22 August 2014

0422 HRS 22/8/14


terlalu banyak berfikir – terlalu banyak yang perlu diselesaikan – membuat aku tidak menentu

hendak diselesaikan kerja A – rasanya kerja B patut di segerakan dahulu – baru melangkah dan merangka kerja B – teringat – kerja C yang patut di sudahkan - kerana ianya sedikit – tidak perlu mengambil masa yang lama

berada di pertengahan kerja C - idea yang tadinya mencurah curah - hilang begitu sahaja

tika ini – tidak ada satu kerja pun yang dapat diselesaikan – malah semakin rumit - serta - kusut

fikiran menjadi kosong – tidak keruan - idea yang tadinya datang mencurah curah – hilang begitu sahaja

sudahnya – berada dihadapan laptop tanpa sebarang kerja yang selesai

agaknya - inilah penyakit kerja belajar => hilang ketenangan



aku tahu - hanya ketenangan yang mampu menyelesaikan kerja A-B-C

tetapi – ketenangan itu milik Ilahi

ketenangan tidak dapat dibeli

ketenangan tidak dapat dicari


hanya doa yang di pohon kepada Ilahi 

agar memperolehi ketenangan jiwa – serta - dilenyapkan kekusutan - dan - berjaya menyudahkan KERJA A-B-C

@0422 HRS 22/8/14

13 August 2014

Wahai Sahabat - mari tadahkan tangan bersama


ini kisah benar

apa yang aku hendak tulis ini bukan bermaksud untuk mencampuri urusan orang – tetapi ianya terbit dari rasa simpati yang teramat sangat – berulang kali aku terfikir – samada patutkah aku berkongsi atau lebih baik diamkan diri – namun setelah difikirkan – aku patut berkongsi cerita ini dengan sesiapa yang sudi untuk membacanya.

baru baru ini terdapat kematian di kawasan kejiranan aku – jiran yang cukup aku kenali – dan aku namakan sebagai pakcik - pakcik meninggal di usia menghampiri 90 tahun

pakcik mempunyai seorang isteri (aku namakan makcik) yang dikahwininya lebih kurang 25 tahun lalu setelah isteri pertama pakcik meninggal hampir 5 – 6 tahun – sewaktu berkhawin dengan makcik – semua anak anak pakcik telah berumahtangga dan tinggal berjauhan – mungkin kerana itulah – pakcik berkahwin – supaya ada orang yang menjaga makan minum - pakcik adalah seorang pesara kerajaan – telah bersara sebelum isteri pertamanya meninggal

dengan makcik – mereka tidak dikurniakan anak - tetapi – makcik mempunyai seorang anak hasil perkhawinannya yang terdahulu

di dalam pemerhatian aku – makcik seorang isteri yang baik – tidak pernah dia mengabaikan pakcik dimasa pakcik sihat mahupun sakit - hari raya setiap tahun – anak anak pakcik akan pulang kerumah pakcik –ini menunjukkan bahawa makcik adalah seorang ibu yang baik kerana boleh menerima kehadiran anak anak tiri suaminya – pastinya makcik melayan mereka seperti anak sendiri

tetapi takdir telah menentukan segalanya – pakcik telah dijemput Ilahi

kisah sedih ini bermula sehari selepas pakcik dikebumikan – salah seorang anak pakcik telah memberi kata putus kepada makcik untuk keluar dari rumah pakcik – anak anak yang lain membantah tetapi disebabkan yang memberi kata putus adalah abang yang lebih tua – mereka tidak terdaya untuk menghalang – mungkin mereka malas untuk bertekak dengan abang ini - tempoh yang diberi untuk keluar dari rumah adalah 3 hari!!! – bayangkanlah kezaliman insan ini (tak tahulah samada boleh lagi digelar insan kepada orang seperti ini)

semua dokumen pakcik dipegang oleh anak ini – termasuklah kad pesara - pada fikiran aku – makcik adalah insan yang layak untuk mendapat pencen kerana beliau adalah isteri dan semua anak anak pakcik telah melepasi usia 21 tahun

dapat aku rasakan bahawa makcik adalah insan yang dizalimi – walaupun beliau bukan ibu kandung – banyak jasanya kepada keluarga pakcik

anak apakah orang seperti ini!!! – tidakkah dia ketahui bahawa secara hukum, kedudukan ibu tiri adalah sama dengan kedudukan ibu kandung dan mempunyai hak yang sama dengan ibu kandung yang harus dihormati – terang terangan orang ini telah menderhaka kepada seorang ibu!!! - apalah sangat makcik menumpang teduh dirumah pusaka pakcik – jika difaraid sekali pun makcik tetap mempunyai bahagiannya

kepada anak ini
tidakkah dia tahu bahawa doa orang yang dizalimi – akan terus diperkenankan oleh Allah – apatah lagi doa seorang ibu

Rasulullah Saw bersabda: “Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang tua, tidak menyayangi yang lebih muda” (HR Ahmad).

ingin sekali aku mahu melihat kesudahannya – namun – aku tidak sezalim itu untuk mendoakan perkara yang tidak baik kepada orang ini – bagi aku – Allah Maha Agung – kita hidup di dalam gengamannya – jika kita berbuat baik – pasti Allah akan membalasnya dengan kebaikan – dan – jika kita menzalimi orang pasti akan mendapat balasan yang setimpal – ingat – janji Allah itu pasti – balasan kepada orang yang dizalimi akan diperlihatkan diatas bumi!!

aku mohon kepada sesiapa yang membaca coretan ini – tadahlah tangan – mohon kepada Allah supaya makcik diberi kekuatan untuk menempuh baki usia kehidupannya – ditambahkan rezeki untuknya – dan berbahagia makcik di dunia dan akhirat – mungkin ini adalah dugaan Allah kepadanya

aku dikhabarkan bahawa makcik akan berpindah keluar bersama anaknya – berpindah ke kawasan kejiranan lain – dan pastinya – kami di kawasan kejiranan ini akan kehilangan seorang jiran yang TERLALU BAIK dan MESRA- itu pasti


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah!” – Jangan pula engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku! Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku semenjak kecil.” (QS. 17:23-24).

09 August 2014

no pain - no gain



malam ini tak ada apa sangat yang hendak dibuat – bukannya tak ada kerja belajar yang perlu dibereskan – bila rujuk kepada planner – masih ada beberapa kerja yang perlu di settle - tetapi mood keletihan seharian berada di lab masih terasa – so biarkan badan berehat seketika

mana tak letih – dari seawal 8.30 pagi dah berada di lab – memandu ke lab pun ambik masa 1 jam setengah dari Sungai Petani– sampai sahaja terus buat kerja – non stop sehingga ke jam 4.30 petang – itu pun berehat seketika untuk solat zohor – dan terus bersambung – juadah tengahari - hanyalah roti yang dibeli dengan niat untuk bersarapan atas kereta – tapi boleh terus digunakan sehingga ke tengahari – cicah dengan kopi O kosong yang dibekal oleh wife – malas nak mencari nasi – apatah lagi kedai makan agak jauh – nak kena drive lagi- lab dekat kubang gajah nie mana ada kedai makan yang dekat - nak pesan pada student lain pun - tak ada sesiapa dekat lab – atau tak ada yang nak datang ke lab kubang gajah nie – mungkin dalam mood hari raya lagi kot!! – jika aku keluar membeli pun mungkin membazirkan masa yang amat berharga – so makan roti lah


mengapa perlu rushing sangat – itu juga yang ditanya oleh lab assistance – sebenarnya – aku tidak mahu berhari hari melakukan kerja permotongan ini – banyak masa yang terbuang – dulu sebelum Ramadhan dah pun buat kerja yang sama - seandainya machine yang sepatutnya beroperasi untuk proses ricik kepada cebisan yang lebih kecil boleh digunakan – kerja ini pasti lebih mudah – tapi machine nie dah rosak seminggu sebelum Ramadhan lagi – sehingga kini masih belum di baiki – jangan hairan – kerana – machine ini hanya satu satu nya terdapat di U – student dari school lain pun menumpang guna machine ini – tapi aku tengok - sebelum nie tak adalah pulak student lain guna – rasanya aku sorang saja kot yang guna untuk kerja merincik – mungkin diorang guna particle material untuk casting – aku pulak guna ingot – nasiblah!!!

dari ingot kepada blok seterusnya kepada plate


disebabkan machine kecil rosak - terpaksa modified machine besar untuk kerja merincik – modified sana sini supaya boleh guna – guna kepakaran dan pengalaman semasa di industry dulu – so bolehlah guna tapi banyak masa terbuang hanya untuk setting supaya ingot boleh dipotong – kalau tak setting betul betul – mau terbang cebisan ingot hinggap atas kepala – safety first!!




mungkin inilah dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu – sentiasa diasak kiri – kanan – atas dan bawah – benarlah kata Dr Roslan Baki dahulu – jika tak diuji dengan kesukaran mana nak merasa kejayaan – no pain, no gain!!


walaupun berjaya merincik kepada saiz yang kecil – cebisan ingot ini perlu sekali lagi di rincik kepada saiz yang lebih lebih kecil – baru boleh masuk dalam crucible - baru boleh digunakan untuk casting - so minggu hadapan sekali lagi kena buat proses yang sama – merincik – merincik – merincik  - dan - keletihan pasti lebih terasa kerana bilangan yang perlu dirincik makin bertambah

no pain, no gain - no pain, no gain – hingga bawa ke lena…zzzZZZZZ


02 August 2014

Laporan



tak tau pasai apa…nak lelap mata…dah tak mau pulak…dah dekat pukul 3 pagi...petang tadi bukannya tidur pun…tapi pasai apa tak mau lelap mata pun tak tau….

nak buat kerja belajaq…cuti berbaki sehari lagi…cuti yang aku tetapkan sendiri…sebab tu ada kawan dalam fb kata…buat apa minta cuti sebab dah memang dalam cuti…memang betoi…aku dalam cuti panjang…tapi cuti ni aku mohon sendiri dari diri aku…sepanjang bulan posa lepaih…aku tak berhenti buat kerja belajar…lagi 2 hari nak raya pun masih tetap dengan laptop…tapi bila wife kata..patutnya dah tak buat kerja belajaq…patutnya dah tolong kemaih rumah…jadi untuk menghormati hidup berkeluarga maka aku mohon cuti dari diri sendiri…minta 1 minggu…tolong apa yang patut…sebenarnya aku seronok buat kerja belajar dalam bulan posa…sambil belajar…sambil dok dengar lagu raya… ada feel untuk sambut raya!!!

raya tahun ni aku tak pi mana sangat…semuanya rutin macam selalu…beraya dirumah sendiri macam biasa…lepaih sembahyang…pi melawat kubur mak dan pak…lepaih tu pi rumah abah…lepaih rumah abah pi rumah mertua…petang aku balik rumah sendiri sorang sorang….wife dengan anak anak di kampong…raya ke 2 baru aku pi ambik depa…bawa jalan jalan rumah mak saudara…raya ketiga macam biasa…turun penang…pi rumah bapa saudara (ini rutin tiap taun)…selepas tu duduk dirumah saja dengan anak anak…layan TV…anak anak macam biasa…dah berkali kali dok kira duit raya…macam macam depa planning nak perabih duit raya…ada yang minta nak beli robot…nak beli hset pun ada

dah tak boleh tidoq ni aku buka fb…tengok gambar kawan kawan post waktu gathering 2 hari lepas…aku tak dapat join…last minit ada masalah…ramai juga yang hadir…ramai yang dah berubah bentuk dan rupa…sesekali tengok aku dah tak ingat nama…kalau aku pi malam tu pasti aku boleh ingat balik nama depa…nak buat macam mana…dah ketentuan tak boleh join

dah tak tau nak buat apa…aku lompat dari satu blog ke blog…saja type raya di perantauan…macam macam pengalaman orang yang beraya di perantauan terutama di luar Negara…pengalaman aku Cuma beraya di dalam Negara saja


setakat ni saja laporan yang tak seberapa...sambil menikmati kopi O kosong dan rokok balut...