan dengan komputer

takala hari yang sepatutnya orang bercuti – diri ini perlu bekerja – pada hari orang bekerja –diri ini masih bekerja - – semuanya seperti tiada berpenghujung

terfikir juga -  seharusnya pada usia sekarang -  hanya fokus pada kerjaya dan keluarga 100% - bukannya lagi mencari kesempitan dan kesulitan

tahun tahun terdahulu tidak pula difikirkan perkara sebegini – tapi akhir akhir ini – agak kerap kali

mungkin bebanan yang terpaksa ditanggung - atau – rasa kegembiraan dalam hidupan telah beransur hilang  - perkara yang tidak sepatutnya difikirkan telah mula terfikir

terfikir satu titik noktah

rasanya telah sedikit pudar -  niat dan nawaitu dahulu – mungkin hilang bersama peredaran masa – semakin lama – semakin lenyap

hanya doa yang diperlukan – untuk menjelma kembali kegembiraan dan semangat  - mungkin dapat membawa kembali kepada landasan nawaitu -  bagi meneruskan perjuangan


mohon doa daripada yang bersimpati

26 July 2015

Mithali Cintaku


26/7 @ 5:02 AM

Dalam dok mengedit thesis - tetiba terkeluar lagu nie dekat radio
Adoi terus terkaku sat
Pejam mata
Teringat suasana tahun 1990 dahulu
Tahun dimana umur masa tu baru 19 taon
Tahun dimana masa tu menjadi pelajar politeknik diutara semenanjung
Tahun dimana masa tu tengah dok rancak mengejas ex GF
Punyalah susah nak ejas masa tu – juai mahai 
Kena pulak lagu nie tengah dok femes masa tu

Mau meruntun jiwa bila hayati bait bait lirik 
Teringat sungguh dekat ex GF

Ooohhh – sat – sat – salahkah dok ingat dekat ex GF masa la nie
Tak salah kot
Tak salah sebab dia dah pon jadi wife hamba – mmmm – ejas sampai dapat
Dah ada anak 5 dah pon la nie
Cuma bila dengar lagu nie – kenangan lama timboi balik
Rasa macam jadi muda sat – walau jangut dah mula tumbuh uban seorat dua
Memang betoilah apa yang orang kata – kenangan lalu meruntun jiwa
Takpalah – apa salahnya sekali sekala layan perasaan
Nie hamba belanja lagu yang jadi kenangan dengan ex GF
Kot kot boleh teringat balik sapa sapa yang zaman remaja dia di taon 90’an




 Ingin ku mencari bayangan dikau
Namun tiada bersua yang tersembunyi
Di dalam diri rasa cintamu yang abadi

Setiap detik dan tiap ketika
Tuhan mengerti yang kita mencuba
Mengapa kau masih tak peduli
Pengemis cintamu yang asing ini

Mithali...
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali...
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali...
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali...
Mungkin kita kan bertemu semula

Bila kubaca pintu hatimu
kesetiaan cinta terkunci padu
Seakan kau turut berbicara
Agar kebahagiaan sama dirasa

Kiranya benar oh kekasihku
Betapa lama masa berlalu
Kiranya benar suatu siksaan
Mengapa tiada penderitaan

Mithali...
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali...
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali...
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali...
Mungkin kita kan bertemu semula