Syukur…Alhamdullilah…selesai
sudah membentangkan kertas kajian di Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2014 di
UPSI….
Banyak
kertas kajian yang dibentangkan berkisar tentang pendidikan…walau begitu aku
teruja kerana dapat mengikuti kajian daripada bidang yang berbeza…terbuka minda
tentang kajian kuantitatif dan kualitatif…tidak ramai yang membentangkan kajian
daripada bidang engineering
Pembentangan
aku pada jam 1245…memberi peluang untuk aku mengikuti pembentangan daripada
penyelidik lain...pelbagai reaksi pembentang...ada juga membentang
seperti membaca slide...satu persatu...sepatutnya mereka membentang dengan
mengupas apa yang di pointkan di dalam slide...bukannya membaca!!!
Ini kali
pertama aku mengunjungi UPSI…melihat kampusnya terdiri dari gabungan
bangunan lama dan baru…memberi satu
keunikan...aku sempat singgah sebenar di hadapan rumah Pendita
Zaaba...
Di
dalam ramai pembentang....aku bertemu dengan seorang sahabat lama...Dzul
Musa...kami pernah sama sama mengajar di Politeknik Seberang Perai pada tahun
1999...beliau kini menunggu masa untuk viva PhD nya...semoga berjaya...Dzul Musa